Selasa, 29 Januari 2013

Homemade Famous Amos Coklat Chip

Salam....

Lama CK tak update blog..semuanya angkara kesihatan yang tak brapa baik sejak awal tahun ni...  hampir 2 minggu demam, 2 kali pegi klinik dan doktor suspek denggi. Adoiii... takut plak kena transfer ke spital, so CK pun teguk la air 100plus banyak2. Habis segala antibiotik dan ubat demam ditelan. Tak cukup pada tu, beli plak ubat di kedai ubat cina.

Dan bila dah sihat, mulalah gatal nk membaking. Tingin plak nk makan biskut. Dan hari ini terhasillah biskut sedap ni (sblm ni mmg berhajat nak ke Alamanda cari Famous Amos, tp si Jebat asyik sibuk jer...nyampah aiiii ) dah tak sabar nk makan, so buat la sendirik !!! 


Resipi CK ambik dari blog Naz (cute oven small kitchen). Tapi CK olah sikit dengan menggunakan 75gm gula kastor dan 75gm gula perang. Butter plak CK guna butter tantura. Dari 28gm tepung gandum, CK keluarkan 2 sb dan gantikan dengan 2 sb tepung beras. Dan hasilnya biskut lebih wangi dan rangup. Maaf yer Naz sbb dah alter respi ni.

Bahan-bahan ayak :
· 280 gm  tepung gandum (tolak 2sb, dan tambah 2sb tepung beras) 
·10 gm  serbuk koko
·2 Tbsp tepung jagung
·  1/2 tsp soda bikarbonate
·  2 Tbsp susu tepung
·  Secubit garam

Bahan-bahan lain :
·250 gm mentega
·150 gm gula kastor dan gula perang
·1/2 tsp asen vanilla
·  1 biji kuning telur
· 60 gm  coklat chip
· 60 gm sebarang kekacang

Cara-cara 
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4.Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5.Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar.
6.Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
7.Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Meh copy kat sini yer 


Sekejap jer dah boleh licin biskut ni. 


Ok...  sampai sini dulu 

9 corat coret:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Sedapnya.. dah lama nak buat CK.. tengok resepi mudah jer tu... nanti nak cubalah... mohon CP resepi ye :D

Cendana Kasih berkata...

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) silakan... copy kat sini yer http://www.facebook.com/photo.php?fbid=422732324470285&set=pb.190095287733991.-2207520000.1359439406&type=3&theater

INA berkata...

Salam CK..alhamdulillah dah sembuh...
sempat gak buat biskut ye..knp x buat byk skit..leh geng petaling dtg..hihihi

faa.rosli berkata...

best ni kalo makan sambil tgk tv..hehe

Amie berkata...

Alhamdulillah CK dah sihat... nampak resepi tu terasalah tangan ini berebut ambil sekeping! Sedap....

mama sara nur berkata...

ooo patut la sepi je
baik demam tingin coklat chips he heee sedap tu layan biskut ni tp akak xleh buat sb sekejap je licin heeee
resepi naz ni pun akak sukerr

Hafizah Mohamad berkata...

salam kak CK...sedapnyer biskut tu...nanti hari minggu ni nak try lah...dapnyer kak...

inahar ali berkata...

waduh..bak suku balang cookies tu kt akak!! hehe..

MamaFaMi berkata...

Kalau kunyah sambil tengok TV, tahu tahu balang biskut dah kosong je... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...