Memaparkan catatan dengan label pulut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pulut. Papar semua catatan

Rabu, 27 Jun 2012

Pulut Durian

Salam...
Mood hari ini agak syahdu sikit...adoiiii... rindu pada dia yang menjauhkan diri, rindu pada mereka yang telah pergi...dan rindu untuk buat aktiviti luar macam dulu dulu..... ermmm...apapun...meh layan pulut durian ni dulu.

Macam2 cara orang makan pulut durian kan. Ada yang dibuat pengat kemudian makan dengan pulut kukus, dan ada jugak makan dengan durian mentah macam CK ni. Dan CK pernah gak nampak orang makan durian dengan pulut kukus, gula melaka dan kelapa parut. Tapi CK lom pernah cuba lagi...

Ni makanan kegemaran arwah ayah CK. Kalau musim durian, mesti dia nk makan macam ni. Kalau takde pulut, dengan nasi pun bleh.  Dan CK pun sama.

Cemmana nk buat? memula tanak/kukus pulut sampai masak. Pastu buat la plak kuah santan. Kalau arwah mak CK, santan tu tak masak pun, just perah dengan air masak jer...pastu campur dengan sedikit garam.

Dan....ambik beberapa ulas durian, letak dalam pingan, letak pulut tadi dan letaklah santan. Dannnn...MAKAN...

Kalau isi durian tu kurang manis, bolehlah tambah gula sikit. Tapi CK ni kan suka manis2, so mesti tambah gula...hehehe...(sib baik takde kencing manis ...hahaha)


Skang ni musim durian kan..mana2 jer ada orang jual durian. Kat Semenyih nun, durian D24 pun dah murah. Hari ni CK nk ke sana plak, borong durian habis-habisan...hahaha.... biar penuh freezer dengan durian, stok untuk setengah tahun...hahaha


♥♥♥

Sabtu, 17 Mac 2012

Tapai

Salam...tapai ni CK buat untuk sambut kepulangan suami tersayang...hehehe... kali ni Jebat CK kena belajar kat Kampus Luar Uniten di Malim Mawar...seminggu dia kat sana.. 

Dan...semalam, dia telahpun selamat sampai rumah...si Rayyan pun apa lagi, asyik berkepit jer ngan papa dia...



Sebelum pegi, Jebat CK dah sebut2 lama dia tak makan tapai... jadinya, kena la buat ....Macam biasa, resipi dari Alongroz, HomeKreation.

Tapai Pulut
Resipi asal : Alongroz@Home Kreation
Sumber : Cendanakasih

Bahan-bahan
1 kg Beras Pulut
1 pc ragi ditumbuk halus (sebiji ragi seberat 10-12 gm)
4-5 tbs gula
1 cawan air

Cara-cara
1. Rendam pulut selama 4-5 jam
Kukus sampai lembut
Sejukkan pulut tadi

2. Gaulkan pulut bersama gula dan ragi
Renjiskan air agar pulut tidak melekat
Bulat-bulatkan pulut tadi dan simpan dalam bekas

3.Bungkus dan simpan ditempat gelap selama 2 malam
Tapai siap bila dah berair



*** kadang2 ragi yang dibeli ada kecik ada besar...so adalah lebih selamat jika timbang ragi tu... cth kat sini, CK guna cuma 500gm jer beras pulut, sebab ragi yang CK beli tu cinonet jer saiznya...bila timbang, cuma 8gm jer....



♥♥♥♥♥

Isnin, 12 Mac 2012

Serimuka Delima Labu

Salam... bertemu lagi di hari isnin ini..... Dah breakfast ke? kalo belum, mari jamu selera dengan kuih serimuka delima labu ni... best woooo !!! 

CK memang suka beli labu. Sejak dua menjak ni suka plak makan bingka labu Kak Fida tu. Sampai anak2 buah pun suka. Tapi kali ni, CK cuba plak buat serimuka.


 CK gabungkan dua resipi dalam satu (angkara teringin nk makan dua2 jenis kuih, tp nk sekali buat keje....hahaha)... maka terhasillah kuih ini. Terima kasih buat kak Yatie (pakar kuih talam).. jangan marah yer kak, saya all in one kuih ni...hehe

Serimuka Delima Labu
Olahan dari : Serimuka Labu dan Serimuka Delima Kak Yatie Memories
Sumber: Cendanakasih (copy paste dari blog kak Yatie jer ㋡ )

LAPISAN BAWAH
•500 gm Beras Pulut
•300 ml Santan Pekat
•300 ml Air
•2 sudu kecil Garam
•20 gm Sagu kecil- rendam dgn air &pewarna merah/pink dan toskan

CARA2:
1.Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
2.Basuh bersih beras pulut dan toskan, campurkan dgn santan, air & garam.
3.Masukkan dlm loyang yg telah di lapik plastik.
4.Kukus selama 30 minit.(Kukus dngn loyang yg berlainan tidak berlubang)
5.Apabila pulut masak,gaulkan dgn sagu (tak payah sehingga rata) & tekan pulut di dlm loyang dan sapu sedikit batter/ adunan tepung.

Bahan lapisan atas
•1 cawan labu yg telah di rebus & di lecek
•1/2 cawan tepung beras
•2 sudu besar tpng gandum
•4 sudu besar tepung jagung/tpng kastard
•2 sudu besar tepung ubi
•1 cwn gula pasir
•1 biji telur
•2 cwn santan pekat
•1 sudu kecil vanilla
•1/2 sk garam

Cara Untuk Lapisan Atas
1.Satukan tpng gandum, tpng beras, tpng jagung ,tpng ubi dan tpng kastard ke dlm mangkuk besar.
2.Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam dan gaul sebati.Masukkan labu yg di lecek tadi.
3.Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
4.Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 25 minit saja.
5.PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
6.Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.



Ada yang teringin?? meh la rasa... tp bawak air kopi satu jug yer...hahaha


Jumaat, 4 November 2011

Tapai Pulut

Salam semua...

Seronoknya CK dapat buat tapai pulut untuk suami tersayang. Ini memang makanan kegemaran suami CK, tp sebelum ni CK tak pandai buat tapai. Hinggalah pada suatu hari my Jebat suruh MIL (mak dia) buatkan tapai, tp orang tua tu takmo (apa raaa...anak sendiri nak makan pun tak boleh nak buat....ermmm...cian my Jebat, merajuk... so..CK berusahalah buat tapai sendiri. Sebelum ni pernah tanya arwah mak CK macam mana nk buat tapai ni, tp CK dengar2 macam tu jer..tak tulis, tak simpan dalam kepala otak..bila mak dah takde baru menyesal...huhuhu..

Namun, rakan2 blogger masih ada yang bermurah hati. So CK dapat resipi tapai dari Alongroz (Home Kreation)... Dan hasilnya............


TADAAAA !!! inilah tapai yang berjaya CK buat... terima kasih Along. Resipi asal boleh tengok sini yer
My Jebat suka sangat-sangat. Sampaikan suruh CK ucap terima kasih banyak2 pada Alongroz sbb sudi ajar bininyer ni cara2 buat tapai yang manis, sedap dan banyak air... Dan..ketika entri ni dimasukkan, tapai dah tinggal sikit jer..habis dimakan dek my Jebat...katanya tekaknya pun dah mula sakit..suara pun dah serak...hahaha...

Ok..CK letak resipinyer untuk rujukan kawan2 dan CK sendiri dimasa akan datang.

Tapai Pulut
Resipi asal : Alongroz@Home Kreation
Sumber : Cendanakasih

Bahan-bahan
1 kg Beras Pulut
1 pc ragi ditumbuk halus (sebiji ragi seberat 10-12 gm)
4-5 tbs gula
1 cawan air

Cara-cara
1. Rendam pulut selama 4-5 jam
Kukus sampai lembut
Sejukkan pulut tadi

2. Gaulkan pulut bersama gula dan ragi
Renjiskan air agar pulut tidak melekat
Bulat-bulatkan pulut tadi dan simpan dalam bekas

3.Bungkus dan simpan ditempat gelap selama 2 malam
Tapai siap bila dah berair


Namun, ada petua dan pantang larang dalam membuat tapai ni. Ni petua arwah mak CK laa..antaranya badan kenalah bersih. Tak boleh kotor-kotor. Sebaiknya mandi ler dulu sblm wat tapai...hahaha....
Lagi satu, masa membungkus tapai, mulut takleh bercakap..diam jer...(ermm...entah ler..apsal yer...)
Kalo orang yang datang bulan, takleh buat tapai/bungkus tapai...kononnya hasilnya nanti tapai jadi merah...(logik ker....)


Tapi yang PENTING pulut hendaklah betul2 sejuk sblm ditabur ragi dan gula. Pulut yang panas akan menghasilkan tapai yang kemerah-merahan.


Ermm... ada yang nak rasa? meh la rumah..CK buat lagi tadi....untuk dijamu pada tetamu hari raya nanti.


p/s : Terima Kasih Alongroz !!! Semoga murah rezeki



Khamis, 28 Julai 2011

Kuih Koci Pulut Hitam

Salam... Fuh..penat sungguh hari ini. Hari terakhir siapkan semua tempahan kuih2 frozen dan benda2 yang sewaktu dengannya. Dan SEMUA TEMPAHAN telahpun ditutup. Bukan menolak rezeki, tp dah tak mampu. Takut mati terkangkang kat dapur tu..kehkehkeh !!!

Musim durian tak abis lagi kan. So hari ni CK buat kuih koci plak. Inti kelapa campur durian. Wallah, lama sungguh tak buat kuih ni, yelah, tunggu pokok pisang tu besar sikit baru boleh cantas daun dia...cian...


Resipi disalin dari Dapur Tanpa Sempadan. Terima kasih encik CMG. Dah selalu buat ikut resipi ni.

BAHAN DOH :-)
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 cawan air
1/2 cawan santan
Secubit garam

BAHAN INTI :-)
1 biji kelapa inti (yang sedikit muda dan berkulit cerah)
1 ketul gula melaka, dipotong kecil
1 cawan gula pasir
2 helai duan pandan
1 1/2 cawan air

BAHAN LAIN :-)
Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong ikut saiz sesuai
Minyak masak untuk disapu atas daun pisang

CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK INTI :- Masak gula melaka, gula pasir, 1 daun padan dan air hingga gula larut. Angkat dan tapis gula tadi. Masukkan kan ke dalam kuali dan hidupkan api. Masukkan kelapa parut tadi dan baki daun pandan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga inti sedikit kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
2. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 doh kecuali air, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menajadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan, tambah sedikit lagi air jika perlu. Ketepian untuk 10 - 15 minit.
3. UNTUK KUIH KOCI :- Ambil sekeping daun pisang tadi, sapu dengan minyak masak pada permukaannya. Letakkan secukupnya doh dan ratakan. Ambil 1 - 1 1/2 camca teh inti dan letak di tengah2 doh, cantumkan doh dan kemaskan, bungkus kemas dan letak dalam pengkukus. Buat hingga siap. Kukus 15 - 20 minit atas air mendidih. Boleh dihidangkan segera ada dingin sedikit....

Inilah rupa paras selepas di'operate' hehehe...


Jom minum petang !!!



Sabtu, 21 Mei 2011

Bubur Pulut Hitam Durian

Salam Sabtu buat semua.

Sapa yang keje ari ni?? Sapa yang cuti, yg balik kampung, yang pegi kenduri kahwin? Aku macam biasa...ada kerja sikit hari ni.. nk ke Desa Water Park jap lagi...

Hari ni pepagi lagi dah masak bubur pulut hitam. Tingin beno. Macam biasa ler campur durian. Pes durian dalam freezer tu masih ada lagi. Uh..takleh jadi ni, kena tambah stok la nampaknyer.


Selain pulut hitam, pes durian juga boleh dimasukkan dalam bubur kacang dan bubur gandum. Ikut selera masing la kan !!

Bahan-bahan
1 cawan pulut hitam [rendam semalaman]
4 cawan air
1 cawan gula
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
daun pandan [simpulkan]
garam
isi durian

Cara
1. Rebuskan pulut hitam dengan air sampai pulut pecah
2. Masukkan 2 cawan santan, daun pandan gula dan garam.
3. Kacau supaya tidak pecah minyak dan masakkan sampai mendidih.
5. Masukkan isi durian. Kacau, siap



Nk rasa? ambik sorang satu sudu yer... kehkehkeh !!!!




Rabu, 18 Mei 2011

Serimuka Durian

Aloo... jangan muak yer tengok entri berasaskan durian hari ni.. hehehe...

Buat kedua kalinya, buat serimuka durian lagik... ermm.. kiranya sedap lah yer. Kali ni kasi upgrade sikit. Atas permintaan along, dia mintak pulut tu kaler hijau, macam buat pulut bangkok hari tu. So ikut kan jer lah. Dan jadilah warna bendera Kedah !!!

 
Guna resipi yang sama macam dulu, tp pulut tu aku rendam semalaman bersama kisaran air daun pandan. So bau wangi jer lah...


Bahan-bahan Lapisan Bawah
250g beras pulut - rendam semalaman  bersama jus daun pandan dan sedikit warna hijau
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2sk gula -

Cara-cara
Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar.

Bahan-bahan Lapisan Atas
150g isi durian
125g gula
3 biji telur
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat
secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati . Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih. Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.


Berseri jer kaler serimuka ni kan... i like !!!

Sabtu, 14 Mei 2011

Pulut Bangkok

Salam.... bila nampak jer kuih ni kat rumah Kak Rose, terus teringin, almaklum lah.. aku suka kaler kuih ni.. ada hijau, ada kuning..cantik jer... dh terasa2 kat tekak ni. Hari ni dengan penuh kerajinan aku pun buat ler...

Alamak... Pulut Bangkok dah jadi pulut bengkok la plak. Errmm... gara-gara my Jebat, disuruh beli pisang – memanglah beli, tapi si Pisang Emas yang dibawa pulang. Nak dibawa belayar bersama gamaknyer... Bila ditanya takde pisang tanduk ke? Jawabnyer... tanduk dah diambil oleh kerbau. Nangka dah dibalut kat pokok... Eeee... geram kan....

Errrmmm... apapun, hentam sajalah labu. Janji ada pisang. Kalo takde kang, buah labu plak yang aku letak dalam pulut ni... hahaha


Terima kasih pada kak Rose dan Kak Wan yang sudi berkongsi resipi. Lain kali nk guna pisang nangka atau tanduk ler... kasi cantik dan sedap makan.



Bahan A
500gm beras pulut
300ml air
100ml santan pekat (KARA)
Pewarna hijau
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
5 biji pisang nangka atau pisang tanduk

Bahan B
1/2 cawan gula pasir
sedikit air
1 biji kelapa parut putih
1/4 teh garam
1 helai daun pandan

Cara-cara :
1. Rendam pulut dgn pewarna semalamam.
2. Toskan dan kukus dengan daun pandan dan santan separuh masak.
3. Keluarkan pulut dan ambil sedikit dan letak diatas alas plastik atau daun pisang, tekan biar rata dan letakkan pisang ditengahnya. Gulung dengan kemas.
4. Kukus semula pulut gulung tadi selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan alas plastik Ketepikan.
5. Sementara itu masak gula dengan sedikit air dan letakkan daun pandan dan sedikit garam.
6. Apabila air gula mendidih tuangkan keatas kelapa parut dan gaul rata. Biarkan sejuk sedikit.
7. Ambil pulut yang dikukus tadi, gaul dengan kelapa parut dan potong tiga atau empat bahagian.



Sedap kuih ni. Sesuai untuk minum petang.

Sabtu, 30 April 2011

Rendang Ketupat Sotong

Salam Semua !! Selamat bercuti buat kawan-kawan yang pulang ke kampung halaman ataupun ke destinasi percutian yang lain.

Hari Sabtu begini, ada banyak masa untuk memasak sesuatu yang istimewa. Lauk ni menjadi kegemaran Jebat, dh lama di request , tp disebabkan kesibukan kerja di rumah, sampai terlupa sotong dalam esbox tu.


Rendang Ketupat Sotong
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
- 4 ekor sotong (bersaiz besar)
-garam, perasa
-1 sudu besar kerisik
-1 helai daun kunyit- dihiris halus
-1/2 cawan santan

A- untuk pulut
*1 senduk beras pulut
*1 senduk santan pekat

B- kuah rendang
*4 ulas bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 batang serai-dihiris halus
*1/2 inci lengkuas (sikit jer)
*10 tangkai cili kering- buang biji, potong halus

Cara-cara
  1. Sotong dibersihkan dan ditoskan agar kering airnya
  2. Beras pulut dibasuh bersih dan masukkan santan pekat. Tambah sedikit air. Letak sedikit garam. Panaskan pengukus dan kukus pulut hingga masak
  3. Bahan-bahan untuk kuah rendang dikisar halus.
  4. Sumbat sotong dengan pulut yang telah dikukus tadi. Sematkan dengan lidi pada hujungnya ataupun boleh dijahit dengan benang kasar
  5. Panaskan kuali dan tumis bahan yang dikisar halus hingga pecah minyak. Masukkan santan dan kacau rata. Masukkan kerisik dan gaul rata.
  6. Masukkan sotong tadi. Tutup sekejap dan balik-balikkan agar sotong masak sekata
  7. Tambah garam dan serbuk perasa.
  8. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Siap !!!!
 Selamat Mencuba !!!!


Kebanyakan orang kalo buat ketupat sotong, mestilah berkuah putih. Tapi aku ni tak brapa suka lah plak. Hati nak makan rendang, nk makan pulut. Nak tunggu raya lambat lagi. So... inilah hasilnya. Siap ada sotong lagi !!!

Sapa nk rasa?? aku ada 4 ekor jer ni?? cepat..sapa cepat dia dapat !! hehehe

Rabu, 27 April 2011

Serimuka Durian

Petang ini menjamu selera dengan kuih serimuka durian. Rupa takde, tapi rasa meletops !!!! bagi sapa yang suka durian, mesti cuba kuih ni.


Selalunya kalo buat serimuka, kepalanya mesti tebal, dan pulutnya sikit pun takpe..sbb budak2 ni suka makan yang manis tu lebih daripada pulut. Dan satu lagi, kepala tu takleh keras, kena lembik2 sikit...

Disalin dr blog Izah Muffin Lover

Bahan-bahan Lapisan Bawah
250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2sk gula -

Cara-cara
Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar.

Bahan-bahan Lapisan Atas
150g isi durian
125g gula
3 biji telur
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat
secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati . Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih. Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.

Rabu, 23 Februari 2011

Serimuka Gula Melaka

Salam... akhirnya...hari ini buat jugak kuih untuk minum petang keluarga (setelah hampir 3 minggu tiada segala kuih dan manisan) Cian kat diorang. Memandangkan my Jebat pun tak kerja ari ni, so ada la masa buat kuih.

Baru kuar dari bekas. Masih panas lagi.

Hari ni nk buat serimuka kaler coklat plak. Biasanya warna hijau kan... ikut style mak aku, letak kulit kayu manis kat adunan atas tu. Wangi jer, dan takde lah bau hanyir telur. Dan kebiasaannya aku suka buat kepalanya lembik sikit. Kalo keras macam tak brapa ummph...terpulanglah pada selera masing2 yer

9Resipi kat bawah ni amik dari blog Watie Saari. Dia dapat dari CMG. Aku takde resipi saintifik, (yg betul2 ikut sukatan laaa...aku main redah jer....)

BAHAN LAPISAN BAWAH :
2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak makan

BAHAN LAPISAN ATAS :
1 cawan tepung gandum
1 camca besar tepung jagung
1 camca besar tepung beras
3/4 cawan gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air* (*dimasak hingga gula larut, tapis dan sejukkan, buang daun pandan)
2 biji telur
2 cawan santan pekat
1/2 sk garam
Sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) - tak letak sbb takder

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK LAPISAN BAWAH :- Cuci beras pulut, rendam 20 minit dan toskan. Sementara itu panaskan kukusan, alas tin bulat berukuran 10 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi. Masukkan pulut dan ratakan. Satukan garam bersama santan, kacau rata dan tuang ke dalam pulut. Masukkan minyak masak, kacau sedikit biar rata dan letak sehelai daun panda. Kukus selama 20 minit - 30 minit (mat kukus 25 minit).

2. UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau rata dengan whisk atau blender hingga sebati. Tapis adunan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi sedikit pekat. Matikan api.

3. UNTUK PULUT SERIKAYA :- Pulut tadi, ditekan hingga padat, ratakan. Kemudian tuang lapisan atasnya, ratakan dan sambung mengukus selama 20 - 25 minit dengan api sederhana. Pastikan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong. Mat guna kaedah menutup permukaan tin dengan tudung periuk semasa mengukus..


Slamat Minum Petang semua!!!

Rabu, 1 Disember 2010

Pulut Serunding

Salam. Jumpa lagi kita pagi ini... Hari ni aku mengukus pulut kuning dan makan dengan serunding daging. Time mengukus, teringat plak santan takde, so start enjin kete, keluar jap ke pasaraya (pasaraya kat Puncak Jalil ni dibuka seawal 7 pagi-MyMaidin)  Aku ni paling malas ke pasaraya. Mana taknyer, nampak jer benda berkenan dihati, mesti nak beli. Asalnya nk beli santan jer, tapi rm50 pasti melayang.. ntah apa2 yang aku beli, keronsang ler, bekas air ler, mcm2 lagi.  


Resipi amik dari Myresipi  Ada macam2 resipi serunding kat internet ni, tp aku lebih suka yang tak ditumis. Ianya lebih tahan lama (anggaran 2-3 bulan)Tapi serunding yang aku buat ni takkan bertahan lama. Esok lusa abis la tu. Si Jebat tu suka sangat meratah. Macam snek dibuatnyer.

Bahan-bahan
* 1kg daging - direbus dan disiat
* 5 btg serai *
* 7 ulas bawang putih*
* 3 labu bawang besar @10 ulas bawang merah*
* 2.5 cm halia*
* 1.5 cm lengkuas*
* 30 tangkai cili kering* - potong & rendam
* 1 sk serbuk kunyit
* 1 sb serbuk ketumbar
* 1 sb serbuk jintan
* 1 1/2 biji kelapa - perah guna air rebusan daging, santan dpt dlm 3 cwn
* 1 sb gula putih @ gula perang
* Garam

Cara-cara
1. Semua bhn bertanda * dikisar bersama.
2. Masukkan bahan kisar bersama daging ke dalam kuali. Masukkan santan. Semua bhn dimasukkan bersama supaya daging serasi mesra dengan bahan. Tambah garam dan gula..
3. Perlu diingat api tidak terlalu besar, takut hangus.. bila nak kering, kacau selalu,..
4. Bila dah kering, tutup api. Siap



Pulut ni dah aku rendam semalaman. Letak sekeping asam gelugur dan tambah serbuk kunyit. Esoknya kukus macam biasa. Bila dh masak, gaul dengan santan dan sedikit garam. Pastu kukus balik dalam 5 minit. Siap..dan bolehlah disantap.

Rabu, 21 April 2010

Pulut Mangga

Kejap tadi, lari sekejap ke Giant, beli barang2 dapur, tengok plak mangga yang masak ranum ni, sekilo rm2.30, aku sambar ler 3 bijik. Banyak2 pun buat apa, makhluk lain di rumah ni bukannyer makan, aku sorang jer yang makan buah2 kat umah ni.. Hang Jebat pun setakat rasa sehiris dua jer..


Kebetulan dh kukus pulut, so boleh lah boleh (cewah..mcam lagu Mas Idayu ler plak) makan dengan buah mangga ni..memang manis..menyesal plak tak beli lebih sikit..lagi frust bila teringat air Manggo Spin kak Fida.. uwahhh...




Kalo dapat durian mesti lagi best kan.. uwah...mcm mana nk diet ni????

Khamis, 1 Oktober 2009

Pulut Durian

Entah dari mana datangnyer durian ni? Pahang, Johor? Perak? atau aku yang tak tau skang ni musim durian? maklumlah...dah takde kampung....
Durian ni dibeli kat kawasan umah aku ni (dekat ngan umah Kak Ina KL, Desaminium) kira ok gak isinyer...hargapun murah.....

Makan ngan pulut dan santan...fuhhh....sedap sungguh...lepas ni kalo angin sana sini, sendiri tanggung lah kan !!!



Ada sesiapa yang teringin atau terliur ker??? pegilah cari durian. kat KL skang ni pun dh melambak.....

Khamis, 11 Jun 2009

Kuih Seri Muka

Minum petang hari ini. Dh lama tak buat kuih ni. Sib baik jumpa respi kat MYR. Thanks to NanaSham atas sumbangan resepi. Memang best laaa.....



Bahan-bahan
Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak
Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara
Untuk lapisan bawah:-
A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.

Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!



Takde mood nk tulis banyak2, panas sangat ni. Nk tido kejap, aircond dan kipas dh bukak tu...bye !!!





Jumaat, 13 Februari 2009

Pulut Kuning, Kuah Durian, Rendang Ayam

Semalam tengok roti jala+kuah durian kat umah Kak Ina KL, terus teringin. Petangnya ajak Hang Jebat pergi Giant, kat sana ada orang jual durian,tapi tak tau lah ada ke tidak,,,, nasib baik ada... 3 paket rm10.00. Baliknya aku siap beli kelapa parut, nk buat kuahnya..sampai jer umah, malas la plak...simpan dulu untuk esok lah....

Roti jala+ kuah durian


Malamnya, aku tengok cerita Keliwon (tv3), kali ni cerita pasal Hantu Raya. Orang tu masak pulut kuning dan telur rebus untuk bagi makan hantu raya dia. Masa iklan, aku terus ke dapur, ambik pulut dan rendam. Laki aku tengok dan cakap "hah, awak ingat aku ni hantu raya ker, nk bagi makan pulut kuning?". Ish..dia ni..tak sayang mulut langsung.. Lalu aku jawab balik "takkan hantu raya jer boleh makan pulut kuning, manusia macam kita ni tak boleh makan ker?"


Pagi ni aku bangun jer, terus kukus pulut. Lepas tu fikir plak nk masak apa untuk makan tengahari. Takkan makan pulut kuning jer..kang memang sah la aku ni hantu raya. Fikir dulu...sambil tu duduk minum teh o.

Santan masih ada lagi dalam esbox...lengkuas pun ada lagi...ha...buat Rendang.....

Lepas masak rendang, buat pulak roti jala. Sempat jugak si along makan sebelum pegi sekolah. Tengok kuah durian ada banyak, bagi sikit pada aci sebelah umah. Mesti diorang terbau jer masa aku masak kuah durian tu tadi....


ni pulut kuning dan rendang ayam



Jumaat, 14 November 2008

Bubur Pulut Hitam

Beberapa hari lepas, dalam Asean Food Channel tunjuk resepi ni. Selain dibuat bubur, ia juga dijadikan aiskrim...emmm..sedap nyer ! !
Kebetulan dalam kabinet ada pulut hitam yang beli ari tuh. So leh ler masak bubur ni...... kalau ikut style makcik aku, dia letak santan pekat semasa menghilang. Nampak ler menarik sikit. Tapi aku ni malas, lebur jer sume tu skali gus.

Bahan-bahan
>pulut hitam-dicuci dan toskan
>santan
>gula putih
>gula merah
>sedikit garam-untuk menaikkan rasa lemak
>daun pandan

Cara-cara
1. Rebus pulut hitam sampai kembang (aku rebus dalam rice cooker jer)
2.Masukkan gula merah, gula putih dan daun pandan
3.Akhir sekali, masukkan santan (yg dicampur sedikit garam).
4. Kacau rata dan bolehlah diangkat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...