Khamis, 25 Disember 2008

Baked Macaroni & Cheese

Merry Christmas (pada yang menyambutnya) Pada yang tak sambut, kita dok depan tv tengok citer2 yang best tu.

Hari ni hubby kerja(huh...rugi kalo tak kerja, tripple beb..kata dia lah). Katanya ada shutdown, so aku anggap kalo ada shutdown, mesti balik lambat/petang Jadi hari ni tak payah la nk masak nasi.Laki aku ni tak brapa suka makanan western ni, maklum ler tekak Hang Jebat. Tapi anak2 sume suka, especially along, kalo pasta, pizza memang dia makan banyak

So hari ni projek Baked Macaroni & Cheese pagi ni. Dah lama tak buat. Kalo dulu selalu tengok citer kartun Barney & Friend, selalu jugak aku buat. Dlam citer tu, Barney tu buat macaroni dan makan ramai2 sambil nyanyi lagu "macaroni, macaroni, macancheese!!! .. la,la..la...." dan bila aku masak, anak2 aku pun nyanyi ler mcm lagu tu sambil makan.




Resepi macaroni ni...leh amik dr umah Hana, Min, Diana, dll (kalo nk yang the real baked macaroni and cheese la....)

Tapi yang aku punya ni, aku goreng jer macaroni tu mcm biasa (mcm respi pasta carbonara, spiral goreng, dll) kemudian aku buat sos putih dan siram atas dia dan bako sekejap (kalo ada parmesan cheese, leh tabur atas dia sebelum bako, lagi best.... dan jadilah Baked Macaroni and Cheese

Kalo tak sedap pun, bukannya ada orang yang nk komen. Anak2 aku pun dh licinkan pinggan tu.

* Sian kat Santa Claus, kalo dia datang takde benda nk makan, dh habis!! ..ha,ha,ha.......

2 ulasan:

  1. Aku juga agaknya sama cam laki ko, tapi aku teringin juga nak rasa masakan barat sentuhan org kuala! pe kata ko buat special utk aku, leh aku serang umah ko. Satu family aku bawak...hahahhaa

    p/s: Kalau boleh tapau, okey gak!

    BalasPadam
  2. Lan, itu perkara kecik jer..datang ler..bawak anak ngan bini skali. Insyaalah, sume masakan barat aku leh buat/masak kat ko....tapau pun boleh :D

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡