Hari ni CK tak masak nasi (Mr Jebat dh masuk kampus, so takde geng nk makan nasik tengahari)...dan meh ler makan mee kari.
Sedap mee kari ni. Lain dari yang lain sebab menggunakan bunga kantan dan daun kesum. Selalu letak daun kari kan, kali ni meh cuba letak daun kesum plak... (mcm mee kari kat Hailam Kopitiam tu)
Mee Kari Kapitan
Bahan-Bahan:
3 sudu besar serbuk kari ayam
Santan (1 1/2 biji kelapa)
Air asam jawa
Bahan Kisar:
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
10 biji buah keras
8 tangkai cili merah
Bahan Lain
4 batang serai (diketuk)
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 cm halia* bahan2 yang bertanda * dihiris
1 batang bunga kantan (dibelah 4)
secekak daun kesum
Bahan Mee
3 keping kek ikan 1 paket bebola ikan
500 gm isi ayam
6keping fucuk (potong 4)
150 gm isi kerang
Sedikit kacang panjang (hiris)
2 bungkus mi kuning (celur)
100 gm taugeh (celur)
100 gm sawi (celur)
2 keping tauhu (goreng)
3 sudu besar cili kering kisar
3 biji telur (rebus)
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Kulit wantan- digoreng
Limau nipis
Cara Menyediakan:
1. Gaul bahan kisar kecuali cili kering bersama serbuk kari, bahagi kepada dua bahagian, satu untuk ditumis dan satu lagi perapkan bersama isi ayam.
2. Panaskan periuk dan tumis bahan hiris kecuali bunga kantan hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sebahagian dari rempah kari yang telah dicampur dengan bahan kisar.
4. Masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa dan bunga kantan.
6. Kacau sebentar dan masukkan isi ayam yang telah diperap dengan separuh bahan kisar tadi.
7. Setelah itu masukkan santan, kek dan bebola ikan, fucuk, kerang dan tauhu.
8. Kemudian bubuh garam, dan biarkan mendidih. Kemudian, masukkan daun kesum. (boleh juga dihiris halus dan ditabur atas mee semasa makan) Setelah mendidih masukkan kacang panjang. Siap !!
Jemput makan !!!
8 corat coret:
salam..hem menarik leh cuba ni...pasti bau kuahnya harum.....tegoda lah pulak
buat kak, buat.... kalo malas meh datang rumah...hehehe
Makan mee kari selalu gak..tapi yang kat kedai punya...buat sendiri memang lum penah lagi...he he...teruk tul akak ni ek...:)
peberet aku ni Kak Noorma, mang aku pulun habehhhhh pulunnnnn. Habeh la diet aku ni...
rajin nye akak masak memasak....
tq for the recipe..nk try la
Salam CK..wah sedap nampaknya mee kari tu..boleh cuba nie..Kak Shiela
jom serbu rumah CK nak x?
kempunannyaaaaaaaa
wahhh boleh dicuba..tapi nnti akak kena ringkaskan ler..hihihii guna bahan yang ade gitu..maceh yer kongsi resipi..cayangggg Maa
Catat Ulasan