Isnin, 9 Februari 2009

Cekodok Jagung

Ni breakfast hari ni. Ada lagi jagung lebih masa buat apam balik hari tuh. Petang nanti boleh buat bubur jagung plak...


Rasanya sume dh tau wat cekodok kan... tp resepi ni aku tulis atas permintaan jiranku Mrs Fiona, yg masih tak tau cara nk buat cekodok, tp suka makan cekodok..

Bahan-bahan
1 biji jagung (dihiris)
3 cawan tepung gandum
1 biji cili merah-potong dadu (jika suka)
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar (sederhana-dipotong dadu)
2 sudu ikan bilis
1 cawan air panas
isi udang

Cara-cara
Hiris jagung
Campurkan semua bahan kering di dalam bekas.
Masukkan 1 cawan air panas.
Kacau hingga rata.
Masukkan air sejuk secukupnya. Jangan terlalu lembik.
Sedia untuk digoreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡