Rabu, 19 Jun 2013

Kerabu Rumpai Laut

Salam

Dah masak? Hari ni CK buat kerabu rumpai laut. Kebetulan masa balik kg ari tu, CK singgah kat pasar minggu dan beli segala ulam kampung, pucuk paku pun ada, dan bila pegi umah kakak, dia  bagi plak rumpai laut segar dari sabah. So apa lagi, dah lengkap semua bahan, buat kerabu ler


Resipi sama jer mcm buat kerabu taugeh dan pucuk paku, cuma gantikan kerang/perut lembu masak  dengan rumpai laut jer

Bahan-bahan
Pucuk Paku, Taugeh-dicelur dan di tos
Rumpai laut -dibersihkan dan dipotong kecil
Cili merah *
Cili padi * (bagi sesiapa yang suka pedas)
Belacan*
Udang kering*
Limau nipis
Kerisik
Beras -digoreng tanpa minyak hingga keperangan, kemudian, ditumbuk halus
Bawang merah -dihiris nipis
Halia muda-dicincang halus
Garam, perasa

Cara-cara
1.Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk bersama
2.Didalam bekas, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk bersama dengan kerisik
3.Gaul rata
4.Masukkan pucuk paku, taugeh dan rumpai laut, diikuti garam dan perasa.
5.Perah limau nipis, dan gaul lagi. Sesuaikan rasa. Bila dh ok, bolehlah ditabur beras goreng tadi.
6.Gaul lagi, dan sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA



Rumpai laut segar ni lagi sedap daripada yang kering tu. Rasa lebih manis dan rangup



6 corat coret:

Qhaifa Nur berkata...

dalam freezer ada rumpai laut...
bole cuba nanti...sedapnya

Umie Jazz berkata...

Assalamualaikum..Salam kenal suka intai dapur CK...semuanya sedap2.

Bbwana adienia berkata...

salam ck..

saya suka makan rumpai laut ni..tambah hirisan tomato dan mangga muda kemudian perah limau katuri dan letak cili padi dan bubuh garam..sedap makan dengan ikan bakar..nyum2.

asmah yusof berkata...

Salam ck...
Best nie...kn try juga nnti ;)

Kasih Ilmar berkata...

Suka resipi ini & nampak sedap!

mama sara nur berkata...

mak kita suka buat bubur gandum ni
sedappp he heee
nk lg di bulan puasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...