Selasa, 3 Februari 2009

BENGKEL PENULISAN

Bengkel bimbingan penulisan untuk Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi akan diadakan di Hotel Quality, Kuala Lumpur Sabtu ini (7 Feb 2009).

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan sayembara dan bengkel ini bolehlah menghubungi saudara Yosman Mohd Bain dari Penerbit UTM Press di talian 07-5218166 / 019-7557760

atau

saudara Rozlan Mohamed Noor dari Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, emel editor@minister.com. (012-3828353).

Bengkel ini diadakan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kumpulan Utusan bagi Sayembara Novel Cereka Sains dan Teknologi peringkat Kebangsaan 2008.

Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi bertujuan untuk meningkatkan dan menggalakkan manipulasi daya cipta, kreativiti, dan motivasi dalam kalangan pelajar IPT tempatan, tenaga pengajar khasnya, dan rakyat Malaysia secara umumnya.

4 ulasan:

  1. bestnya kalau dpt sertai tapi jauh sgt nak pegi.

    sabtu lepas wanita jim kelantan ada sewa dewan library kakchik utk buat bengkel yg serupa tapi itupun kakchik tak sempat sertai sb kesibukan di pej admin.

    noorma ikut tak?

    BalasPadam
  2. kak chik, saya dh bersara dr dunia penulisan komersial ni..kalo jadi penulis macam dulu2 mesti saya joint...bengkel ni dikelolakan oleh kawan saya Rozlan, saya cuma iklankan kat blog saya ni jer...

    BalasPadam
  3. aku tak penah ikuti mane2 bengkel penulisan tp teringin sangat nak sertai.selain dpt ilmu tentu dpt kenal2 penulis lain dan dpt betukar2 fikiran...
    tp bengkel yg ni aku mcm tak bminat pulak.klu bengkel penulisan kreatif nak gak joint...

    BalasPadam
  4. Fiza, nanti aku tanya Rozlan tu, kalo ada aku inform kat ko

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡