Khamis, 7 Mac 2013

Kerabu Rumpai Laut

Salam

Sekarang tengah hot rumpai laut kan. Semua sibuk nk makan rumpai laut untuk kecantikan. Dan... hari ini, Ck tayang satu menu berasaskan rumpai laut. Sedap dan penuh khasiat


 Ni kerabu kacang botol+ulam raja+taugeh..  Macam biasa, kalau buat kerabu kat rumah ni, hanya CK sorang jer la yang makan.

Bahan-bahan
30gm rumpai laut- direndam semalaman hingga kembang
3 bj kacang botol-dipotong serong
sedikit taugeh- dicelur
sedikit ulam raja- dipotong halus
2 bj bawang besar- dihiris halus
sedikit bunga kantan- dihiris halus
2 bj limau kasturi-diambil airnya
kelapa parut-disangai hingga perang
garam, perasa

Bahan tumbuk
1 bj cili merah
2 bj cili padi * boleh lebihkan kalau suka pedas
sedikit belacan
1 ulas kecil bawang putih

Cara-cara
Rumpai laut dipotong kecil dan dicelur sebentar dengan air panas. Jangan lama sangat, nanti rumpai laut hancur (air rebusan rumpai laut tadi, boleh digunakan utk minum, campur la sirap/jus oren)
Dalam bekas, satukan semua bahan. Sesuaikan rasa masin, masam dan pedasnya. Akhir sekali tabur kelapa parut yang disangai. SIAP

  CK ratah macam tu jer.. 

Boleh pelbagaikan kerabu ni, samada nk guna timun, pegaga, kacang panjang atau apa saja ulam-ulaman yang anda suka. Yang penting, kreatif.

Ni CK buat dadih berperisa strawberi ari tuh. Ingat nk bagi anak2 makan, tp diorang tak pandang pun....


Stok rumpai laut yang tinggal. Minggu ni jer dah jual lebih 10kg. Aduhh...permintaan tinggi, sedangkan stok dah tak banyak. Almaklum la...krisis di Sempoerna. Sib baik la supplier CK tu pilot. So stok boleh dapat dengan cepat. 

Ok...sampai sini dulu. Sapa nk order, cepat sikit yer...sampai ujung minggu ni jer....sbb supplier CK tu nk kena dihantar bertugas di Sabah. Lambat sikit baliknya nanti. 

RUMPAI LAUT AAA (ungu)
100gm =rm10 +rm5 postage
1kg =rm80 (free postage)
2kg=rm150 (free postage)

boleh call/sms utk order 017 3617857 . Bagi salam, bagi nama dan bgtau dari mana yer...jangan main terjah jer  :) 

CEPAT...nikmati kebaikan rumpai laut Sampoerna ni !! 

6 ulasan:

sabar dubai berkata...

Ck....kerabu ni nmpk sedappp ajeeeelaaaa adooyaiiii

Sheila Shafeareen berkata...

sdp akk pun dah try buat kerabu utk akk sorg je..

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Sedapnya CK... buat salad pun sedap rumpai laut ni ...

Sue @ Nenie berkata...

Assalamualaikum..emmmm sedapnya kerabu..saya suka makan kerabu tapi tak tau kenapa malas bebeno nak membuatnya sendiri

Marsita Yahya berkata...

salam Kak, nampak sedap kerabu...tak pnah traiii pun kerabu rumpai laut.

rahel berkata...

Kecur liur tengok rumpai laut punya kerabu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...