Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan

Rabu, 16 April 2014

Acar Kedondong Ikan Masin

SALAM

Hari ni Ck tayang lauk pembuka selera plak - Acar Kedondong Ikan Masin. Sebenarnya CK beli buah ni nak buat jus kedondong asam boi...tp malas punyer pasal dan ternampak plak iklan acar kedondong ikan masin, terus tak jadi buat jus...dan terhasillah acar.


Suka plak Jebat makan acar ni. Selalunya dia tak brapa suka acar, apatahlagi ikan masin. Tapi acar ni, dia main ratah jer, pastu asyik sebut sedap jer...ermmm... ye la, ye laa...mmg sedap pong !!

meh kita share resipinya.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm kedondong |kupas kulit dan  dipotong kecil
  • 1 cawan ikan masin talang/duri- digoreng dulu
  • 120gm kismis
  • 5 biji bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 2cm halia | dikisar
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan rempah kari ikan | dibancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 2 sudu teh bijan
  • 4 sudu makan gula
  • 65ml air
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
 1. Panaskan minyak,masukkan biji sawi dahulu, dan kemudian tumiskan bahan kisar dan cili kisar seketika. Masak sampai pecah minyak. 
2. Kemudian masukkan rempah kari ikan dan kacau sehingga garing.
3. Setelah itu masukkan pula air, cuka dan perasakan. Didihkan sebentar.
4. Seterusnya masukkan kedondong, ikan masin goreng  dan kismis. Kacau sehingga kedondong menjadi lembut.
5. Akhir sekali, taburkan bijan. Sedia untuk dimakan.


Sedap makan dengan nasi panas. Kalo dengan nasik minyak pun ok kot !! 


ok..Selamat Mencuba !!


Isnin, 7 Januari 2013

Masak Lemak Pucuk Paku Bertempe

Salam Isnin
Hari ni dah tak tau masak apa, so belasah jer laaa... buat masak lemak tempe campur pucuk paku. Sebenarnya masa ke Hulu Langat ari tu, singgah kat kedai minang dan beli lauk masak lemak. Dia buat campur2 mcam ni laa, siap campur jering dan kacang botol lagi...so CK pun cubalah masak sendiri... best jugak. Lauk2 kampug lah katakan. 

Masak lemak pucuk paku campur tempe, campur terung bulat dan udang...alamak...udang tersorok kat bawah kuah...sori yer !!


 Ayam masak kicap, permintaan si Rayyan. Suka plak dia makan ayam masak kicap dengan sos manis ABC (mcam kat iklan tu )

Sejak budak2 start sekolah sesi petang ni, CK kena masak awal. Tempahan pula disiapkan selepas budak2 pegi sekolah. Adoiii .. tak dapat nk sesuaikan diri lagi dengan jadual baru ni. !!

Ahad, 2 September 2012

Lontong

Salam... apa khabar semua

Hari ni CK jamu lontong plak. Hidangan hari raya. Masa rasa ari tu tak sempat nk buat sbb bahan2 takde. Bila pasar dah bukak semula, barulah dapat beli barang2nya.


Raya ari tu CK makan lontong yang sedap kat rumah Pak Ngah CK di seksyen 18 Shah Alam. Tapi tak ingat sepupu yang mana masakkan. Serius sedap...penuh dengan segala excessories...hehehe... diganding plak dengan rendang paru kegemaran CK...aduh...sendat perut ni. Terus naik 2 kg berat CK lepas puasa ni...adoiii....


Hari ni CK hidangkan lontong bersama sambal tumis sotong kembang+kacang. Ada gak serunding ayam, tp lupa plak nk snap. Boleh tgk kat atas lontong tu, CK tabur jer...

Jemput makan !!!



♥ ♥ ♥

Jumaat, 3 Ogos 2012

Brokoli Goreng Ikan Masin

Salam....
Bulan puasa atau tidak, kat rumah ni hanya CK jer sorang yang makan sayur. Tapi hari2 kena beli dan masak sayur. Kalau tidak, macam tak lengkap jer hidangan.


Resipi diperolehi dari Myresipi.com. Terima kasih kepada cindaibiru. Harum semerbak bau ikan masin digoreng...hehehe

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • Brokoli saiz kecil
  • 1 batang carrot
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ekor ikan masin gelama (Blh guna ikan lain juga)
  • Sedikit cendawan butang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Potong brocoli, cendawan dan carrot ikut suka. Hiris bawang merah dan bawang putih. Gunting ikan masin kecil-kecil.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan ikan masin dan tambah sedikit garam. Biar ikan kering garing sedikit.
  4. Masukkan semua sayur dan kacau rata.
  5. Jangan masak sayur terlalu lama. Selamat mencuba.


 Belum rasa, belum tahu. Tapi dari segi baunyer....ermmmm....sedap !!! tak sabar nk berbuka...hehehe


♥♥♥

Ahad, 17 Jun 2012

Terung Berlada

Salam Ahad buat semua

Dah lunch? Hari ini CK masak lauk terung berlada. Kegemaran CK dan Jebat. Kalau membeli terung panjang jer, mesti buat lauk ni. Kalo masak pajeri tu macam leceh jer kan...ni jer yg senang !!


 Masa tinggal di Hulu Langat, jiran sebelah rumah selalu masak lauk gini. Sukati ler nk letak terung, bendi, kacang botol, udang, sotong dll. Janji mesti berlada... So meh tengok respi sempoi ni.

Bahan-bahan
1 biji terung panjang - saiz besar, belah 2, dan hiris setebal 1 inci
serbuk kunyit
garam
perasa

Bahan tumbuk
cili padi
cili merah
bawang merah
bawang putih
udang kering

Cara-cara
Terung dibersihkan, dan digaul bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng hingga masak dan toskan.
Tumis bahan ditumbuk sampai cili masak dan naik bau
Masukkan terung yang digoreng tadi
Sesuaikan rasanya. Gaul rata dan siap



 Ok... selamat menjamu selera !!

Sabtu, 16 Jun 2012

Pajeri Nenas Palembang

Salam...bertemu semula setelah lebih seminggu tak update...sori yer..CK banyak hal...bermula dari kenduri kawin sepupu sampailah kedatangan mak mertua dan adik ipar datang jalan2 ke rumah. Diorang stay kat sini 4 hari, so takkan la CK nk mengadap komputer jer kan...mana dengan tempahan yang menimbun...mujur juga diorang datang, boleh la tolong CK sikit2..

Dan hari ini, CK jamu dengan Pajeri Nenas jer.. hari tu tengok kak Azian buat, lepas tu masa lepak2 kat MYR, nampak plak respi dari kak Besah ni. CK suka pejeri sebegini kerana tak berempah. Rasanya pun sedap. Boleh la buat untuk kenduri tahlil hujung bulan ni kan.



nenas pajeri/paceri palembang
Sumber: kakbesah@myresipi.com

Bahan-bahan
•1 biji nenas - di buang empulur dan dihiris 1 cm tebal
•2 bj bawang besar - dihiris
•8 ulas bawang putih - dihiris
•2 cm halia muda - hiris jejari halus
•4 btg kayu manis, 4 kntum bnga lawang, 4 bunga cengkih
•1 sudu besar biji sawi
•segenggam udang kering - cuci dan tos
•beberapa biji cili merah dan hijau - dibelah dua
•gula secukup rasa - agk banyak jg, dlm 2 sudu mkn
•1/2 sudu teh serbuk kunyit
•garam dan sedikit cuka jika kuah kurang masam

Cara-cara
1.panaskan sedikit minyak, tumis bawang2 dan halia hingga layu saja.
2.masukkan rempah 3 sekawan dan biji sawi. kacau sebentar lalu masukkan udang kering. kacau hingga naik aroma. awas, jgn smpai hangit..
3.pastu masukkan semangkuk air (dlm 1 liter dulu). biar mendidih.
4.masukkan hirisan nenas. biar merenih. smentara tu, bubuh la serbuk kunyit, kacau tengok, sesuai tak kaler kuah tu. kalo pucat tmbah lg..
5.bila nenas hampir msk, masukkan cili2 belah td. biar merenih sambil seimbangkn rasanyer. gula bergantung pd kemasaman nenas. pandai2 lah ejas yer..
6.oh yer, kuah dia agak2 lah yer, jgn skit sangat, biar berlinang, biar cili2 tu nmpak cam berenang2 gitu..
7.bila dh sempurna masak, bleh la diangkat.
8.p/s; pajeri ni lebih sedap jika dimakan pd ke esokan hari nyer..

Sedap dimakan dengan nasi putih ataupun nasi minyak. Tapi hari ni CK malas nk masak nasi minyak, so belasah jer la dengan nasi putih. Dan pekena dengan ikan pekasam atau ikan masin memang ngam laaa


Ok...sampai sini dulu.....

Selasa, 22 Mei 2012

Kuah Dhal Sayuran

Salam ... apa khabar kawan2 semua? 

Hari ini CK tayang kuah dhal dengan roti canai yer...Inilah lauk yang senang dimasak dan boleh makan dengan apa2 saja. Dengan chapati, roti canai, paratha ataupun dengan nasi putih/biryani dll.

 Dan hari ini, CK akan kongsi respi kuah dhal yang paling senang dimasak dan sedap dimakan. Untuk panduan anak2 dimasa depan. Inilah respi turun temurun. CK dah pandai masak kuah dhal ini sejak umur 10 tahun lagi tawww !!!


Kuah Dhal CK

Bahan-bahan
1 cawan kacang dhal- dibasuh dan rendam
3 sudu kecil serbuk kari daging 
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan santan

Bahan sayuran
lobak merah
labu air
kentang
terung panjang/bulat
bawang besar
cili hijau, merah
* sayur-sayuran dipotong ikut bite saiz 

Bahan tumis
2 ulas bawang merah- dihiris halus
1 ulas bawang putih-dihiris halus
1 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil jintan putih
daun kari
2 tangkai cili kering-dikerat2



Cara-cara
kacang dhal direbus bersama serbuk kari dan serbuk kunyit sampai kacang lembut dan sedikit hancur.
Masukkan sayur-sayuran
tambah santan dan perisakan dengan garam dan perasa
Panaskan kuali dan tumis bahan2 penumis sampai kuning. 
Kemudian, terus masukkan dalam periuk dhal tadi. Kacau cepat-cepat dan tutup periuk. Siap... 
(sebaik-baiknya, jangan buka penutup untuk 15-20 minit, biar rasa dan baunya menyerap ke dalam kuah, lepas tu barulah buka penutup, kacau dan sendukkan dalam mangkuk)... ok...dah boleh dihidangkan. 


 Kalau nk campakkan mangga muda dalam kuah dhal ni pun sedap jugak... tp hari ni, tak sempat nk jolok mangga. Kat pokok ada kerengga plak tu....hehehe...



Khamis, 17 Mei 2012

Terung Masak Lemak Putih, Sambal Tumis Udang & Ayam Goreng

Salam..

Dah hari Khamis kan...sekejap jer masa berlalu... uuu... rasanya tahun ni bumi berputar laju sikit pada paksinyer.... (yer ke?? )... hahaha..

Inilah lauk ringkas hari ini. Terung Masak Lemak Putih. Masa ke pasaraya NSK minggu lepas, CK borong la terung panjang sampai satu bungkus besar. Dah plan nk masak goreng berlada, kari dan macam2 lagi. Tapi lauk inilah yang dibuat dulu...yang lain tu, entah laaa.....


Resipi campak2 jer..tumbuk kasar bawang merah dengan udang kering, pastu campak dalam piyuk. Potong la cili kering/cili merah dua tiga hiris dan campak sekali. Pastu masuk la santan dan terung. Didihkan....tambah garam dan perasa...SIAP ...

Lauk gini sedap makan dengan sambal belacan dan ikan kering. Tapi hari ni stok cili merah dan cili padi dah kembali ke pasaraya. So takdelah sambal belacannya....

Dan...untuk membangkitkan rasa pedas, CK masak ler plak ni

Sambal tumis udang.... ok lah kan.... ada rasa pedas2 sikit. Cian kat Along, dia tanya takde petai ke Ma?? alahai...petai kat pokok lagi nak....

Dan.... tak cukup 2 lauk, mesti ada satu lauk lagi kan..... 

Selalu buat ayam masak kicap, ayam masak merah, uuuu...dah boring... hari ni nak makan ayam goreng plak.. ni versi rangup krap, krup, krap krup.... mcm kat kedai mamak tu...wallah.....best meratah ayam goreng ni....hahaha

Opsss... drumstik tu khas untuk Rayyan, sbb dia dah terpengaruh dengan Upin Ipin yang suka makan ayam goreng !!! 

Ok...rasanyer cukup lah 3 lauk ni, tp entah laaa...si anak bujang tu sure tak laju makan, sbb lauk paberet dia takde.....




OK...SELAMAT MAKAN TENGAHARI kepada semua !!!

Khamis, 26 April 2012

Lontong

Salam....

Pagi ini mari bersarapan dengan lontong. Waaa...macam raya kan...hehe.... ni semua akibat digoda dan tergoda masa melawat rumah maya Kak Sheila. Adoiii...tak tahan sungguh. Takkan nk tunggu raya baru dapat makan kan !!!


Resipi ni CK salin dari rumah kak Sheila jer... TQ akak !! 

LONTONG
Bahan :
1 biji kelapa parut - 4 cawan santan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas  - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar- dihiris halus
3 ulas bawang putih - di hiris
Sedikit serbuk kunyit
1 sdb udang kering/ikan bilis tumbuk kasar
1/2 cekak so hoon, dikerat
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)

BAHAN SAYURAN :-)
Suku biji kobis, dipotong kecil
1/2 biji sengkuang
1 batang lobak merah
8 tangkai kacang panjang
2 keping tauhu - dipotong  dadu
Segengam so hoon - rendam
2 keping fucuk- rendam
2 keping tempe - dipotongdadu

Bahan utama:-
Nasi impit
Telur rebus (takde..malas nk rebus, jimat telur...hehehe)
Sambal tumis (CK buat sambal tumis udang )
Serunding kelapa (optional) CK mmg ada stok serunding daging

Cara
Panaskan minyak sedikit dan tumis bahan yg dihiris bila wangi masukan serai serta udang kering/ikan bilis
Masukan santan kacau dgn api kecil bila dah agak nak mendidih...masukan sayur-sayuran semua
Perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa...jagan masak sampai sayur lembik...
Dah siap boleh lah di sajikan sama telur, sambal tumis, serunding kelapa  


Si Along suka sangat makan lontong ni. Asyik pilih tempe jer...Tapi Si Irfan tak suka plak. Si Rayyan toncet lagilah...tak sentuh langsung. Adoiii...ingatkan boleh la skip masak untuk tengahari, rupa-rupanya...... errrmm....angan2 ku untuk rilex sambil tengok movie musnah !!! 

Apa tengok-tengok? Jom Makan !!! hehe




Isnin, 27 Februari 2012

Taugeh Kasar Goreng Tauhu

Salam Isnin buat semua pengunjung !!

Taugeh Kasar memang faberet CK, tapi kat pasar borong Selangor ni payah nk jumpa. Kalau kat Giant Kinrara pun jarang2 ada. Ni CK jumpa kat Pasaraya Hero Bandar Sri Permaisuri.

Kalo orang Perak, deme (diorang) suka rencahkan bersama Gulai Tempoyak. Tapi CK tak pernah cuba lagi. Dan kalo arwah makngah CK plak, dia suka masukkan dalam sayur lodeh. Sedap !!



Taugeh Kasar yang CK beli ni dah dicampur aduk. So kena ambik masa sikit untuk potong ekornya. Kena pilih satu2. Kalau di kampung CK dulu (sungai siput) sayur taugeh kasarnya disusun cantik2 dan diikat kemas. So bila balik rumah, hanya potong jer ekor taugeh tu sblm buka tali pengikatnya. Senang !!!

Kali ni CK goreng jer... tumbuk bwang putih, bwang merah dan cili hidup. Kemudian tumis sampai pecah minyak. Masukkan udang dan taugeh. Kacau sekejap dan masukkan taugeh. Masukkan sikit air untuk bagi lembut. Perisakan dengan garam dan aji. Kacau dan siap !!!




Ok...sampai sini dulu....Sambung masak lagi ♥♥♥

Selasa, 4 Oktober 2011

Gulai Pucuk Paku Ikan Masin

Salam...

Sure sume dah makan kan...dan CK baru berkesempatan nk tayang lauk2 hari ini. Sejak demam ni, tekak mula nk makan masakan kampung. So gagahkan diri masak sikit2. Mana nk siapkan tempahan frozen food lagi, nk masak lagi...jaga si Rayyan lagi....fuh...dah lebih kurang supermak dah CK ni. Cuma takde kuasa ajaib jer...wakahkahkah.


Pucuk paku ni dibeli di Pasar Tani Kinrara. Kali ini CK gulaikan dengan ikan masin duri. Resipinya macam biasalah kan. Kena ada cili padi, bawang, kunyit hidup dan santan. Meh tengok respi nyer.

Bahan-bahan
Pucuk paku (3 ikat) -dibersihkan
cili padi
kunyit hidup
Bawang merah
Bawang putih
Ikan Masin - dipotong
Santan kelapa (pekat dan cair)
Garam

Cara-cara
1.Tumbuk cili padi bersama dengan kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah
2.Masukkan dalam periuk bersama santan cair,  garam dan ikan masin.Didihkan sebentar
4.Masukkan pucuk paku. Tambah santan pekat. Kacau agar tidak pecah lemak.
5.Biar mendidih dan bolehlah diangkat

(tips: untuk mengelakkan santan pecah lemak semasa memasak, tumbuk cili padi+kunyit dan garam, kemudian masak seperti biasa, tak perlu tambah garam lagi)



♥♥♥

Rabu, 24 Ogos 2011

Dalca Sayur dan Acar Rampai

Salam... hari ni rajin sikit. CK masak nasi biryani. Tapi nasinya tak dapat nk enter frame sbb tengah masak tu... takpelah, CK tayang lauk2 nya dulu yer..

Kalo masak nasi minyak mestilah ada dalca. Pastu plak ayam masak merah sure tak leh tinggal. Untuk salad, kali ini CK memilih acar rampai. Dah lama tak makan. Tambah lagi dengan daging dendeng. Mmg buat sbb stok dah abis.

Hari ini CK masak dalca sayur jer.. ni respi yang slalu CK buat...tumis darat. caranya arwah mak Ck ler... Kalo anda nk letak daging tetel ke, ayam atau tulang pun bleh gak..

Bahan-bahan:
1 cawan kacang dhal - dicuci dan toskan
2 biji karot - dipotong bulat atau ikut suka
5 tangkai kacang panjang - dipotong ikut suka
1 biji terung - dipotong bulat atau ikut suka
2 biji ubi kentang - dibelah 4 atau 8
1 cawan santan pekat
garam secukupnya
air secukupnya

Bahan2 kisar:
4 ulas bawang putih
9 biji bawang merah
1 inci halia
3 sudu makan serbuk kari daging

Bahan2 rempah tumis:
1inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan2 tumis:
2 camb minyak sapi
3 tangkai daun kari
3 biji bawang kecil - dihiris
3 batang cili kering - dipotong ikut suka


cara:
-rebuskan kacang dhal sehingga separuh empuk
-masukkan ubi kentang dan karot dan biarkan sehingga empuk
-setelah itu masukkan rempah tumis dan bahan2 kisar
-gaulkan rata dan renihkan seketika
-masukkan santan dan garam secukup rasa
-kacau sehingga sebati
-apabila mendidih sedikit, masukkan kacang panjang dan terung
-tunggu hingga mendidih sambil dikacau supaya santan tidak pecah
-apabila semua bahan2 sudah empuk tutupkan api
-panaskan kuali lain dengan minyak sapi
-tuangkan ke dalam lauk dalca tadi sambil digauk perlahan2 sehingga sebati

* bolehlah dihidangkan dengan nasi tomato, nasi minyak, nasi beriani, roti atau roti paratha


Ayam Masak Merah




Acar Rampai
Resipi: Cendanakasih

Bahan-bahan
* 600gm timun - potong, buang pulurnya
* 600gm carrot - potong
* 600gm ubi sengkuang atau lobak putih - potong
* 140gm halia - mayang halus
* 20 ulas bawang merah - kalau besar belah dua
* 20 ulas bawang putih - buang kulit
* 10 cili merah dan  cili hijau - belah dua
* 30 biji cili kering#
* 2 buku kunyit hidup#
* 1" halia#
* 4 ulas bawang merah#
* 4 ulas bawang putih#
* 2 cawan minyak
* 2 sb bijan disangai
* 2 sb biji sawi
* 3 cawan cuka
* 1 cawan gula pasir
* 1 sb ajinomoto
* garam,

Cara-cara
1. basuh, buang kulit, potong semua bahan-bahan seperti carrot, halia, bawang putih, bawang merah , cili hijau, cili merah, ketepikan
2. giling, tumbuk halus atau blend bahan bertanda #
3. pijarkan minyak, tumis biji sawi, bahan tumbuk atau blend tadi bersama cuka, gula, garam dan ajinomoto, masak hingga harum, pecah minyak dan cili secukup masak, masukkan pula tomato sauce, kacau dan rasa dulu kalau kurang masam atau manis boleh ditambah, goreng seketika,
4. masukkan kesemua sayur-sayuran kecuali timun dan ubi sengkuang, goreng seketika atau sedikit layu, kemudian masukan pula timun dan ubi sengkuang tadi, goreng seketika, tutup api, hidangkan, taburkan sedikit bijian




Dendeng Daging (siap letak dalam tupperware)




Ok..Selamat Berbuka buat semua !!!





Jumaat, 5 Ogos 2011

Kailan Ikan Masin

Selamat Petang semua..

Hari ni CK masak ringkas2 jer, dan Kailan Ikan Masin ni salah satu lauk sayur hari ini. Selalu makan kat kedai tomyam, ciput jer diberinya. Nk order sepiring lagi malu.. so...buat la sendirik... sib baik sama macam kedai hehehe (masuk kete bawak sendiri) :P


Bahan-bahan
* 1/2 biji bwg besar (hiris nipis)
* 3 ulas bwg putih (cincang)
* seikat sayur kailan - potong dan asing batang dgn daun
* 1 ekor ikan cencaru masin - dipotong kecil2
* 1 biji cili merah - potong serong
* 2 sudu besar sos ikan
* 1 sudu besar sos tiram
* sedikit air

Cara-cara
1. goreng masin dgn sedikit minyak hgga masak. Keluarkan
2. masukkan bwg besar, dan putih dlm kuali tadi dan kacau hgga layu
3. kemudian masukkan batang kailan serta sos ikan dan sos tiram. Gaul sebati hingga batang lembut sedikit
4. masukkan air, adjust utk kuah....kmdian sayur kailan bersama cili merah
5. kacau sekejap dan bolehla dihidangkan


Wokeh.. layan sayur jer lah hari ni yer.. nak mandi dan rilex2 jap sementara tunggu waktu berbuka. 

Slamat Berbuka buat semua !!! 




Selasa, 2 Ogos 2011

Sayur Lemak Pucuk Belinjau dan Tempe

Assalamualaikum... selamat berbuka dan selamat menjamu selera. Jangan lupa terawih tawww... hehehe

Hari ni CK masak sayur pucuk belinjau. Errrr?? selama ni pucuk belinjau ni memang tak pernah masuk dapur CK. Semalam ke pasar, nampak pucuk ni, lalu CK tanya pada makcik yang jual tu. Dan makcik tu jugaklah yang ajar CK lauk ni (lauk orang jawa kot..hehehe)


Masak lemak putih ni macam biasa jer. Guna santan, cili merah yang dihiris, bawang merah yang dihiris dan juga udang hidup.

Daun belinjau dibersihkan dan boleh dipotong pendek jika panjang. Pastu rendam dalam air.
Tempe dipotong dadu. Mula2 masukkan santan, cili dan bawang hiris. Masak sampai mendidih. Kemudian masukkan tempe, udang hidup dan akhir sekali masukkan daun belinjau. Opss...garam dan perisa jangan lupa yer..hehehe


 Dan lawan dengan sayur lemak belinjau ni, CK buat sambal tumis kerang, ayam masak kicap (untuk anak2) dan sambal tempoyak. Wallah...tak sedo diri makan. 


Sambal tempoyak penambah selera, pemusnah diet. Takde sebarang ulam pun...






Jumaat, 3 Jun 2011

Gulai Lemak Pucuk Paku Telur Asin

Salam...
Hari ini agak sibuk. Bangun jer pagi, Jebat dah ajak pegi mandi manda kat Hulu Langat. Program awal nk balik Melaka, tapi tak jadi (agh..malas nk citer lebih)... tapi memandangkan dah ambik cuti dan janji dengan anak2, maka terpaksalah juga tunaikan. Tak dapat mandi laut, mandi air sungai pun jadilah.

Sepanjang jalan nk masuk Sungai Congkak tu memang banyak orang jual sayur kampung. So kami pun berhentilah kejap, beli pucuk paku. Asyik tengok kak Atie jer masak pucuk paku...hehehe....

Resipi hari ini, dimasukkan telur asin, selain udang kering. Fuh..abis diet aku, terpaksa makan malam (demi pucuk paku) hehe


Bahan

1 ikat pucuk paku
1 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
sedikit udang kering

1 bijik telur asin

bahan mesin
15 biji cili api
2 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
garam

Cara.

1. Asingkan pucuk paku dari tangkainya dan bersihkan. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali telur asin, santan pekat dan masakkan sehingga mendidih.
3. Bila dah mendidih, masukkan santan pekat dan rasakan garam. Sentiasa kacau supaya kuah tidak naik minyak.
4. Bila dah nampak mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur asin ke dalam kuah. Tunggu sekejap hingga telur masak.  Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih








Rabu, 1 Jun 2011

Sup Pucuk dan Tanghun

Salam... hari ni mendung jer.. tadi hujan sekejap, ni dh berhenti..tp sinaran mentari masih jua tidak kelihatan. Dalm suasana suram ni, CK masak yang sempoi2 jerk. Dan lauk yang sempoi tu ialah Sup Pucuk dan Tanghun

Tanghun/Soo Hoon tu sama lah yer.. tapi kat Penang diorang panggil Laksa Kilat. Gamaknya sebab licin berkilat kot!!

Bagi anak2 aku plak, kalo buat sayur ni, kena la letak Tanghun tu lebih sikit. Diorang panggil 'Janggut'. Kengkadang berebut si Irfan dengan Along. Sampai licin dicedoknya soo hoon tu. Benda lain tak makan pun.


Resepi yang senang bangat. Tumis bawang putih dan bawang merah, pastu masukkan air. Bila air mendidih masuklah segala pucuk, cendawan hitam,dan kentang. Biar kentang empuk sekejap pastu masukkan soo hoon dan telur. Tambah garam dan serbuk perasa. Siap !!!


Kentang ni kena la letak. Kalau tak, takde benda plak budak2 tu nk makan. 



Ok..sampai sini dulu







Sabtu, 28 Mei 2011

Sayur Labu dan pucuknya , sambal sotong kering+petai

Selamat Tengahari. Kemana korang hari ni? ke pesta buku Mines atau ke Jom Heboh Putrajaya? kami sekeluarga memang bercadang nk keluar, tp pandang ke langit...alahai mendung la plak. Sesekali terasa rintik hujan. Errmm... rehat dulu kat rumah. Tido ke..mana yang patut ler..

Ni juadah hidangan tengahari kami. Lauk ala kampung. Hari2 makan ayam pun boring gak kan !!

Ni lauk yang aku teringin sangat nk makan. Hampir sebulan dok mencari pucuk labu ni tapi tak berjumpa. Kat Pasar Tani Kinrara hari Selasa memang takde jual. Kena ke pasar tani hari Khamis baru ada. Tapi hari Khamis punyer pasar tani jauh sikit, dah nk sampai Puchong nun..tu yang malas nk pegi.

Akhirnya, tercapai gak keinginan nk makan. Campur dengan labu dan udang kering. Wallah...manyak shedap wooo !!!!

Sambal tumis sotong kering dan petai. Udang fresh tarak, so digantikan dengan sotong kering. Kegemaran siapa lagi kalo bukan along. Tak sabar2 dia nak makan nasi. Habis dikutipnya semua petai. Ambik ler anak, ko sorang jer suka petai kat rumah ni


Ikan kembong masak taucu. Sekadar menambah lauk.

Selain lauk2 ni ada gak telur masin. Pergh..banyak plak aku makan nasi hari ni..alahai !!!sib baik berat maintain jer kat 51kg :)






Selasa, 26 April 2011

Sambal Tempe Bersayur

Sebenarnya aku tak tau nama menu ni, tapi dah selalu buat. Campuran tempe, suun, pucuk dan sayur. Ada rasa lemak-lemak dan pedas. Belajar ngan sedara Jebat jugak, dan tiap kali kenduri mesti ada lauk ni. Ada sesiapa tau nama lauk ni????


Bahan sayur
-kacang panjang, dipotong
-pucuk*
-suun* (bahan * direndam dulu hingga kembang)
-karot –dipotong mancis – ni aku tak letak, sbb takde stok
-tempe- dipotong kecil, dan goreng dulu
-tauhu- dipotong dadu kecil, digoreng
-kentang-dipotong kecil, digoreng

Bahan ditumbuk
Halia
Lengkuas
Udang kering

Dimayang halus
Bwang merah
Bawang putih
Cili hijau, cili merah

Bahan lain
Cili kisar
Sedikit santan pekat
Garam, perasa


Cara-cara
Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi. Kemudian, masukkan bahan yang ditumbuk. Gaul rata dan biar sekejap.
Masukkan semua bahan- sayur
Masukkan santan. Boleh tambah air jika nampak kering. Gaul rata. Masukkan cili yang dipotong. Tambah garam dan perasa. Biar kering sedikit dan angkat



Best makan ngan nasi panas !!!

UPDATE: dh dapat nama sebenar...SAMBAL JAWA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...