Isnin, 1 Disember 2008

Gulai Lemak Putih Labu

Minggu yang sibuk.... tanpa disedari hari Isnin depan dh nk sambut Hari Raya Aidil Adha pulak. Tapi biskut raya sume belum buat lagi. Ni pun tengah sibuk menjahit baju kurung sekolah Along. Bukan tak boleh beli yang dh siap, tapi mcm tahun2 lepas, bila beli balik umah jer mesti kena alter itu ini. Tangan panjang lah..kain labuh lah.. (sbb along ni badan kecik, so takde saiz) Tahun ni aku jahit sendirilah... puas hati..tak payah nk alter2 lagi.
Semalam, aku dh siapkan baju melayu untuk Irfan... si kecik aku ni suka sangat pakai baju melayu. Tak sabar dah dia nk tunggu minggu depan(raya) sbb nk pakai.
So hari ni masak yang simple aje...sbb dh letih menjahit. Baru siapkan 3 helai kain. Yang bajunya belum lagi....
Resepi hari ini, labu masak lemak putih dan sambal tumis udang. So ...layan jer


Bahan-bahan
>labu-dipotong dadu (jangan kecil sangat, nanti cepat hancur)
>bawang besar
>ikan bilis
>suun
>santan kelapa
>daun kunyit

Cara-cara
1.bawang besar dan ikan bilis ditumbuk kasar
2.dalam periuk, masukkan labu, santan, suun,bahan yang ditumbuk dan daun kunyit
3.hidupkan api dan masak hingga labu empuk
4.masukkan garam dan serbuk perasa
5.siap...

*sedap dimakan bersama nasi panas, ikan kering, sambal belacan dan ulam2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡