Jumaat, 18 Mac 2016

Kerabu Megi Thai

Salam

hari ini CK mencuba kerabu megi. Uishh...pedas giler ko.... tak tahan CK..bagi anak2 jer laaaa... (anak2 boleh makan pedas, CK tak tahan...hahahaha)


Ok ini dia resepinya. CK copy paste jer dr group masakan di FB
1. Panaskan air. 
2. Hiris lauk-lauk. Boleh guna crab stick/ sosej/ ayam/ sotong/ udang potong memajang
3. Rebus ayam/udang/ sotong sekejap sahaja dalam air yang telah dipanasakn (hingga masak)
4. Angkat dan toskan.
5. Masukkan bawang yang dimayam. 2-3 biji bawang bombay.
Serai diracik halus. 2-3 batang serta cili padi yang dipotong. 2-3. Nak lagi banyak letak la ya.
4. Celur /rebus sekejap. Angkat dan toskan.
5. Di dalam air yg sama celur/rebus mee segera. Saya guna 5 paket. Angkat dan toskan.
6. Boleh juga jika nak letak sayur-sayur seperti bunga kobis/kobis /karot. Celur juga semua sayur. Jangan lupa masukkan daun limau purut sikit.
7. Sediakan mangkuk. Masuk semua baham tadi.
Buka perencah dan gaul.
8. Perah 3 biji limau nipis dan gaul rata. Nak kurang atau lebih ikut suka. 
Siap untuk dihidangkan.
Ok selamat mencuba.

Inilah dia meginya. Import dari Thailand...Halal yer...







OK.....sampai sini dulu 

Rabu, 9 Mac 2016

Muffin Pisang Gebu

Salam

Petang ni buat muffin la pulak untuk minum petang, memandangkan ada pisang masak ranum tu...asyik buat cekodok jer dh jemu... ni kalo ada balance, esok boleh jugak buat bekal ke sekolah...



Kali ini CK ambil jalan mudah. Guna Food Prossesor jer, dari ayak tepung sampailah adunan bahan..hahahaha....sonang kojo den...



Muffin Pisang Gebu
Bahan2 

1 1/2 cawan tepong gandum
1 teaspoon baking soda 
1 teaspoon baking powder 
1/4 teaspoon garam 
270gm pisang-
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1/3 cawan minyak jagung

Cara menyediakan
1. Panaskan oven. CK punya oven jenis Industri, api atas bawah 180'c.. sementara itu aturkan muffin pan dengan kertas muffin atau paper liner.
2. Dalam mangkuk atau bekas yang besar, ayak tepong gandum bersama baking soda & baking powder. Masukkan garam & gula & gaul sebati.
3. masukkan pisang , telur & mentega cair ke dalam Food Prossesor, putar dalam 1 minit. Tuangkan bahan cecair ke dalam bahan tepung dan gaul sebati menggunakan senduk kayu. Jangan terlebih kacau asal bergaul rata sudah cukup.
4. Sudukan adunan ke dalam kertas muffin hingga paras 3/4 ketinggian kertas muffin. Atau jika mau muffin naik membumbung sudukan lebih sedikit adunan sehingga hampir penuh. Boleh hias dengan coklat cip jika suka
5. Bakar muffin antara 18 ~ 20 minit
SIAP



CK guna bekas aluminium ni jer...takde bekas muffin pun....






















Tadaaaa ... minum petang dh siap...selamat mencuba !!!

Selasa, 8 Mac 2016

Chicken Chop

SALAM

Kalo tengahari tak masak nasi, benda paling senang nk dihidangkan untuk makan malam ada chicken chop... tp nak lagi senang, bawak jer gi makan kedai tomyam.. hahahahaha.... hampessss


BAHAN- BAHAN
1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah!

 Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.




Dahhhhh !!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...