Jumaat, 20 Mac 2009

Ayam Masak Lomak Cili Api

Ingat lagi, first time makan lauk ni masa aku kerja kat Shah Alam, kawan baik aku (Baiyah) yg perkenalkan masakan ni.. yelah, aku ni kan anak mummy, mana ler reti makan masak lemak ayam ni. Setakat masak lemak ikan tau ler...itupun mak aku jarang buat. Dalam tiga empat bulan, baru ler sekali mak buat masak lemak kot....selalunyer kat umah mak aku buat sup, kari, dalca, kurma, dan sambal jer....
Tapi, bila dh merantau, kena la pandai bawak diri. First time rasa, aku mcm takleh terima. So lenyap macam tu jer la... kali kedua plak, rakan serumah aku (rozette) yg masak lauk ni untuk boyfriend dia. Aku tengok every step yg dia masak. Dia letak serai, halia, jintan manis dan daun kunyit. Pas tu aku rasa. Sedap la plak.
Sejak tu, aku pun dh pandai makan dan masak lauk ni. Dapat plak laki dr negeri Hang Tuah, lagi ler kena pandai masak. Mak mertua aku tu, tiap2 hari masak lauk lemak cili padi kat umah dia. Masa mula2 kahwin, kitaorang duduk sekejap kat umah mertua, aku sampai menangis kat hubby sbb tak leh makan lauk2 masak lemak ni. Aku dh rindukan kari mak aku...ha,ha,ha.....

Hari ni buat ayam masak lemak cili padi, atas permintaan laki aku. Sebelum tu aku tanya dia nk masak style apa, mana ler tau kalo nk ikut style letak halia+jintan tu ker...tp dia kata nk macam mak dia buat. Huh, lagi senang, takyah pakai bawang dan segala macam. Sonang kojo den. Disebabkan dia sorang jer yg makan, so aku buat ler 4 ketul ayam ni jer. Anak2 sure takleh makan, sebab pedas. Untuk diorang, buat lauk lain pulak.

Bahan-bahan
~1/2 ekor ayam - dipotong kecil
~1 biji kelapa - diparut
~15-20 biji cili padi
~kunyit sebesar ibu jari
~2 keping asam keping & garam secukup rasa
~Ubi kentang

Cara-cara
1.Ayam dibersihkan dan dipotong
2.Perah santan dan bahagi kpd 2 bahagian.Satu bhgian santan pekat dan satu lagi santan cair.
3.Tumbuk cili padi dgn kunyit hingga lumat.
4.Masukkan santan cair kedlm kuali yg berisi ayam.Masukkan juga cili padi yg telah ditmbuk & serai yg dititik dan ubi kentang.
5.Masukkan secukup rasa.
6.Setelah mendidih masukkan santan pekat.Apabila mendidih kali kedua,padam api dan bolehlah dihidangkan.

Ni plak, sayur campur, sebagai lauk tambahan.


6 ulasan:

  1. sama lak kita..masak lemak cili padi...

    BalasPadam
  2. feberet aku msk lemak cili api ni! tp aku punye mmg terangkat bontot pedas..keh keh..

    samala tahun kita kawen..dah 11 tahun dah kan? moga kita sama2 akan kekal bahagia..

    mekaseh singgah blog aku tu.. ;P

    BalasPadam
  3. eh..baru aku prasan, umur kita pon sama la noorma!! ;P

    BalasPadam
  4. yang kakchik berkenan tu sayur campur. sedapnya kalau makan macam tu je... suka, ala-ala salad gitu.

    masak lemak ni kakchik kurang sikit w/pun org lain kat rumah tu suka.

    BalasPadam
  5. Leen - ko wat telur, aku wat isi nyer...

    Ai- lagi pedas, lagi sedap..pas tu bersedialah ke tandas kalo perut tak tahan...ha,ha,ha...

    Kak chik...sayur tu saya punya,,orang lain kat umah ni tak brapa suka...

    BalasPadam
  6. Baru 2 hari lepas buat masak lemak cili padi ayam bubuh serai, jamu kawan dtg mkn kat rumah. mmg sedap sangat. resepi masak lemak jintan halia I salin begitu juga masak lomak yg x letak bawang.. lain kali boleh cuba. terima kasih kerana berkongsi resepi

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡