Khamis, 27 Disember 2012

Kuih Lapis Pelangi

Salam... 

Maaf sbb dah berkurun korang terpaksa jamu mata dengan mac& cheese tu..hehehe... CK agak sibuk sekarang ni, dan ini mungkin entri masakan terakhir untuk tahun 2012 ni. Hari ni CK buat kuih lapis, lama dah tak makan kuih2 tradisional ni. 



 Terima kasih kepada Kak Yatie Memories atas perkongsian resipi yang sedap ni. CK guna santan kotak jer, kalo fresh santan lagi la sedap :)


Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah, hijau, putih, kuning
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
  8. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  9. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.

Ok...sampai sini dulu. CK dah nk bersiap2 ni. Mulai hari ni sampai 3hb, CKFood bercuti dari menerima semua tempahan. Nk berehat la kejap. Hari2 dok dapur pun bosan gak kan .. hehe

12 ulasan:

faa.rosli berkata...

comelnya! berselera nak makan ni kalau buat warna warni camni..nyumnyum!

Amie berkata...

Cantik lapis pelanginya.... atas warna mendung, bawah warna terang... itulah akan wujud kejadian gerimis panas, timbullah warna pelanginya yang indah!

Norzie hany berkata...

Sedapnya kuih lapis....akak pun suka cuba resepi dari blog yatie.

inahar ali berkata...

cunnye kuih lapis noorma wat nih..bak seketui nk rasa..mesti sodaap!!

FnF Simple Life berkata...

cantiknya pelangi

hazila berkata...

Saya lagilah lama tak melapis. Nice colour combination.

FnF Simple Life berkata...

cantiknya warna pelangi...

PH berkata...

Cantiknya!

Rohah berkata...

alahai canteknyua kalerr kuih ni, belang beling..

TechKini.com berkata...

Colornya sungguh terang benderang :D

-> ❤ TechKini.com

cheq da berkata...

seronok buat kuih colour2 cam ni..anak2 mesti suka..minta copy resepi yea...

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

lawanya kuih lapis ni ck

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...