Jumaat, 20 September 2013

Kuah Dhal Bayam

Salam... apa khabar semua

Hari ni CK nk perkenalkan salah satu makanan orang india iaitu Spinach Dhall Curry ataupun Kuah Dhal Bayam. Arwah mak CK selalu buat kuah ni untuk dimakan dengan capati. Tapi arwah mak guna bayam kecil2 tu (tanam sendiri belakang rumah)

Entah kenapa hari ni, tetiba nk makan dhal bayam ni..mungkin sebab teringatkan nostalgia di kampung kot..pagi2 lagi mak dh kutip anak2 bayam dan sambil2 tu rebus kacang dhal..kemudian uli tepung nk buat capati. Tapi CK ni tak pro lagi buat capati. Asyik keras jer.. huhuhu....


 Ok.. ini versi ala CK.. kalo cara orang India, mereka lebih suka bayam tu hancur/lenyek dan sebati dengan kuah dhal tu..arwah mak CK pun buat gitu. Nanti kuah dhal ni jadi warna hijau. Tapi CK ni taknak lah buat begitu. Yelah..Jebat CK tu bukannya pernah makan lauk ni, anak2 pun sama...takut mereka terkejut nanti. So CK  biarkan sayur bayam tu kasar2 dalam kuah. Nanti jika mereka dh suka, barulah CK buat style arwah mak tu...tp tu kena cari bayam kecil2 tu, lagi sedap dan manis. 

Ada yang teringin nk buat? Sesuai dimakan dengan capati , roti canai mahupun nan. Nk makan dengan nasi putih pun bleh. Meh tengok resipinya

Kuah Dhal Bayam
Bahan-bahan
2 genggam kacang dhal - basuh dan rendam
1 bj bawang besar- dibelah 4
1 sk serbuk kunyit
1 mangkuk sayur bayam yang dipotong2 kecil
1 bj telur
1 bj cili hijau,merah- dipotong2
1/8  cawan santan pekat
garam dan perisa

Bahan penumis
-2 ulas bawang merah- hiris
1 ulas bawang putih- hiris
2 tangkai cili kering- dipotong2
1 tangkai daun kari
1/4 sk jintan manis
1/4 sk jintan putih
1/4 sk biji sawi

Cara-cara
kacang dhal direbus bersama serbuk kunyit  hingga pecah/hancur. Kemudian masukkan bawang besar yang dibelah 4. Biar bawang masak sikit kemudian masukkan santan. Bila dah mendidih kali kedua, masukkan cili merah dan hijau yang dipotong2. Biar sekejap dan masukkan sayur bayam. Biar sampai bayam layu dan bolehlah dimasukkan telur. Pecah2 telur agar sekata dengan kuah. Kalau nk sebijik-sebijik pun bleh.
(sapa yang suka bayam hancur, boleh la lecek2 kan sayur bayam tu sampai hancur dan sebati dengan kuah )
Bila telur dan masak, bolehlah ditutup api dan tutup periuk tadi. Ketepikan.

Ok...kuah dh siap..ketepikan dan kita panaskan plak kuali. Masukkan sedikit minyak dan tumis jintan manis, jintan putih, bawang merah dan bwang putih sampai kuning. Kemudian masukkan cili kering dan daun kari
** cili kering x bleh masuk awal2, nanti hangus
Kacau sekejap dan buka tutup periuk kuah dhal tadi. Terus masukkan bahan yang ditumis tadi kedalam periuk dhal dan kacau cepat2. Kemudian tutup kembali tudung periuk dan biarkan sekejap dlm  5-10 mnit.  Siap... dan bolehlah dihidangkan ...

Senang kan !!!


Kuah dhal dh siap... jom makan dengan roti canai !!!


Rabu, 18 September 2013

Muffin Pisang

Salam...
Anak2 CK suka makan muffin, tak kira la muffin apa pun, nilah juga bekal yg mudah nk sediakan, dan kalo bertandang ke rumah kengkawan, muffin jugak la yang CK bawak. Benda senang kan.. buat apa nk susah2 badan fikir itu ini.... ada benda sedap, senang → cukup laaa...gaul2, bancuh...ting...dalam masa 20 minit dh  siap.. 




Bahan A
1 cawan tepung naik sendiri
I sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
*bahan2 ini diayak bersama

Bahan B
½ cawan gula
1 biji telur

Bahan C
¾ cawan pisang lenyek
¼ cawan minyak
1 sudu teh esen pisang

Bahan D
Coklat rice, coklat cip dll  untuk ditabur

Cara-cara
Pukul telur dan gula hingga kembang
Masukkan bahan C
Gaul lagi sampai sebati
Masukkan bahan A, dan gaul rata
Sendukkan dalam papercup
Tabur coklat rice
Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180’c

Kat bawah ni mini banana muffin yang memang mendapat tempahan setiap minggu. Saiznya sedang2  jer, sesuai utk jamuan...tak muak makan...CK jual murah2 jer, 60sen satu.. 


Minggu lepas, sebanyak 1500bj banana muffin telah terjual. Naik berpinar gak la mata nk siapkan muffin ni...  TQ Nia sbb tak jemu2 order ngan CK


Untuk dapatkan muffin yang gebu dan sedap, rahsianya ialah menggunakan pisang yang masak dan ranum. Nanti muffinnya jadi manis dan lembut setiap masa...takde la sejuk bila keras. Muffin ni lebih lembut dr muffin yang dijual dikedai tu (dari feed back customer laaa )



Ok...  sampai sini dulu

Selasa, 17 September 2013

Asam Pedas Telur Ikan

Salam... apa khabar... Hari ni CK cuti... yeah...bestnyer...boleh masak memasak dan makan dengan selesa (kalau time bz tu, makan pun sambil berdiri/buat keje...huhuhu...apalah nasib!! )

Dan hari ini CK masak asam pedas. Kena plak dengan telur ikan mayong...ermmm... bestnyer... Tq pada my lalink Jebat yang belikan lauk kegemaran isterinya ini jauh2 di Kuala Selangor nun...kebetulan oustation ke sana, dia pun pegi la ke pasar dan jumpa telur2 ikan ni..murah2, harga dari rm18-25 (tgk saiz dan musim).. kali ni CK buat asam pedas plak.. dah jenuh dah buat kari, kari dan kari...hehehe


Disebabkan anak2 tak reti makan telur ikan, so letakkan sekeping dua isi ikan jehanak...Meh tgk resipi...tp serba kekurangan sbb takde bunga kantan dan daun kesum...bantai jer laaa

Bahan-bahan
telur ikan secukupnya
cili kering (ikut suka nk banyak mana)
bawang merah*
bawang putih*
halia*
serai*
kunyit hidup* (guna serbuk pun boleh)
belacan*
ketumbar biji (sikit jer)
air asam jawa
bendi/terung bulat
daun kesum-dirampai halus
halba campur
garam, perasa

Cara-cara
1. Bahan yang bertanda * dimasukkan ke dalam blender dan dikisar halus
2. Panaskan periuk, masukkan minyak masak.
3. Tumis bahan yang dikisar halus tadi bersama dengan halba campur. Tumis sampai naik bau, pecah minyak
4. Masukkan air (sebanyak mana yang dikehendaki) dan biar hingga kuah mendidih
5. Masukkan ikan, bendi/terung bulat. Tunggu hingga mendidih lagi
6. Perasakan dengan garam dan ajinomoto (kalo suka)
7. Akhir sekali, sebelum ditutup api, taburkan dengan hirisan daun kesum. Siap


Telur ikan ni masih muda lagi, maknanya bila masak/rebus lama dalam kuah, isinya tak menjadi keras spt biji guli... kalo telur ikan yang matang, nanti dia keras dan tak sdap... ini bila dh masak, dia macam telur setengah masak (mcm telur penyu pun ada...) dan inilah lauk faberet CK dari kecik2 dulu... kat KL mmg tak pernah jumpa laaa melainkan beli skali ikannya. ( tu pun nasib laa kalo dlm perut ikan tu ada telur ...hehehe )


Isnin, 9 September 2013

Cakoi

Salam
Hari ni rilex sikit, so ada masa nk buat kuih untuk juadah minum petang... Jom layan cakoi bersama sos manis ni. Resipi ambil dari Page 5 Rencah 5 Rasa. Sedap!!


Cakoi bersama sos manis
Bahan-bahan:
400gm tepung gandum ~ di ayak
1/2 soda bikarbonat ~ ayak bersama tepung
1 cawan air
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu kecil yis segera
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Satukan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar . Kacau hingga sebati.
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan diatas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari .Biarkan selama setengah jam.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sentimeter, atau boleh juga dalam bentuk segiempat tepat.
5. Ambil dua doh yang telah dipotong tadi, dan tekankan pada tengah2 doh dengan lidi.
6. Tarik hujung doh.
7. Gorengkan sehingga perang.

Sos Manis
Bahan-bahan:
1 1/2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 cawan santan
1/2 cawan air biasa
5 sudu besar gula
2 helai daun pandan
sedikit pewarna hijaukuning
secubit garam

cara-caranya:
1.Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak atas api sederhana.
2. kacau sehingga gula hancur dan bancuhan agak likat dan berkilat. *Kalau bancuhan terlampau likat, boleh tambah air sikit.



Enjoy !!


Selasa, 3 September 2013

The Best Pasar Malam Popia

Salam..

CK suka makan popia basah, dan di KL ni payah nk jumpa popia yang betul2 sedap seperti popia di Pulang Pinang atau Popia Taiping..
Selalu di pasar2 malam, jika ada orang yang menjual popia, pasti CK beli..kadang kala tak menepati citarasa kerana mereka hanya letakkan sayur mentah (taugeh, timun dan sengkuang) lantas disiram dengan sos...Aduhh... makan seketui pun tak abis, pastu buang !!

Tapi kini CK dh jumpa popia basah yang betul2 menepati selera CK (ala2 popia taiping gitu)..walllah...sedapnyer... mana CK beli??


 Yeahhh... kalo nak rasa, pegi la cari kat Pasar Malam Taman Ikan Emas, Batu 3½ Cheras. Ekceli, ni kawasan rumah my MIL ...hehehe... Hari Khamis malam Jumaat yer...


 tengok isi dalamnya..ada isi sengkuang berwarna kuning..(intinya dimasak dulu) dan udang kering yang rangup dan banyak.. mmg puas hati makan popia ni. Harga rm0.70sen sebijik (tak tau la harga terbaru lepas minyak naik ni kan!! )


hanya 2 benda jer CK suka beli kat pasar malam ni selain popia, burger brother Dol menjadi pilihan utama...mmg beratur la nk beli burger brother ni.. tp berbaloi...burgernya sedap dan harga pun berpatutan.. Sayur dan mayonis tak kedekut.. Dicelup dalam sos istimewa...itulah yang membuatkan burger ni menjadi pilihan ramai...

So, minggu ni, jom serbu Pasar Malam Ikan Emas...


** Ini pandangan mengikut tekak CK la yer.. tahap popia pasar malam/warung2 .. bukan popia di restoren2, hotel2 atau hasil airtangan chef2 terkenal yang letak udang besar, dll...padan la dengan harganya...tp CK suka.. tiap2 minggu mesti nk cari...sangggup merempit dengan Jebat dari Bukit Jalil ke Cheras semata2 nk beli 2 mende ni.. (rumah MIL pun tak singgah, tp tiap kali pegi, kami berdoa agar tidak bertembung dengan orang tua tu kat pasar malam...kalo tidak, sure kena pok pek pok pek sbb tak singgah dan bawak cucu-cucunya ) hahaha....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...