Rabu, 26 Oktober 2011

Marble Cheese Brownies

Salam... hari ni meh kita layan brownies plak. Lama dah CK tak buat kek ataupun muffin, gara2 kesibukan tahap gaban..hahaha... Tadi masa kemas esbox, jumpa plak cream cheese sikit. Ada la dalam kira2 130gm... ermmm...nk buat apa yer? cheese tart? uhhh...tidak...dah muak memandang.

 Pernah nampak brownies ni kat rumah Madihaa. Dulu CK pernah gak buat brownies, tapi hasilnyer...ermmm...kureng sedap la plak.. ada kawan2 kata brownies ni macam kek coklat yang bantat... hahaha...so lepas tu tak pernah buat dah.
Tapi brownies yang ini mmg super dupper yummy. Sedap sangat. CK cuma buat separuh adunan jer, sbb stok cream cheese ada ciput jer..so lapisan cheese tu pun nipis jer laa... insyaalah, raya aji ni nk buat lagi.
CK buat setengah adunan jer.. (yg tulisan warna merah tu)...

Marble Cheese Brownies
Resepi : Jasmeenskitchen
TQ : MaDiHaA a.k.a Ratna,

Bahan Choc. Cake
250gm Butter 125
1 cwn serbuk koko 1/2
3 biji telur - gred B 1 1/2
1½ cwn gula kastor 3/4
½ cwn susu cair 1/4
1½ cwn tepung gandum 3/4
1 sdt Baking powder 1/2
1 sdt Soda bikabonat 1/2
1 sdt esen vanilla 1/2

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese 125
1 cwn gula kastor 1/2
1 biji telur - gred B 1/2
2 sudu kecil tepong jagung 1

Cara :-
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula (guna wisk saja) smpi sebati.
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpi sebati.
4- Masukkan susu cair dan kacau lagi...
5- Masukkan tepung, BP dan SB (kalo rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati dan  masukkan esen vanila.
6- Panaskan oven
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit)
8- Masukkan bancuha coklat ke dlm loyang...tinggalkan 2-3sdb dan masukkan kedlm plastic..(utk buat corak marble)
9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah

Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese..
dan Pukul cream cheese sehingga gebu.
dan Masuukan gula dan pukul lg hingga sebati.
dan Masukkan telur dan tepong jagung dan pukul lagi hingga sebati

**Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek...
**Paipkan baki chocolate atas cheese, dan lorekkan ikut suka..
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak...(guna api atas sahaja)
**Siap...


Lorekannya tak brapa lawa sbb CK terlebih plak adunan coklat tu. Sayang plak nak buang, so tindis jer la tebal2... apa kira...bukan nk jamu orang pun, kami anak beranak jer yang makan !!! hahaha



Selasa, 25 Oktober 2011

Kerabu Jantung Pisang

Salam tengahari buat semua. Dah masak? dah makan??

Hari ni ada kerabu jantung pisang.. ermm...lama tak makan kerabu. Sesekali buat best kan. Tapi kat rumah CK ni takde geng penggemar ulam/kerabu. So CK jer lah yang membedal kerabu ni. Sebab tu tak selalu buat. Melainkan kalo ajak kawan2 datang makan2 kat rumah.



Kerabu Jantung Pisang
Sumber : Cendanakasih

Bahan-bahan
1 biji jantung pisang- dibersihkan, dipotong dan direbus empuk
3 biji cili merah #
5 biji cili padi# (boleh lebih kalau suka pedas)
1 sudu kecil belacan#
30gm udang kering - disangai dan ditumbuk halus
1/4 biji kelapa parut - disangai hingga perang
1 biji limau nipis
3 biji bawang kecil- dimayang halus
1 kuntum bunga kantan - dimayang halus*
sedikit daun kesum- dimayang halus*
1 sudu besar sos ikan (nampla)
1 sudu kecil garam
*kalau taknak letak bunga kantan dan daun kesum pun takpe

Cara-cara
Tumbuk bahan-bahan bertanda #
Masukkan kedalam bekas bersama jantung pisang yang sudah direbus
Masukkan juga bunga kantan, daun kesum dan bawang
Tambah nampla, garam dan perah asam limau.
Gaul rata
Akhir sekali, tabur kelapa goreng dan udang kering yang ditumbuk halus.
Gaul rata lagi, dan siap !!



OK... jumpa lagi !!!



Isnin, 24 Oktober 2011

Kuih Keladi / Talam Keladi Pedas

Salam...  pernah makan kuih keladi.. errrr... bukan talam keladi yang manis tu yer...tp ni talam keladi versi pedas. CK dapat respi ni kat MYR, sumbangan cik mek Skyblue tu. Sedap tau kuih ni.. 
Minggu lepas CK beli keladi (kebetulan murah, sekilo rm4.50) cadangnya nk buat kek keladi, tp disebabkan order apam polkadot mencurah2, so hasrat menge"kek" terpaksa dilupakan. So..cari2 respi berasaskan keladi, terjumpalah kuih ni.
My Jebat memang tak makan sebarang mende berasaskan keladi, so CK sorang jer lah yang makan. Untuk memeriahkan suasana, bagi sikit untuk cikgu Wati. 


Sedap kuih ni. Thanks Diana !!
Bahan-bahan
* Bahan-bahan untuk bancuhan:
* 170g tepung beras
* 40g tepung ubi (tapioca)
* 500ml air
* 1 sk garam
* 1/2 sk serbuk lada putih
* 1/4 sk serbuk 5-spices (boleh lebih sikit jika suka)
* 1/2 sk serbuk stok ayam

* Bahan-bahan lain:
* 300g Keladi, dibuang kulit dan dipotong dadu
* 50g Udang kering, direndam dlm air dan toskan
* 5 biji bawang kecil, dimayang
* 2 sb minyak masak
* 1 biji cili merah (optional)
* Daun sup / ketumbar (optional)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan-bahan untuk bancuhan ke dalam mangkuk besar. Kacau sehingga rata dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng keladi sehingga permukaan menjadi keras. Keluarkan dan diketepikan.
3. Masukkan bawang kecil kedalam kuali yang sama, jika perlu, tambah sedikit minyak. Goreng bawang kecil sehingga garing.
4. Keluarkan bawang bersama separuh minyak dan tinggalkan sedikit minyak didalam kuali. Bawang tadi di letak dlm mangkuk kecil berasingan.
5. Masukkan udang kering ke dalam kuali, goreng sehingga perang. Masukkan bancuhan (1) sambil kacau.
6. Masukkan keladi tadi ke dalam kuali, kacau sehingga rata dan bancuhan tadi menjadi pekat.
7. Keluarkan (6) dari kuali dan masukkan ke dalam acuan dan rata-ratakan permukaan. Stim selama 30-40 minutes.
8. Biar sejuk sedikit sebelum dihidangkan degan cili, bawang dan daun sup.

9. Note: - Boleh dihidangkan pada suhu bilik atau panas2. - Potong 1" tebal, salut degan sedikit tepung gandum dan goreng degan sedikit minyak sehingga garing... sedap dimakan dgn sambal.



Jom minum petang !!



Ahad, 23 Oktober 2011

Ayam Kalasan Berseri

Salam... bersua lagi kita.
CK mmg suka makan ayam goreng, especially ayam goreng berempah yang dijual bersama nasi kukus. Dalam seminggu, ada la dua tiga kali CK beli nasi kukus tu, sebab teringin nk ratah ayam gorengnya. Cuba juga mintak beli ayamnya, tp tak jual la plak...
Dan..beberapa minggu lepas nampak Madihaa tayang ayam goreng kalasan berseri ni, pastu muncul plak ayam goreng berempah berserdak. Fuhh...teringin sangat nk buat sendiri. Lama gak dok pendam hasrat, hari ni baru berjaya merealisasikannya (bukan takde ayam, tp ayam kat rumah ni selalu buat masak kari, masak merah dll, tak sempat nk buat goreng pun, semalam masa pegi pasar borong beli 2 ekor ayam skali, mmg dah nekad nk buat goreng kalasan ni)


Jutaan terima kasih buat Kak Ummi Kuantan untuk resipi yang super dupper sedap ni. My Jebat pun kata sedap. Boleh buat lauk untuk kenduri katanya. Aku plak suka beno makan serdaknya. Fuh..puas makan. Esok lusa boleh buat lagi.

Resipi ni CK copy dan paste dari rumah Madihaa. Terima kasih!! 

AYAM KALASAN BERSERI
Resepi: Ummi @ Majalah Jelita Mac 2011

Bahan:-
* 4 ketul paha ayam (whole leg) - dibersihkan dan dibuang kulit - kelar sikit
* garam secukup rasa
* 1/3 cawan air
* 1 cawan kelapa parut
* Minyak untuk goreng terendam (deep fry)
Bahan Dikisar Kering:-
* 2 sudu besar biji ketumbar
* 2 sudu besar biji lada putih

Bahan Dikisar Basah:-
* 5 batang serai (diambil bahagian putihnya)
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit hidup
* sedikit air

Cara Memasak:-
1. Campurkan kelapa parut, garam, air, bahan kisar basah dan kisar kering ke dalam kuali. Gaul rata.
2. Masukkan ayam dan rebus ayam sambil dibalikkan hingga ayam masak mesra dan air hampir kering. Angkat ayam dan toskan. Kemudian toskan juga campuran kelapa parut dan rempah-rempah tadi dalam bekas berasingan
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan letakkan ayam ke dalam pinggan yang sesuai.
4. Kemudian goreng pula bahan kelapa parut dan rempah hingga bertukar warna kuning keemasan serta berserbuk rangup (awas jangan sampai hangus). Angkat dan toskan minyak.
5. Taburkan serbuk kelapa tadi ke atas ayam dan rata-ratakan. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Istimewanya ayam kalasan ini tidak menggunakan sebarang bawang merah atau putih kerana biasanya ia akan menghanguskan ayam dan rupanya tidak berseri...tetapi rasanya tetap mantap!


Ermm... puas makan ayam goreng. Esok lusa leh buat nasi kukus dan gulai daging plak. Pastu takyah ler CK nk mengulang pegi beli nasi kukus kat simpang tu lagi. Kalo idak, selang sehari brother jual nasi kukus tu mesti nampak muka CK. Katanya dia bagi special kat CK. hahaha.... (siap tanya dah kawin ke belum...wakahkahkah )


Rabu, 19 Oktober 2011

Ayam Masak Kicap Berkentang

Salam... hari ni CK masak lauk ayam, paberet anak2....dah tak tau nk masak lauk apa, so bantai ler masak kicap. Tambah plak ngan kentang untuk menceriakan suasana..hahaha...


Resipi ni CK skodeng dari dapur kak CT Delima. TQ akak !! CK copy dan paste yer

Ayam Masak Kicap Bersama Kentang
Resepi: CT Delima


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil2 cuci dan toskan.
2 biji bawang merah - dimayang
2 biji bawang putih - dimayang
1/2 inci halia - hiris halus2
1 batang cili merah - hiris
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu teh lada hitam tumbuk
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji kentang dipotong memanjang - goreng garing
1/2 cawan air
Sedikit tepung jagung + sedikit air untuk kepekatan kuah.
Sedikit garam jika perlu
Daun bawang / sup - untuk hiasan

Cara-cara:
1. Ayam dilumur dengan garam dan kunyit - digoreng kuning keemasan tapi jangan garing agak2 separuh lembap. Kemudian gorengkan pula kentang yg dipotong memanjang tadi. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan baki minyak gorengan ayam tadi sedikit dalam kuali dan goreng bawang merah, bawang putih dan halia bersama rempah tumis. Kacau rata hingga naik bau.
3. Dengan api sederhana masukkan cili kisar kacau lagi. Masukkan lada hitam tumbuk, sos tiram, sos cili dan kicap manis. Kacau sebentar dan masukkan sedikit air.
4. Bila mendidih masukkan ayam goreng, kentang goreng dan lada merah hiris kacau rata 2-3 minit. Masukkan air tepung jagung untuk kuah pekat sedikit. Perasakan, jika perlu dimasukkan garam dan kacau rata.
5. Matikan api, angkat dan taburkan daun bawang / sup. Bolehlah dihidangkan bersama nasi hangat. Selamat mencuba :D

Untuk tambah2 lauk, CK buat plak Ikan Cencaru Masak Taucu. My Jebat suka sangat lauk ni. Errmm...kisah cencaru ni, CK ni sebenarnya tak pandai siang ikan cencaru, especially tang jaket dia tu. Pernah sekali CK cuba tarik jaket dia, habis keluar semua isinya. So...penyelesaiannya, CK goreng dulu ikan cencaru tu bersama jaketnya. Bila dh goreng, sejukkan sikit, dan barulah CK umpil keluar jaketnya...hahaha....senang kan !!!!




Selasa, 18 Oktober 2011

Pasta

Salam... bersua lagi setelah banyak hari berehat.

Hari ni masak pasta kegemaran anak2. My Jebat mmg tak pandang segala pasta ni. So time dia outstation, bolehlah masak mende2 yang dia tak makan. Dan time dia takde jugaklah CK tak masak menda2 yang dia suka makan....erm...konfius?? lantak korang ler...hahaha...

Kali ini CK guna pasta linguine (entah ler...tertulis macam tu kat bungkusannya ) untuk sosnya plak CK guna jenama Kimball yang dalam botol tu.

Mula2 CK rebus pasta, dan toskan. Pastu panaskan sos pasta segera Kimball. Tambah plak sikit air dan daging cincang. Disebabkan CK suka cendawan, so bubuh la 2, 3 ketui cendawan butang. Tambah plak hirisan nenas dan carrot sikit. Biar kuah pekat sikit dan tutup apinya. Tuang atas pasta tadi.

Selalunya CK main campak dan gaul jer pasta bersama sos, tapi kali ini versi malas,dan tak sangka plak anak2 suka makan cara cenggini. Ermmm...OK la kan. Daripada lapar !! hahaha


Ok...sampai sini dulu.... !!!!

Ujan kat sini, nk layan movie la kejap





Isnin, 10 Oktober 2011

Frozen Pizza

Salam... 
Minggu ni CK dan anak2 makan ala kadar jer, sebabnyer my Jebat ada kelas sampai petang.. so takde la masak nasi berbagai....dan bolehlah CK tumpukan pada tempahan kuih2 frozen dan apam dan lain2... 
Untuk makan anak2, hari ni pekena pizza. Dah lama CK tak buat pizza ni. Dan disebabkan hari ni CK buat donut, so bolehlah buat pizza untuk diorang. Sengaja CK buat lebih dan frozenkan, kalo diorang mintak lagi, senang jer, terus ambik dan bakar.

Pizza ni CK letak segala jenis cheese atasnya. Ada mozzarella, cheddar dan slice cheese. Topping pizza ni CK ambik yang mudah jer, guna sos pasta Kimball. Pastu letak sedikit sosej dan tabur segala cis. Sayur2 dan bawang takde, sebab anak2 tak makan.

Sorang 3 ketui... errr... cukup ke ?? pizza ni kecik jer...saiz ala2 donut J.Co tu jer....


ok....sampai sini dulu !!! banyak keje hari ni... tu tgh rebus kentang kat dapur, nk buat karipap...errr...segala tempahan minggu ni ditutup dulu yer....sbb CK nk membuat persiapan untuk kenduri Sabtu ni... tp minggu depan, order dibuka semula.




Ahad, 9 Oktober 2011

Labu Goreng

Salam...bersua lagi di Hari Minggu yang panas terik...hehehe... (alhamdulillah, kering semua jemuran )
Petang ni CK buat labu goreng untuk juadah minum petang... errrr... pernah makan?? ala, lebih kurang pisang goreng ler jugak. Cuma labu lebih healthy sbb kadar karbohidrat labu lebih rendah... ermmm...(ayat utk anak murid)...tp utk diri sendiri - labu ni lebih sedap dari pisang !!!




Resipi utk labu goreng ni sama jugak la dengan batter utk buat goreng pisang (dah CK letak beberapa hari lalu) Cuma kali ini, CK tambah setengah sudu kecil Eno dalam adunan untuk hasil yang lebih kembong (ala2 tepung goreng pisang adabi tu...)

Untuk labu tu, kupas macam biasa, buangkan biji selaputnya. Potong jangan terlalu tebal, nanti tak masak plak. 

Tepung Goreng Rangup
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/4 cawan tepung jagung
2 sudu besar butter/marjerin
2 sudu besar gula
sedikit garam
1/2 sudu teh kapur makan (dalam secubit)
pewarna kuning (jika suka)
air secukupnya
1/2 sudu teh Eno

Cara-cara
-Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar semua bahan hingga halus.
-Boleh tapis kalau suka. Tambah Eno dan kacau rata
-Sedia untuk dicelup dengan pisang/keledek/keladi/labu
-Adunan jangan terlampau cair/pekat. Agak2 ler boleh salut kat labu. Kalau adunan pekat sangat, nanti bila keledek dah sejuk, kuih jadi keras.


Meh la cuba labu goreng, rasa manis labu cicah plak ngan sambal kicap..pergh...sedap !!!! 


Selain labu, ada gak cekodok pisang rangup. Cekodok ni kembong, lembut di dalam dan rangup di luar.
Senang jer nk buat cekodok ni. CK guna 2 bijik pisang berangan, lecekkan dan campur dengan 5-6 sudu besar tepung. Tgk kelikatan ler... Tambah gula sikit, garam secukup rasa dan kelapa parut.....pastu tambah sedikit baking powder dan sedikit ovalet.. hahaha...itulah kelainan, ada ovalet...hehehe....Kemudian, goreng lah macam biasa. ......



♥ ♥ ♥

Jumaat, 7 Oktober 2011

Puding Roti Sos Kastart

Salam Semua.

Dua tiga hari lepas ada beli roti gardenia, tp takde sapa pun nk makan (sbb stok makanan lain kat rumah banyak lagi) jadinyer ... tak laku ler roti tu..kesian plak kan... so buat lah puding ni. Semoga mendapat perhatian...hehehe...


Bahan-bahan
* Bahan A
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti (gardenia/high 5)

* Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 s/b tepung jagung
* 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
* 1 s/b buah pala *(optional)

* Bahan C-kuah
* 1 tin susu cair
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula

Cara-cara
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.


Kuahnya sengaja dibuat kaler kuning, kasi gempak sikit...len kali kita cuba kaler lain plak yer... hehehe




Khamis, 6 Oktober 2011

Tauhu Kukus

Salam... dah makan tengahari??

Ini lunch CK hari ni...rindunyer kat tauhu...hehehe...hari ni merupakan hari pertama Jebat CK mendaftar sebagai pelajar kat Uniten (sambung belajo plak org tua tu....hahaha)...so gerenti dia tak dapat balik lunch kan...hehehe....so dapatlah berehat dan makan mende2 faberet CK ni. (kalau dia ada, sure CK kena makan nasik punyer)



Lauk yang sedap. Sesuai ngan diet CK. Diet lagi?? err...bukan apa, minggu lepas kan CK demam, so my Jebat paksa suruh makan nasi dan benda2 berkarbohidrat. Setiap dua jam, dia suruh makan, suruh minum. Selang sehari dia beli nasi kukus ayam goreng berempah. Pergh..mmg sedap...

Dan...hari ni CK takmo makan nasi ler. Dan cuba plak tauhu kukus. Nampak respi kat rumah Nani (yg tgh berdiet gak tu...hehe) Ermm...sedap laa...betul kata Nani. Sesuai ngan tekak tauhurian ni..wakahkahkah..... Nk membuatnya ambik masa lebih kurang 10-12 minit la jugak, tp bila makan, dalam masa 5 minit jer tauhu ni dh berjaya masuk perut...hahaha...SEDAP !!!

Tauhu Kukus
Resepi: Chef Harun, Majalah SAJI
Sumber: Nani

Bahan:-
* 1 bar tauhu lembut (yg dalam kotak putih tu)
* 1 sudu besar udang kering - dibasuh dan cincang
* 2 ulas bawang putih - dicincang halus
* 2 sudu besar sos tiram
* 1 sudu teh minyak bijan
* 1 sudu teh kicap cair
* 5 sudu besar minyak masak
* Bawang goreng secukupnya
* cili merah dicincang halus
* sedikit daun bawang yang dicincang halus
* 1 sudu besar kicap manis
* sedikit tauge, karot

Cara Menyediakan:-
1. Letakkan tauhu di atas pinggan tahan panas/caserol dan kukus selama 7 minit.
2. Keluarkan tauhu dan buang airnya. Sapukan dengan sos tiram dan sejukkan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan udang kering hingga kekuningan.
4. Angkat dan tuangkan di atas tauhu tadi perlahan-lahan.
5. Bancuhkan sekali minyak bijan, kicap cair dan 1 sudu besar minyak lebihan tumisan tadi. Tabur daun bawang, cili dan bawang goreng. Hidangkan.



Anak-anak murid,,,meh makan tauhu kukus !!! hehe


Rabu, 5 Oktober 2011

Roti Jala

Salam...

Hari ini bersarapan dengan roti jala frozen. Salah satu produk baru CK Frozen Food. Permulaan bulan yang baru ini, CK Frozen Food ada lebih kurang 5 produk baru iaitu Roti Jala, Masalodeh, Apam Polkadot, Apam Ayu,dan Donut.

Produk lama seperti karipap, cucur badak, bom bijan dan kuih rengas/kasturi pun masih ada, cuma CK ingin pelbagaikan produk untuk meluaskan pasaran...hehehe... Harga masih sama...jangan risau...takde kenaikan harga walaupun harga daging naik..hahaha... (harga daging naik rm1.00/kg mulai minggu lepas)



Roti jala ni kami makan ngan sambal sardin jer la...takde stok kari daging atau ayam. Serawa durian lagilah jauh...

Mesti korang heran kan...ada jugak roti jala frozen kan... hehehe... CK jual 15 biji = rm3.50 (tanpa kuah kari) Kalau nk yang ada kari ayam+ ubi kentang, lain ler harga. Ini budget kuih. 

Macam mana nk makan roti jala frozen? senang jer..keluarkan dari peti sejuk dan buang plastik sealer....kemudian kukus selama 5 minit. Siap dan boleh dimakan bersama kuah pilihan.



Ok....jemput jamu mata yer... CK nk sambung keje....masalodeh dan kuih rengas menanti untuk dikerjakan.. BYE !!!



Selasa, 4 Oktober 2011

Gulai Pucuk Paku Ikan Masin

Salam...

Sure sume dah makan kan...dan CK baru berkesempatan nk tayang lauk2 hari ini. Sejak demam ni, tekak mula nk makan masakan kampung. So gagahkan diri masak sikit2. Mana nk siapkan tempahan frozen food lagi, nk masak lagi...jaga si Rayyan lagi....fuh...dah lebih kurang supermak dah CK ni. Cuma takde kuasa ajaib jer...wakahkahkah.


Pucuk paku ni dibeli di Pasar Tani Kinrara. Kali ini CK gulaikan dengan ikan masin duri. Resipinya macam biasalah kan. Kena ada cili padi, bawang, kunyit hidup dan santan. Meh tengok respi nyer.

Bahan-bahan
Pucuk paku (3 ikat) -dibersihkan
cili padi
kunyit hidup
Bawang merah
Bawang putih
Ikan Masin - dipotong
Santan kelapa (pekat dan cair)
Garam

Cara-cara
1.Tumbuk cili padi bersama dengan kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah
2.Masukkan dalam periuk bersama santan cair,  garam dan ikan masin.Didihkan sebentar
4.Masukkan pucuk paku. Tambah santan pekat. Kacau agar tidak pecah lemak.
5.Biar mendidih dan bolehlah diangkat

(tips: untuk mengelakkan santan pecah lemak semasa memasak, tumbuk cili padi+kunyit dan garam, kemudian masak seperti biasa, tak perlu tambah garam lagi)



♥♥♥

Ahad, 2 Oktober 2011

Tepung Goreng Pisang Rangup

Salam...

Lama jugak CK 'cuti-cuti' blog..Sori yer...demam masih lom kebah.. asalnya dh baik sikit, pastu CK sibuk plak ambik tempahan frozen food. Badan ni macam bagi peluang jer..dan bila dah siap sume frozen, demam bersambung balik...huhuhu...

Petang ni tingin la plak nk makan goreng keledek, keladi dan pisang. Buat sikit2 jer, tp ada 3 jenis laaa...


Selalunya CK suka makan keledek/keladi goreng dengan sambal kicap...pergh..tak sedo diri makan...sib baik buat sikit jer...

Meh share respinyer.. Respi ni CK selalu gunakan untuk sadur kuih rengas frozen food. Kata pelanggan, rangupnya kekal lama !! entah laa...kat rumah ni, tak sempat nk sejuk dah licin.

Tepung Goreng Pisang Rangup
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/4 cawan tepung jagung
2 sudu besar butter/marjerin
2 sudu besar gula
sedikit garam
1/2 sudu teh kapur makan (dalam secubit)
pewarna kuning (jika suka)
air secukupnya

Cara-cara
-Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar semua bahan hingga halus.
-Boleh tapis kalau suka. Sedia untuk dicelup dengan pisang/keledek/keladi.
-Adunan jangan terlampau cair/pekat. Agak2 ler boleh salut kat pisang/keledek. Kalau adunan pekat sangat, nanti bila keledek dah sejuk, kuih jadi keras.



Abaikanlah karipap sebijik tu... hehehe...si Ryan punyer !!



Ok... jumpa lagi !!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...