Sabtu, 13 April 2013

Bangkit Cheese dan tempahan sepanjang minggu

Salam
Apa khabar semua. Diharapkan sihat. Minggu lepas CK dh pos pasal biskut red pearl kan, dan minggu ni dapat plak tempahan bangkit cheese. Ermmm...nampaknya bahang syawal mula terasa. Pelanggan dah mula menempah biskut utk makan2 dan dijadikan sampel tempahan raya nanti. 

Bangkit cheese ni antara terlaris tahun lepas selain red pearl. Tahun ni CK ingat nk tumpu pada 2 jenis biskut ni jer..takmo buat banyak2 jenis macam tahun sudah. ( boleh ke? ) hahahahaha

Ok..meh layan antara jualan CK minggu ni. Alhamdulillah...rezeki anak2 dan kucing2... hehehe... *ye la, kucing2 CK tu high maintainance tawwww... Jebat takmo masuk campur, katanya bila CK decide nk bela budak berbulu tu, so kos semua kena tanggung sendiri. Tu tak campur lagi kos pegi check up kat vaterinar.

Pandan Sponge Cake. Layer pandan kastat dan deco fresh cream. Tempahan dari jiran CK untuk birthday anak lelakinya. TQ Yan

Red Velvet Brownies, tempahan dari kak Suraya di Seri Serdang. Terima kasih akak !!
Buat pertama kalinya dapat tempahan apam polkadot, tp takmo corak dot2. Pelanggan request buat jalur la plak. Senang kan... terima kasih Ela

Cheese tart. Order dari Prof Dr Siti Ezaleila, rakan CK masa kat UM dulu. TQ cik ct

Chicken puff dan sardin puff. Order oleh cik CT dan juga wakil jualan CKFood, Puan Nia Ellyssa. TQ semua 

Red Velvet Cake. Tempahan regular customer, cik puan Yun dari UPM. TQ dik. 


Oklah...terima kasih semua. Maaf atas segala kekurangan yang ada. CK sedia menerima komen2 dan pandangan  membina demi memberi kepuasan kepada pelanggan. Terima kasih !!

Untuk tempahan, boleh call/sms CK - 017-3617857 atau boleh order terus dari page CK Food


10 corat coret:

Amie berkata...

Wah! Dah mula rasa bahang raya ye CK... moga bisnes tambah maju!

mala berkata...

salam ck,
lama tak singgah sini. kalau dekat mala dah order kuih bangkit tu!

Cik Matahariku berkata...

sedapnya kuih2 yg Ck buat.:)- rasa terliur bila lihat gambar2 tu.. huhu

Mas berkata...

alhamdulillah....
moga makin murah rezeki akak sekeluarga...
hmmm...tergoda nengok bangkit tu...

Zaliedana berkata...

Assalam kak,erm kat fb pon byk dah duk tyng biskut rya kan..kuih bngkit dah sdp,ade cheese lagilah bertambah sedap kan..Alhamdulillah murah rezeki akk..

akakerin berkata...

maju bisnes dik....bangga kak erin tengok

mama sara nur berkata...

Assalam Ck
amboi meriah tempahannya
mabeless belaka ni
blh order bangkit cheese nanti,nampk sedap lgpun akk blm pernah mkn
Betul ni nk order ye nanti calling, kena ambik kat mana?

KakAsma berkata...

wah Maa,

apa rasa bangkit cheese nie yer..sedap tak..kalau dekat leh akak dtg merasa..tengok kuih terliur liur ajer nih

Rohah berkata...

alhamdulillah..bertambah rezeki..semoga berterusan..

norzila berkata...

alhamdulillah murah rezeki akak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...