Jumaat, 20 Februari 2009

Our Dinner

Ni lauk2 untuk dinner...errppp...baru jer habis makan.. alhamdulillah..kenyang... Disebabkan tak masak tengahari tadi, so malam ni masak yg ringkas jer lah.

Ni lala rebus. resepi paling sempoi. Didihkan air, ketuk serai, hiris bawang merah, bawang putih dan halia dan masukkan dalam air. Biar mendidih sekejap, dan masukkan lala yg dicuci bersih... perasakan garam dan aji. Kacau dan angkat. Senang kan...Kuah ni plak boleh dihirup..manis jer... tp aku takleh makan banyak sangat benda ni..takut alergik, kang naya jer kena inject kat klinik...

Daging masak merah. Lauk sampingan kegemaran anak-anakku. Kat umah ni, sebulan 3 botol sos tomato digunakan, semata2 nk buat lauk2 seumpama ini.

Kangkung Goreng Belacan- beli kangkung ni kat Giant, murah, seikat rm0.30, cadang nk buat rojak bandung..tp malas lah plak..so goreng jer lah...


Omalet Telur+Tauhu - kat umah ni anak2 memang tak makan tauhu, tp bila dh dimasukkan dalam telur dadar ni, sorang pun tak tahu...picitkan sikit sos tomato..habis licin kami makan.....


2 ulasan:

  1. Yang paling kakchik suka lauk atas sekali dan bawah sekali. Sedapnya.... rindu nak makan lala masak macam ni. memang sedapkan?

    BalasPadam
  2. betul tu kakchik..saya pun suka lauk macam ni..sotong rebus pun best kan...

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡