Salam... sejak dua menjak ni malas betul CK nk update blog. Sibuk satu hal, dan takde bahan pun ye jugak. Masak memasak memang ada, tp tak sempat nk snap gambar.
Dan hari ini CK kongsi kemeriahan rumah terbuka yang CK buat Sabtu lepas. Majlis ini untuk kawan-kawan alam maya sahaja kerana jemputan dibuat melalui wassap dan fb jer... Dan oleh sebab itu, CK tidak menjemput mereka yang takde FB, Blog or Twitter. Mak mertua, ipar duai, sepupu sepapat, sedara mara sume tarak jemput....hahaha....boleh gitu?? agh...ada aku kisah?? hahaha.....
Ck tak sempat langsung nk snap gambar. Kredit kepada Deanna, Kak Azian dan Ina...CK copy gambar dari FB diorang.
Deanna tengah cedok laksa...makan yer, jangan malu2...
Antara hidangan yang sempat CK sediakan hari itu. Nasi dagang bersama gulai ikan kayu + serunding ikan+ acar timun, roti jala + kari ayam, laksa kedah, mee kari dan rojak buah.
Dan untuk dessertnya pula, sempat jugak CK buat puding triffle dan puding peach. Kek lapis asam manis tu ditaja oleh kak Umi Haikal...sedap kek tu, diperbuat daripada biskut lutut.
Namun, hajat CK nk buat tapai pulut dan lepat pisang tidak kesampaian sbb kesuntukan masa. Almaklum laa...CK sorang jer, tp nak buat semua benda...mana yang termampu jer laaa
silakan makan Ina... jangan malu2...tambah yer.... (ina tengah makan roti jala + kari ayam tu)
Bergambar dengan geng-geng Sri Petaling...
Lepas makan, borak2 sambil snap2 gambar....... (CK tengah rasa kek asam manis kak Umi tu...sedap keknyer )
Selesai sesi petang, acara diteruskan pada sebelah malam pula dengan mengadakan doa selamat sempena anak CK yang ambik UPSR. Bacaan doa diketuai oleh suami Anna Qawina. Terima kasih buat Anna sekeluarga yang sudi datang walaupun agak lewat kerana terkandas dalam kesesakan jalanraya. Anna datang dengan membawa red velvet in a jar dan seberkas keropok lekor...aduhh....sedap semuanya !!
Alhamdulillah...majlis yang bermula jam 12 tengahari telah berakhir pada pukul 12 malam.. fuh... sib baik makanan semuanya cukup... ada la lebih kurang 60 orang yang datang
Terima kasih kepada rakan2 lain seperti Azilawati, Rozaida, Nafisah Yaacob, Azri, Shahrul, Kak Tie, Baiyah, Shidah, abang Raja Sharifudin, Lan, Kak Nora Alia, Aida+Wati serta ibubapanya, Baizura, adik2 TNB serta keluarga mereka yang sudi hadir....(aduh...tak tersebut semua nama...sorry !! )
Ok lah... di sini CK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu alam maya yang sudi datang. Maaf atas segala kekurangan dan tak sempat nk layan semua.