Isnin, 15 Julai 2013

Stew Daging (sedap nyerrr !! )

Salam... apa khabar? dah 6 hari kita berpuasa, sekejap jer kan. Kat rumah ni masih lagi berselerak dengan balang2 kuih muih. Adoii...harap2 seminggu sebelum raya dapat la kemas dan bersihkan rumah ni :p

Ok..disebabkan hari2 sibuk membiskut, Ck dah buntu nk masak apa tiap kali berbuka. Selalunya diselang seli dengan nasi atau mee/bihun. Penat melayan kerenah tekak anak2 yang berselera antarabangsa. Lauk2 kampung ni tak dilayan nyer

Dan hari ini, setelah puas meng'google' pagi tadi, maka dapat lah idea nak masak stew daging ni. 


 RESEPI STEW DAGING
asal : resepi.raidah
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
  • 2 sudu pes bawang - resepi di bawah
  • 1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.
Cara-cara
  • Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  • Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  • Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
  • Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


RESEPI PES BAWANG
Source : Kak.Raidah

Bahan-bahan
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  • Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.


Ck dah bagi la si Rayyan makan ngan nasi. Katanya " ermmm...sedapnyer..macam KFC laaa !!! " ehh?? bila masa plak KFC jual stew??

8 ulasan:

adda syuhada berkata...

sedapnya...nk ckit la wat berbuka posa..

Cendana Kasih berkata...

@adda syuhada mai ambik kat rumah..ada banyak lagi ni...kompon sedap.. (errrr...kata dak Rayyan laaa...hihihi )

Mas berkata...

terliurr tengok kak...
mas tak pernah lagi masak stew....huhuhuhu
kikikiiki...sabo jerk rayyan kata mcm kfc...

Cida de' Nuanza berkata...

mmg nampak sedapppp....

Dilah Naim berkata...

wow, nampak sedap..boleh masuk list utk menu juadah berbuka ni.. ;-)

Kerull berkata...

Assalam..
Lama tak BW sini..sedap plak stew tu..

rahel berkata...

Wow...bole cuba ni....ijin ambik resepi yer...tq.

Aya Suria berkata...

as salam..best resepi ni boleh cuba:)
daging korban ada lagi, blh try. tq for sharing.
btwy jom jln2 blog sy, sy ada tips cantik & diet. ayacuya.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...