Khamis, 31 Mei 2012

Kek Batik.... lagi dan lagi....

Salam...berjumpa lagi..
Dan hari ini (mungkin) merupakan hari boring sedunia. Aduhh...megantuk nyer...selesai masak, layan games Plant of Zombie aje...hahaha...


Kek Batik kegemaran anak dara CK.Dah lama dia request, tp mak dia buat tak layan jer...dan semalam, teringin la plak nk makan, so cepat2 la pegi MyMaidin beli apa yang patut... dah siap masuk dalam bekas, alamak....nestum tak letak....so penyelesaiannya, tabur jer la nestum kat atas tu...hahaha...janji masih ada rasa nestum....


Resipi dah letak sblm ni.... CK suka respi ni sbb tak pakai telur.

Bahan-bahan
1 buku butter
1 tin susu pekat
1 paket biskut merry
1/2 cawan kismis kuning
1/2 cawan badam/gajus/kacang -dibakar dulu
3/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan milo
1/2 cawan nestum

Cara-cara
cairkan butter dalam periuk..kacau..kacau dan kacau..jangan sampai hangus..
masukkan 1 tin susu pekat tadi..kacau gue whisker sampai sebati..
dah sebati..masukkan serbuk koko dan milo tadi..sebatikan..pastu masukkan kismis dan kacang dan nestum..kacau...jaga api..
last,masuk biskut merry tu..kacau dan kacau sampai sebati..
lepastu,masuk dalam loyang cam biase..kene cepat takut keras plak nnt..tekan gune plastik..biarkan sejuk..nak sedap letak dlm peti sejuk..

 Dah letak/beku dalam peti sejuk, CK akan keluarkan biskut ni, agar sekut merie tu lembik/lemau...hehehe.... baru la sedap makan, lembut2 gitu....



Rabu, 30 Mei 2012

Asam Pedas Masak Lemak Pucuk Ubi Ikan Bakar

Salam...
Pepagi lagi dah ujan...best...sejuk jer... dan memandangkan hari ni takde projek nk buat, so boleh la masak2 awal sikit...makan pun awal....pastu rilex...hahaha....INDAHnyer DUNIA !!


Lauk berasaskan sayuran- masak lemak pucuk paku. Beli semalam kat pasar tani. Rencah dengan ikan bilis jer...

Lauk kedua- asam pedas ikan mata besar. Entah la...tulis kat label tu ikan mata besar...so CK pun beli laaa.... rasa macam ikan kembung pun ada... cuma matanya lebih besar dari ikan kembung (sama la dengan nama dia)... CK mmg suka korek mata ikan....hahaha....

 Lagi lauk berasaskan ikan, tp kali ni Ikan Cencaru Bakar plak... cicah dengan sambal kicap. 



Jemput makan !!!!



Jumaat, 25 Mei 2012

Mutabak Daging Kandar

Salam... 

Malam tadi, dari pukul 11mlm sampai 4 pagi, letrik takde...adoii...rimas dibuatnya...

So, sume orang takbleh tido. My Jebat dan jiran2 menyembang kat luar, sambil minum2. Generator dipasang dan supply kipas dan lampu pada tiga rumah. So..anak2 dan isteri boleh tidur dengan selesa. 

Tp CK tetap susah ati. Kalo letrik takde sampai pagi, macam mana nk buat apam? hari ni banyak plak tempahan....

Tp sib baiklah, pukul 4 lebih baru ada api. So..dapat la tido sekejap. Pukul 5.30 dah bangun mengapam....


Lepas buat apam, barulah buat breakfast kat budak2 ni. Ada lebihan daging kari kandar semalam tu, ambik dan potong kecik2....kemudian campurkan dengan bawang merah, telur, daun sup dan daun bawang... kacau kacau kacau...(hehehe...mcam iklan megi kari plak .....)

Lepas tu ambik paratha sekeping dan nipiskan. Letak bancuhan telur dan daging tadi ditengah2 dan lipat. Letak atas kuali leper dan masak sampai garing...

Maka....jadilah Murtabak Segera ala CK... hehehe... 

 Ada plak kuah dhal (CK simpan dalam esbox untuk saat2 malas cenggini)...so boleh la makan dengan murtabak !!




Jom lah bersarapan !!!


Khamis, 24 Mei 2012

Kari Daging Nasi Kandar

Salam...

Selain dalca (kat bawah tu)  ini salah satu lagi lauk yang suka di request oleh sesedara, sepupu sepapat, mahupun anak2 buah CK tiap kali diorang datang ke rumah. Kata diorang, masakan CK ni sama dengan masakan arwah mak CK. Kalo diorang rindu masakan tok/mak usu diorang, pastilah CK yang disuruh masak itu ini....
 

Ini namanya Kari Daging Nasi Kandar...kengkonon sesuai dimakan dengan nasi minyak/biryani ... kalo kat rumah CK ni, makan jer la dengan nasi putih.... tp respi ni, kalo kena dengan daging kambing lagilah ummphhhh !!! 

hari ni mbek mbek takde yer...so guna daging lembu jer laaa....

Resipi Kari Daging Nasi Kandar
sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
1/2 kilo daging- dipotong dan direbus dulu...
2 bj ubi kentang
2-3  sb serbuk kari daging
2 sb garam masala
2 sb sos tomato
5 sb santan
2 sb yogurt
1 bj tomato-dibelah 4
2 bj cili hijau-dikerat2

Bahan kisar
bawang merah
bawang putih
halia

Bahan tumis
bunga cengkih
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
sedikit jintan manis
daun kari

Bahan lain/taburan
2-3 tangkai daun ketumbar- dipotong
1/2 cawan bawang goreng
minyak sapi / minyak masak

Cara-cara
panaskan minyak masak + minyak sapi  dan masuk bahan tumis.  Bila dah naik bau, masukkan bahan kisar. Kacau hingga sedikit garing dan masukkan serbuk kari bersama garam masala. Kacau lagi sampai pecah minyak (kalau agak pekat, boleh masukkan sedikit air)
Bila rempah dan masak, masukkan daging yang direbus, ubi kentang, dan sedikit air lagi. Masak sampai kuah pekat.
Bila kuah dah pekat, bolehlah dimasukkan santan dan yogurt. Tambah  garam dan serbuk perasa. Boleh masukkan tomato, cili hijau, dan biar sekejap. Kacau rata dan sebelum ditutup api, bolehlah dimasukkan daun ketumbar dan bawang goreng. SIAP !!


Selain makan dengan nasi, boleh jugak dicicah dengan roti ataupun roti canai/capati


Masakan ni pekat2 sikit yer.... tak cair macam kari biasa tu....


Selasa, 22 Mei 2012

Kuah Dhal Sayuran

Salam ... apa khabar kawan2 semua? 

Hari ini CK tayang kuah dhal dengan roti canai yer...Inilah lauk yang senang dimasak dan boleh makan dengan apa2 saja. Dengan chapati, roti canai, paratha ataupun dengan nasi putih/biryani dll.

 Dan hari ini, CK akan kongsi respi kuah dhal yang paling senang dimasak dan sedap dimakan. Untuk panduan anak2 dimasa depan. Inilah respi turun temurun. CK dah pandai masak kuah dhal ini sejak umur 10 tahun lagi tawww !!!


Kuah Dhal CK

Bahan-bahan
1 cawan kacang dhal- dibasuh dan rendam
3 sudu kecil serbuk kari daging 
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan santan

Bahan sayuran
lobak merah
labu air
kentang
terung panjang/bulat
bawang besar
cili hijau, merah
* sayur-sayuran dipotong ikut bite saiz 

Bahan tumis
2 ulas bawang merah- dihiris halus
1 ulas bawang putih-dihiris halus
1 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil jintan putih
daun kari
2 tangkai cili kering-dikerat2



Cara-cara
kacang dhal direbus bersama serbuk kari dan serbuk kunyit sampai kacang lembut dan sedikit hancur.
Masukkan sayur-sayuran
tambah santan dan perisakan dengan garam dan perasa
Panaskan kuali dan tumis bahan2 penumis sampai kuning. 
Kemudian, terus masukkan dalam periuk dhal tadi. Kacau cepat-cepat dan tutup periuk. Siap... 
(sebaik-baiknya, jangan buka penutup untuk 15-20 minit, biar rasa dan baunya menyerap ke dalam kuah, lepas tu barulah buka penutup, kacau dan sendukkan dalam mangkuk)... ok...dah boleh dihidangkan. 


 Kalau nk campakkan mangga muda dalam kuah dhal ni pun sedap jugak... tp hari ni, tak sempat nk jolok mangga. Kat pokok ada kerengga plak tu....hehehe...



Isnin, 21 Mei 2012

Apam Mekar Strawberri

Salam Isnin...

Dah lama CK tak buat apam mekar ni...asyik polkadot jer...dan minggu lepas kawan CK request apam ni untuk hujung minggu ni. Disebabkan dah lama tak buat, so baiklah CK test try dulu untuk diri sendiri...almaklum ler...dah lupa respi yang mana satu...


Cuba respi pertama...alamak...fail....bukan tak mekar, tp ibarat malu2 nk senyum...lepas sejuk dia kuncup balik...ish,ish, ish...takleh jadi ni...maka kenyanglah di Dusbin tu....cuba plak resipi kedua.... (sib baik bereksperimen dengan sebijik jer telur....)

Silap CK jugak..main salin jer respi, pastu tak tanda mana satu respi yang betul2 menjadi.....patutnya CK pangkah jer terus respi yang tak brapa nk jadi tu)


Akhirnya...jumpa jugak respi sebenarnya.....  Ini apam perisa stoberi. Muak plak makan apam rasa vanila biasa tu. Mari kita share resipi tu yer...utk rujuan CK sendiri jugak


 APAM MEKAR CK
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
115gm gula pasir halus
1 biji telur
esen vanila/stoberi emulco/pandan emulco
100ml air berkarbonat perisa strawberri- guna F&N
150gm tepung gandum
1sk ovalet
1 sk baking powder

Cara-cara
Panaskan pengukus dan biar air mendidih.
Tepung gandum dan baking powder diayak dan ketepikan
pukul telur dengan gula sampai hancur dan gebu
masukkan esen dan ovalet, pukul lagi
masukkan tepung berselang-seli dengan air berkarbonat
masuk dalam piping bag dan paipkan ke dalam acuan
kukus selama 8 minit, suhu 260

 ** kalau guna dapur gas, gunakan api besar, air mestilah menggelegak. Kalau tidak, apam tidak akan mekar setaman. Rumah CK mmg guna dapur elektrik sepenuhnya. So itulah tahap apinyer... kalau apam polkadot, apinya 200



Si Irfan dah request nk bawak apam ni ke sekolah. Untuk kawan2 dia katanya.



Ahad, 20 Mei 2012

Kaswi Durian

Salam Ahad...

Sambil-sambil masak untuk makan tengahari, CK buatla kuih kaswi durian ni. Beberapa hari lalu, tengok kuih ni kat rumah kak Sheila. Adoii...terpikat la plak, dan stok durian frozen pun masih ada lagi dalam esbox. Selalu buat pengat pun jemu jugak kan.

Resipi dari kak Besah, MYR. Sedap kaswi ni, terutamanya bagi penggemar durian.  

 Bahan-bahan ( seloyang kcik jer )

  • 1 cwn tpung gandum
  • 1 cwn tpung ubi
  • 2 1/3 cwn santan
  • 1/2 cwn isi durian
  • 2/3 cwn gula pasir
  • 1/2 suduteh garam
  • 1/2 suduteh AIR KAPUR sireh
  • secawan kelapa parut putih + secubit garam

  Cara-cara

  1. panaskan air kukusan.
  2. campur rata / sebati semua bahan. bleh blend jika suka. 
  3. sapu sedikit minyak dlm loyang, pastu masukkan adunan. jgn tebal sangat, x best. lbehkurang 1 inci suku cukup. kukus 30 minit atau hingga masak.
  4. bila sejuk, blehla dipotong & digaul bersama kelapa parut....

    Banyak jugak Jebat CK makan. Habis la lima ketui yang besar2 tu... lapar ke nak amik ati bini??



    Stok durian frozen ada lagi sikit tu. CK cadang nk makan dengan cendol la plak ari ni..... ni gara2 Kak Azatie lah ni.....

Jumaat, 18 Mei 2012

Karipap Mini Inti Serunding

Salam Jumaat yang penuh barokah... Apa khabar semua? Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini lagi.  

Hari ni pepagi lagi CK dah sibuk masak2 untuk lauk tengahari. Kemudian diteruskan plak dengan projek karipap frozen. Dan karipap mini ni CK buat sebab ada lebihan doh. Lagipun anak2 tak brapa suka makan inti karipap biasa tu. Dah la besar, intinya plak diorang tak habis makan. So baiklah CK buat kecik-kecik gini dan letak inti serunding daging dalamnya. 


Nampak kat gambar, besar jer karipap ni, tp tidak...piring tu pun kecik jer sebenarnya (zoom jer lebih...hehehe) ... saiz karipap ni muat2 jer untuk semulut. Tak perlu gigit dua tiga kali. Dan... disebabkan CK dah malas/letih, maka terhasillah 10 bijik jer..... 3 bijik dah pun selamat dalam perut...tinggal la 7 biji utk di snap...hehehe....


Serunding daging mmg sentiasa ada stok dalam esbox, sbb suka makan dengan roti. Dan kali ini letak plak dalam karipap. Errmmm...sib baiklah si Rayyan suka makan (sbb tak brapa pedas kot). Lain kali boleh la buat serunding ikan plak...buat karipap sure laku kan...



Ok...sampai sini dulu. Nak meneruskan kerja dengan membuat inti kelapa. Ada customer request apam polkadot tp nak letak inti kelapa...errmm...sedap gak kan.. selalu letak inti kacang, blueberi...dah muak CK&anak2 makan...tp kali inti kelapa ni...sure diorang suka semula apam polkadot ni kan.... 

BYE !!!

Khamis, 17 Mei 2012

Terung Masak Lemak Putih, Sambal Tumis Udang & Ayam Goreng

Salam..

Dah hari Khamis kan...sekejap jer masa berlalu... uuu... rasanya tahun ni bumi berputar laju sikit pada paksinyer.... (yer ke?? )... hahaha..

Inilah lauk ringkas hari ini. Terung Masak Lemak Putih. Masa ke pasaraya NSK minggu lepas, CK borong la terung panjang sampai satu bungkus besar. Dah plan nk masak goreng berlada, kari dan macam2 lagi. Tapi lauk inilah yang dibuat dulu...yang lain tu, entah laaa.....


Resipi campak2 jer..tumbuk kasar bawang merah dengan udang kering, pastu campak dalam piyuk. Potong la cili kering/cili merah dua tiga hiris dan campak sekali. Pastu masuk la santan dan terung. Didihkan....tambah garam dan perasa...SIAP ...

Lauk gini sedap makan dengan sambal belacan dan ikan kering. Tapi hari ni stok cili merah dan cili padi dah kembali ke pasaraya. So takdelah sambal belacannya....

Dan...untuk membangkitkan rasa pedas, CK masak ler plak ni

Sambal tumis udang.... ok lah kan.... ada rasa pedas2 sikit. Cian kat Along, dia tanya takde petai ke Ma?? alahai...petai kat pokok lagi nak....

Dan.... tak cukup 2 lauk, mesti ada satu lauk lagi kan..... 

Selalu buat ayam masak kicap, ayam masak merah, uuuu...dah boring... hari ni nak makan ayam goreng plak.. ni versi rangup krap, krup, krap krup.... mcm kat kedai mamak tu...wallah.....best meratah ayam goreng ni....hahaha

Opsss... drumstik tu khas untuk Rayyan, sbb dia dah terpengaruh dengan Upin Ipin yang suka makan ayam goreng !!! 

Ok...rasanyer cukup lah 3 lauk ni, tp entah laaa...si anak bujang tu sure tak laju makan, sbb lauk paberet dia takde.....




OK...SELAMAT MAKAN TENGAHARI kepada semua !!!

Rabu, 16 Mei 2012

Kek Coklat Moist

Salam...

Meh jamu dengan kek coklat moist plak hari ni. Terima kasih kepada fb Jom Masak atas perkongsian resipi. TQ !


BAHAN-BAHAN 
Bahan A 
- 2cwn tepung gandum
- 1sdt baking powder
- 1sdt soda bikarbonat
**ayak bahan diatas 

BAHAN B 
- 1cwn serbuk koko
- 1cwn gula perang
- 1cwn ssu pekat
- 1cwn air panas**
- 1cwn air biasa**
- 4sdb susu tepung
- 1cwn minyak masak
***optional..(bahan bertanda** blh jugak ditukar dengan susu cair @ susu segar @ susu coklat &blh abaikan susu tepung)
**masak sume bahan atas api slow hingga larut 

BAHAN C 
- 2 biji telur A
- 1sdt esen vanila

CARA-CARA 
- pukul telur dengan whisk hingga berbuih (x perlu guna mixer)..masukkan esen - masukkan bahan yg dimasak...kacau sebati
- masukkan tepung yg diayak sikit2...sambil kacau hingga larut
- tuang adunan dalam loyang 8" yg dah digris & dialas baking paper
- tutup loyang dengan aluminium foil atau apa saja utk elak air dari menitik
- kukus sejam atau hingga masak dgn api sederhana
- tunggu sejuk sebelum dituang topping

TOPPING 
- 100ml susu cair
- 300g choc masakan dicincang
- 2sdb serbuk koko
- 1sdb butter / marjerin

 CARA-CARA 
- panaskan ssu cair hingga mendidih tepi...tutup api
- masukkan choc masakan & serbuk koko...kacau hingga larut
- masukkan butter...kacau sebati
- boleh tuang atas kek 
**utk deco...simpan beberapa jam hingga pekat...blh guna utk deco



Ok... sampai sini dulu..

(malas dah nk membebel...dua kali taip entri ni... tp ntah bagaimana tak keluar la plak.... tadi dah karang ayat baek punyer...tup2, bila publish tak keluar la plak....)... uuuurghhhh.... !!! 


Isnin, 14 Mei 2012

Agar-Agar Kek Batik

Salam

Hari ini CK agak sibuk sikit. Ada tetamu nk datang rumah (hari Isnin cenggini??  yer.... sepupu CK...dia cuti, so jalan2 la ke rumah)

Dan...inilah salah satu dessert untuk dihidangkan kepada tetamu. CK sendiri mmg suka kek batik coklat ni. Kalau makan tak bleh nk berenti. So bila ada tetamu, CK buatlah...so takde la makan banyak...hehehe...(amacam idea ck ni? bagus tak?? kahkahkah) 


Terima kasih pada dik Izah, kerana sudi berkongsi respi ni. CK copy dan paste jer dari umah dia....

KEK COKLAT BATIK BERAGAR-AGAR
by Izah Muffin Lover

Bahan-bahan
2/3 cawan air
1 sk serbuk agar-agar
250 gm butter
125 gm milo
3 sb serbuk koko
1/2 sk serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat (tin 505g)-hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2
1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit

Cara-cara
Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair.*kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih.
Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
Apabila sudah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
*boleh rasa cicip kemanisan yang disukai.
Setelah pekat(adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal),boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
*untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong.

 

Ok....takleh nk membebel banyak, sbb tetamu dah on d way !!! tp masa potong ni, dua tiga kali anak2 CK dok mengulang ambik dessert ni. ...adoiiii....sempat ker nk jamu tetamu ni??

jumpa lagi nanti !!!

Jumaat, 11 Mei 2012

Kerabu Mangga

Salam.... dah hari Jumaat kan... kalo yg kerja opis tu, sure seronok kan..esok lusa dah boleh rehat2 kat rumah, tp kita yang kerja sendiri ni, tiap2 hari kena kerja 

Dan hari ini, mari jamah kerabu mangga plak. Baru jer buat. Best sbb dah lama tak makan kerabu mangga ni. 


Resipi turun temurun dari arwah ibunda tercinta. Kiranya ni kerabu mangga versi orang utara lah yer !! tempat lain mungkin berbeza kerabu mangganya.

Bahan-bahan
1 biji mangga muda - diparut dan rendam dalam air garam
bawang merah-dihiris halus
garam secukup rasa
2 sudu besar santan pekat (CK guna santan kotak KARA)

Bahan tumbuk:
1 biji cili merah
3 biji cili padi
sedikit belacan
sedikit udang kering

Cara-cara
Mangga yang direndam tadi diperah hingga kering dan masukkan ke dalam bekas
Campurkan semua bahan yg ditumbuk, bawang yg dihiris dan santan pekat.
Sesuaikan rasa dan rasa lemak.
Siap !!



Pokok mangga belakang rumah dah kembali berbuah... so dah boleh plan macam2 kan... masak lemak daging salai + mangga muda, jus mangga, puding mangga, dll.... (waaa...mampu kah CK menunaikan semua itu??)

 Kerabu ni tak brapa pedas, sbb CK kurangkan cili padi. Kalo nk lebih menyengat, pandai2 la kan....



 So... ada yang ingin bertandang ke rumah CK hujung minggu ni? boleh kita menyicah mangga muda !! meh laaa...CK takde geng ni....

Khamis, 10 Mei 2012

Tart Telur

Salam sejahtera buat semua pengunjung. 

Petang ini Ck jamu tart telur plak yer....selagi masih ada stok pastri puff, selagi itulah entri berasaskan pastri akan berderet2 keluar...hehehe....

Ini kuih kegemaran kami sekeluarga kalau berkunjung ke Kings Confectionary. Tapi kalo beli dua tiga ketui bukannya cukup. Sorang makan dua ketui pun tak puas. 

Bahan-bahan
kulit pastri secukupnya- dipotong bulat dan masukkan dalam acuan
3 biji telur *
1 cawan susu cair*
1/2 cawan whipping cream*
gula secukupnya*
1 sudu makan tepung kastat*
esen vanilla*
-bahan-bahan bertanda * dimasukkan dalam blender dan putar sampai sebati

 Cara-cara
Kulit pastri yang telah dipotong dimasukkan dalam acuan
tekan2 sedikit agar sebati dengan loyang
tuang bahan kastat ke dalam kulit pastri tadi
bakar sampai masak/garing

ok....  ni isi perut kat dalam.... CK sengaja tambah tepung kastat untuk naikkan lagi warna kuning. Kalo takmo letak pun takpe...


Kalau takde whipping cream, nk ganti dengan yogurt pun bleh jugak....atau letak susu cair saja pun bleh....tak jadi masalah


 Sebenarnya CK buat dalam 25 bijik.... yang lebih tu boleh masuk esbox dan simpan bila lapar....nanti panaskan balik dalam oven....hahaha..... senang kan.... time darurat(malas), takyah risau, sbb banyak stok makanan.....


Isnin, 7 Mei 2012

Pai Ayam Cendawan

Salam...
Ini juadah minum petang aka stok frozen food untuk rumah CK sendiri. Kengkadang ada kawan2 dan saudara mara yang datang, inilah penyelamat. Senang dan cepat. Cuma keluarkan dari freezer dan bakar sekejap. Sementara bakar tu dah boleh bancuh air kopi. Hehehe

Bahan-bahan 
kulit pastri secukupnya (CK guna kawan)
(inti)
bawang merah
bawang putih
isi ayam
lada sulah
aneka cendawan(tiram, shitake, butang, dll)-lagi banyak cendawan, lagi sedap
minyak masak
garam, perasa

Cara-cara
1.Masak inti dulu. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. '
2.Masukkan isi ayam dan lada sulah. Kacau lagi. Diikuti dengan aneka cendawan.
3.Tambah sedikit air untuk melembutkan cendawan tadi. Tutup seketika, biar hingga kering
4.Tambah perasa dan garam, kacau lagi dan siap.


untuk membuat pai.
Kulit pastri ditekap dengan bentuk bulat. Kemudian masukkan kedalam loyang
Letak inti
Tutup dengan satu lagi kulit pastri yang dipotong bulat
Lekatkan dengan menekan garfu di tepi pastri.
Sapu telur dan bakar
 
 Ini rupa paras kat dalam pai tu





Selamat Menjamu Selera !!!









Sabtu, 5 Mei 2012

Kundas

Salam... Dah lama tak update... CK sibuk dengan tempahan sikit... masak pun tak sempat. Macam hari ni, tapau dari kedai jer

Ok... ni CK nk tunjuk satu jenis makanan yang menjadi kegemaran CK sejak kecil. KUNDAS namanya. Selalu dijual dikedai2 mamak. Ni CK makan masa bercuti di Kuala Kangsar minggu lepas. Boleh cicah dengan kuah kari atau kuah kacang manis.

Gambar ni CK snap masa kat kedai tu. Bukan CK buat sendiri yer !!

Dan bila balik rumah, CK cubalah skodeng resipinya. Namun masih belum dicuba lagi. Nantilah bila senang sikit kan !!! copy paste dari MYR

 


Bahan-bahan

  • 225g tepung gandum
  • 120-150g gula halus (dlm kurang dr 2/3 cwn gitu) - resipi ni tak sensitif sukatan, so jgn riso guna sukatan tepat sgt...
  • 1 sdk soda bikarbonat
  • 110ml air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Gaul rata ke semua tepung, bikar dan gula. Kemudian, tuangkan air dan dgn menggunakan tangan aje, kacau semua bahan td dengan air tu. Tak payah uli lama2, smpai semua dah jd cam gambar ni, kire ok dah. Biar skjap, dalam > 30min (leh tutup dgn cling film, xyah pun xper janji jgn lalat dtg dah lerr…). Adunan ni tahan hingga semalaman (kalau nk mkn srpn esok paginye tu, mlm leh bancuh & simpan).
  2. Alas tangan dgn tepung sket (agar tak melekat), ambil sket adunan, dlm sebesar bola ping-pong (saiz ikut suka tp jgn tebal sgt), then leperkan guna rolling pin (board utk meleper tu pun kene diletak tepung sket je). Buat ler smpai abih (spt dlm gambar).
  3. Panaskn minyak. Dgn api sederhana kecil, masuk satu persatu. Bila satu side dah menggelembung, baru balikkan (flip to the other side). Dia garing sekejap je, tu yg api kene kecil kalau tak dalam x masak. Rupa kuih kundas dah siap digoreng (sblm goreng saya potong dua sbb beso benor hehe…). Siap dihidang! 

Rabu, 2 Mei 2012

Kuih Rengas Durian

Salam...

Sarapan pagi ini cuma kuih2 frozen jer...senang kan. Masa balik kampung ari tu, sempat juga beli durian untuk memenuhi stok durian frozen dalam esbox.

Kuih ni ada banyak nama. Selain dipanggil kuih rengas, ia juga dikenali dengan nama kuih kasturi dan kuih kacang hijau. 

Kalau buat kuih rengas jer, CK mesti tambah durian kat dalam adunan kacang tu. Idea timbul masa tahun lepas bila stok durian tengah menimbun. So CK campur la dalam kuih ni.... suruh plak Jebat bawak ke tempat kerja. Kebetulan diorang buat kenduri tahlil.  Kawan2 nyer pun suka...bila lama2, macam dah sebati dengan kuih rengas durian ni.. Dah tak suka makan yang plain...

Meh tengok bahan-bahannya:

Kacang hijau yang dah siap direbus
Kelapa parut
Gula
Isi durian
Tepung gandum
Secubit garam

Kuantiti: agak2 la yer... mcam dalam gambar tu !!




Cara-cara : satukan semua bahan dan kepal2 menjadi bebola. Leperkan sedikit dan ketepikan

Lepas tu sediakan plak butter untuk menyadur kuih rengas tu

Bahan-bahan
5 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung ubi
sedikit garam
1/2 st butter
sedikit air kapur
1 sudu besar gula
Air

** Gaul rata semua bahan2. Agak2 la kepekatan batter tu. Jangan terlalu cair/pekat. Lepas tu celup la bebola kacang yang dibuat tadi. Dan goreng hingga masak/perang. Siap !!

Dulu CK ada gak jual kuih rengas frozen ni, sekarang jer takde. Dah malas nk mempelbagaikan produk. Sebab takde masa dan tenaga nk buat banyak2. Kalau ada pembantu lain laaa


♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...