Rabu, 26 November 2008

Tosai

Inilah makan malam kami sekeluarga malam ni.. Tosai....pelengkapnyer , dengan kari ayam, petang tadi dh ingat nk buat chatney kelapa, dh keluar kelapa parut dan tomato, tapi tetiba plak mcam malas jer..yelah, kalau buat pun hanya aku sorang jer yang makan...
Lastly, hubby plak request sambal sardin. Hang Jebat tu, mesti nak ikut tekak melayu dia. Kena ada sambal.. (macam pelik jer makan tosai ngan sambal sardin ni...ha,ha,ha...)

Kalau dulu, time mak aku buat tosai ni, aku dok tepi jer, stanby dengan pinggan, sebab tosai ni kalau makan panas2 memang sedap... tapi memandangkan mak dh jauh..so kenalah buat sendiri..rasanya yang mak aku buat lagi sedap kot

Jom kita share resepi tosai tu kat sini. Aku dari kecik dh biasa buat tosai ni...almaklum ler...... tapi untuk rujukan anak2 dimasa depan, mama bagi sukatan yang betul kat sini yer....


Bahan-bahan
>1 cawan uluntu (aku guna yang dh siap kopek kulitnya)
>2 cawan beras
>segenggam nasi

Cara-cara
1. Uluntu dan beras direndam semalaman.
2.Keesokan harinya,(pagi) kisar uluntu, beras dan nasi hingga halus
3.Kalau agak pekat, tambahkan air. ... (agak2 macam adunan untuk membuat apam)...ops..letakkan sedikit garam
4.Masukkan dalam bekas dan peram sampai petang (sekurang2nya 8 jam)

Cara memasak
1. Panaskan kuali leper (lagi elok non stik, sbb adunan ni melekat)
2.Kalau takde non stik, guna kuali leper biasa, tapi sebelum tu titiskan sedikit minyak masak, dan pecahkan sebiji telur. Kacau macam nk buat telur hancur
3.Goreng telur dan sebarkan ke seluruh permukaan kuali leper tu...
4.Angkat telur tadi, dan bungkus dalam kain (buat bunjut)Masukkan sedikit minyak dalam piring
*mulalah masak tosai
5.Celupkan bunjut telur dalam minyak dan ratakan pada kuali.
6.Ambil sesenduk adunan tosai dan buat bulat (ala..mcm buat kuih dadar tu ler....)
7.Tutup sebentar, hingga buih2 naik,
8.Bila dh garing, bolehlah dilipat 2 dan diangkat...... sedap makan panas2....


Resepi untuk chadney kelapa

Bahan-bahan
>kelapa parut*
>bawng merah*
>halia*
>cili hijau*
>air asam jawa*
kisar semua bahan-bahan bertanda *

>bawang merah-dihiris
>biji sawi
>cili kering
>daun kari
>minyak masak
>garam dan perasa secukupnya

Cara-cara
1.Panaskan minyak
2.Tumis bawang hiris, biji sawi, cili kering dan daun kari hingga kekuningan.
3.Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Tambah sedikit air.
4.Didihkan sebentar dan masukkan garam dan perasa.
5.Biar kuah pekat sedikit barulah diangkat.

***Ni resepi untuk chadni yang berwarna putih. Kalau nak yang berwarna merah tu, gantikan cili hijau dengan pes cili kering dan tambah buah tomato. Kisar bersama...dan masak seperti biasa macam kat atas



Lauk-lauk sampingan untuk dimakan dengan tosai :D

kari ayam

sambal sardin (request dr Hang Jebat ku)

4 ulasan:

  1. Kak Norma, sy nadia, nk tnye ni..sarapan tadi sy ade wat tosai..tp gune tosai mix je (yg segera, buh air je da jad), tp mse msk, die jd cracking and sgt sticky xdapat lipat,nape ye? ape yg patut sy wat?

    BalasPadam
  2. kak norma uluntu tu ape?? by budak baru nak belajar ni... huhhuhuh

    BalasPadam
  3. Yue, mmg la sticky..sebenarnya instant tosai ni pun kena peram sekejap, sekurang2nya 2 jam...

    Uluntu adalah sejenis kacang- sebesar biji kacang hijau. Uluntu ni gunakan utk buat tosai, idli dan vadai. Ada 2 jenis uluntu, satu uluntu dengan kulit (warna putih hitam..sbb hitam tu kulit dia..) dan satu lagi uluntu tanpa kulit, warna putih. Uluntu boleh dibeli kat pasaraya. Kalo susah sangat, pegi jer kedai orang india, dan cakap uluntu ataupun kacang buat tosai..gerenti ada punyer...Ok...

    BalasPadam
  4. owhh...cikNor dah ada uluntu,adik ipar kasi masa g umah die pas ni kene g rendam la esk ptg leh buat tosai gak...thanks k.normah share resepi

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡