Thanks to che'Iza yg sudi berkongsi resepi yg best ni. Aku kopipes dr myr jer
Bahan-bahan ( 7-8 org )
>Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
>Taugeh
>Kobis dihiris halus
*UTK BEBOLA
>400 gm daging cincang
>2 biji bawang merah diracik halus
>2 biji bawang putih diracik halus
>2 sb telur (1/2 biji)
>1 sk tepung ubi / tepung jagung
>sedikit serbuk lada sulah n garam
*UTK KUAH
>3 biji bawang merah dihiris
>* 3 ulas bawang putih
>*1/2 inci halia
>*1sk lada sulah biji
>1 batang serai diketuk
>1 sb pati daging / pati ayam
>sedikit serbuk lada sulah
>garam n perasa
Cara-cara
UTK KUAH;
Tumbuk bahan bertanda *.
Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan.
Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau.
Masukkan sekali serai.
Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
UTK BEBOLA:
Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka.
Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul.
Siap kuah n bebola
Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee
Makan dengan sambal kicap.
Ahad, 1 Mac 2009
Bakso
Hidangan ringkas tengahari ni. Malas pulak nk masak nasi. Selalunya aku suka beli bakso ni kat pasar malam, tp hari jumaat lepas malas plak nk pegi pasar malam. Pertama kali kenal bakso ni masa tengok citer Bawang Putih, Bawang Merah. Lepas tu nampak pulak kat pasar malam, terus le beli. Rupanya bihun sup.... cuma ada bebola daging, itulah keistimewaan Bakso ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡