Selasa, 20 November 2012

Manggo Chicken ( Ayam Masak Mangga)

Salam 

Ayam memang menjadi hidangan utama kat rumah CK ni. Dan hari ini resipi ayam dioleh bersama mangga, sebab banyak mangga masak yang gugur dari pokok belakang rumah ni. Peti es kat rumah ni pun dah penuh dengan jus mangga. Semalam dan buat muffin mangga, salad mangga dan pie mangga. Aduhh... aapa lagi yer resipi dari mangga?


Manggo Chicken (ayam masak mangga)
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam- dipotong, bersihkan, lumur garam+kunyit dan goreng smpai masak
1 bj buah mangga masak - buang kulit dan potong kiub
1/4 cawan sos tomato
2 sb pes cili
garam, gula, perasa
sedikit  sayur campuran

Bahan tumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan hiasan/taburan
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Bawang besar dipotong bulat

Cara-cara
Tumis bahan yang ditumbuk sampai naik bau. Masukkan pula cili giling. Tumis sampai cili masak
Masukkan sos tomato. Boleh tambah sedikit air. Kacau rata
Masukkan sayuran campuran, ayam goreng, garam, gula dan perasa.
Diikuti dengan mangga masak. Kacau tp jangan lama sangat, takut mangga hancur
Masukkan besar, kacau sekejap dan bolehlah diangkat

Nampak tak hirisan buah mangga tu?

Sedap makan dengan nasi minyak, tp hari ni tak sempat dah nk buat nasi minyak. Lain kali laaa


Ok....sampai sini dulu.... Nak copy resipi, silalah ke page CKFood yer. TQ


5 corat coret:

Marsita yahya berkata...

kecur air liur tgk ni

Gee® berkata...

Aduh mak aii!! menitis air lioq...

Phong Hong berkata...

Waw, best! Nampak sedap. Saya ni memang peminat buah mangga tapi tak pernah lak makan ayam masak mangga. Tak sabar-sabar nak cuba :)

Cendana Kasih berkata...

@Phong Hong
silakan mencuba Phong Hong..ada kelainan dari segi rasa...

Amie berkata...

Specialnya CK... rasa nak cuba juga, tapi kena tengok dulu masih adakah lagi stok mangga maklumlah siang tadi melantak pulut mangga!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...