Sabtu, 31 Januari 2015

Lempeng Pisang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam,,,, hari ni CK tayang lempeng pisang jer lah yer...sesekali keluar masakan kampung... khabarnyer lempeng pisang ni fofular kat Cafe2 di Putrajaya... ada la kawan CK bawak ke rumah masa reunion awal bulan hari tu...so hari ni teringin, dan buat la sikit...anak2 takyah tanya yer...mmg tak makan 

 First time makan lempeng pisang bersama sambal tumis...sedap jugak... hahahaha... My Jebat biasa laa...takkan makan mende2 pelek sebegitu...so dia makan lempeng pisangnya saja

Nk buatnyer senang saja...

Pisang masak ranum dilecek halus dan gaul bersama tepung. Tambah sedikit garam... sediakan daun pisang yang sudah dicelur air panas sedikit, dan letak adunan pisang dan tepung tadi. Tabur sedikit kelapa parut dan tutup dengan daun pisang... letakkan atas kuali leper dan bakar sampai masak...


Ok...selamat berhari minggu !!! 

Isnin, 26 Januari 2015

Poli Ubi Kayu / Lopes Ubi Kayu

Salam !!  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ini sudah kali ketiga CK buat kuih ni.. mmg sedap la dari yg pulut. Dan kali ini CK buat kalerful plak.




Bahan-bahan
3 tongkol ubi kayu- disagat dan dapat dalam 2 cawan isi- kemudian perah utk keluarkan airnya. Biar air perahan tu mendap sekejap, kemudian buang air bahagian atasnya. Ambil mendapan sagu yang terhasil dan gaul bersama ubi kayu yang disagat tadi 
1/2 cawan santan
1 sb tepung kastat
secubit garam
pewarna kuning jika suka
daun pisang dilayur

Bahan lain
Kelapa parut - digaul dengan secubit garam
Air Gula Melaka - yang pekat la sedap


Cara-cara
Gaulkan semua bahan2 hingga sebati. Ambil sedikit (dalam 2 sudu) dan letakkan atas daun pisang. Bungkus macam buat lepat pisang.
Kukus 1 jam atau hingga masak
CK tak bungkus dalam daun pisang, guna loyang jer. Padatkan ubi kayu yang dah digaul sebati tadi dalam loyang dan kukus selama 1 jam/hingga masak. Nak tau masak atau tidak, cucuk lidi pada kuih, dan jika ditarik keluar lidi tu bersih jer, tandanya kuih dah masak la tu.
Biar sejuk sekejap dan bolehlah dipotong. Kemudian gaul bersama kelapa parut dan makan bersama air gula melaka.


OK... Moga Jumpa Lagi :)

Sabtu, 10 Januari 2015

Serimuka Hijau Kuning

SALAM 
Hari ni buat kuih serimuka la plak. Sesekali makan kuih tradisional, sedap jugak. Tapi kat rumah ni, CK kena kreatif sikit, kalo warna2 kuih malap jer, anak2 pun takde feel nk makan. Dan kebiasaannya warna hijau kuning ni la jadi pilihan. 


CK suka serimuka yang kepalanya lembik2 sikit... baru best nk makan... hehehehe....

Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
  2. Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".


Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A
  • 250 gm gula castor
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan essence
  • pewarna hijau- secukupnya



Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
  2.  Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje.
  3. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30 minit.



Ok...sampai sini dulu

Rabu, 7 Januari 2015

Bahulu Klasik

Salam.... berjumpa kembali

Ramai yg bertanya tentang bahulu yang selalu CK buat. Dan hari ini CK kongsikan resipinya. Bahulu klasik, tiada sebarang bahan pengawet, ovalet mahupun perisa tambahan. Kalo bakar guna sabut dan tempurung kelapa lagilah sedap


Bahulu Klasik

Bahan-bahan
1 cawan tepung- disangai 5 minit atas api perlahan
1 cawan telur
1 cawan gula

Cara-cara
Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Suhu 200'c
Pukul telur dan gula hingga betul2 kembang, putih.
Masukkan tepung dan gaul perlahan-lahan.
Gliskan acuan bahulu dengan butter
Masukkan adunan telur tadi ke dalam acuan.
Bakar selama 15 minit atau hingga masak


tips :  oleskan acuan bahulu dengan daun pandan yang disiat-siat. Celup dengan sedikit minyak.
Boleh tambah 1sk esen ros untuk hilangkan bau hanyir telur


SELAMAT MENCUBA




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...