Jumaat, 27 Februari 2009

Aneka Muffin

Dh lama tak buat mufin ni. Hari ni along g sekolah lambat. Memang dh plan dari semalam, hari ni nk buat muffin. Cedok dr blog Diana, tp aku alter sikit, letak ovallet, kasi lembut dan gebu. Sebab anak2 aku ni, tak brapa suka muffin yg keras dan merekah tu. Diorang suka yg macam cupcake tu. Macam2 hal anak2 aku ni


Ni dalamnya inti coklat. Bila masak, coklatnya cair jer..emmm...yg ni habis dulu

Ni plak, inti blueberry

Ni aku letak ceddar cheese

Ni takde inti. Adunan yg last. Aku gaulkan sekali dengan coklat cip.



Resepi, kopipes dr blog Diana. Senang jer nk membuatnya, takyah guna mixer pun.

Bahan-bahannya
~2 cawan tepung gandum
~3 sudu teh baking powder
~½ sudu teh garam
~¾ cawan gula
~1 biji telur
~1 cawan susu segar
~1 sudu kecil esen vanilla (ni aku tambah, utk hilangkan bau hanyir telur)
~1 sudu kecil ovalet (ni pun aku tambah, utk bagi gebu dan lembut)
~¼ cawan minyak sayuran

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:-
Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar.
Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang.
Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang.
Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan


2 ulasan:

  1. suka tgk muffin dan suka juga makan muffin, buat je yg belum. takde masa sgt nak masak skrg ni, musim buat assignment, hehehe

    BalasPadam
  2. Kakchik, buat assignment dulu, itu yg penting, bab baking, masak ni leh tolak tepi dulu..tp masak untuk perut sendiri tu PENTING!!

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡