Khamis, 9 Oktober 2008

Ayam Masak Merah

Dulu aku tak brapa pandai masak ayam masak merah ni, tapi satu hari pegi umah jiran (Nor) tgk dia tgh masak lauk ni. Dia pun bagi resepi. Balik umah, aku pun try la. Sedap jugak. Anak2 pun suka, sbb tak brapa pedas. Resepi dia ni sempoi jer, sbb tu aku suka. Meh kita share



Bahan-bahan
>ayam-dibersihkan, dipotong, digaul dengan kunyit dan garam dan digoreng (sapa tak suka goreng, bolehlah direbus/dikukus)
>bawang merah*
>bawang putih*
>halia*
>serai* (boleh juga diketuk)
>bunga lawang
>bunga cengkih
>kulit kayu manis
>sos tomato
>cili kering kisar
>gula, garam, serbuk perasa
>gajus(optional)-goreng sebentar dan angkat
>bawang merah-dipotong bulat
>kacang pic

Cara-cara
1.Bahan-bahan bertanda * ditumbuk hingga lumat dan kemudian tumis hingga garing.
2.Masukkan cili kering, bunga cengkih, lawang, dan kulit kayu manis, tumis lagi hingga pecah minyak
3.Masukkan sos tomato, gula, gajus. Boleh tambah sedikit air untuk kuah.
4.Biar mendidih sedikit, baru masukkan ayam. Gaul rata
5.Akhir sekali, sebelum tutup api, masukkan bawang merah yang dipotong bulat dan kacang pic. Sedia dihidangkan.