Isnin, 9 Februari 2009

Nasi Lemak Kukus

Akhirnya tercapai jugak hasrat nk masak nasi lemak kukus ni... kalo masak nasi lemak, mesti buat paru goreng, sambal udang dan ayam goreng berempah...

Ni resepi untuk nasi lemak kukus

Bahan-bahan ( 4 @ 5 org )
5 cawan beras
2 biji pati santan
3 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara
1.Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
2.Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras.
3.Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.

Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

Ni plak resepi untuk ayam goreng berempah

Bahan-bahan ( 5 orang )
5 ketul ayam (apa-apa bahagian yg digemari)
2 camt garam
1 camt serbuk kunyit
1 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan putih
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1.Gaul mesra kesemua bahan (kecuali minyak). Perap selama 15 minit.
2.Goreng sehingga garing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡