Sabtu, 30 April 2011

Rendang Ketupat Sotong

Salam Semua !! Selamat bercuti buat kawan-kawan yang pulang ke kampung halaman ataupun ke destinasi percutian yang lain.

Hari Sabtu begini, ada banyak masa untuk memasak sesuatu yang istimewa. Lauk ni menjadi kegemaran Jebat, dh lama di request , tp disebabkan kesibukan kerja di rumah, sampai terlupa sotong dalam esbox tu.


Rendang Ketupat Sotong
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
- 4 ekor sotong (bersaiz besar)
-garam, perasa
-1 sudu besar kerisik
-1 helai daun kunyit- dihiris halus
-1/2 cawan santan

A- untuk pulut
*1 senduk beras pulut
*1 senduk santan pekat

B- kuah rendang
*4 ulas bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 batang serai-dihiris halus
*1/2 inci lengkuas (sikit jer)
*10 tangkai cili kering- buang biji, potong halus

Cara-cara
  1. Sotong dibersihkan dan ditoskan agar kering airnya
  2. Beras pulut dibasuh bersih dan masukkan santan pekat. Tambah sedikit air. Letak sedikit garam. Panaskan pengukus dan kukus pulut hingga masak
  3. Bahan-bahan untuk kuah rendang dikisar halus.
  4. Sumbat sotong dengan pulut yang telah dikukus tadi. Sematkan dengan lidi pada hujungnya ataupun boleh dijahit dengan benang kasar
  5. Panaskan kuali dan tumis bahan yang dikisar halus hingga pecah minyak. Masukkan santan dan kacau rata. Masukkan kerisik dan gaul rata.
  6. Masukkan sotong tadi. Tutup sekejap dan balik-balikkan agar sotong masak sekata
  7. Tambah garam dan serbuk perasa.
  8. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Siap !!!!
 Selamat Mencuba !!!!


Kebanyakan orang kalo buat ketupat sotong, mestilah berkuah putih. Tapi aku ni tak brapa suka lah plak. Hati nak makan rendang, nk makan pulut. Nak tunggu raya lambat lagi. So... inilah hasilnya. Siap ada sotong lagi !!!

Sapa nk rasa?? aku ada 4 ekor jer ni?? cepat..sapa cepat dia dapat !! hehehe

Jumaat, 29 April 2011

Makanan Arab di Saba Cyberjaya

Selamat Malam... dh dinner semua....

Petang tadi kami sekeluarga ke Wet Land Putrajaya untuk mengeluarkan peluh, membakar kalori. Pegi main badminton sambil2 tangkap gambar. Release tension sikit. Cian kat budak2 ni, dikala orang lain sibuk balik kampung, kami ni tak kemana pun.

Budak2 ni mmg tak pandai main badminton. Setakat pukul pun tak kena. Hampeh jer.. last2, mak bapak diorang yang main.. huru hara taman ni.. (sib baik takde orang...) hahaha


Setelah penat beriadah, perut pun lapar. Apa lagi... ke Cyberjaya ler. Menjamu selera dengan makanan Arab. 

Inilah dia SABA RESTOREN yang menyajikan makanan Arab. Mmg terkenal restoren ni.


Kali pertama mencuba makanan Arab hati sudah terpikat, sehinggakan kami mengenepikan Nasi Biryani Gam Johor mahupun Nasi Minyak Hujan Panas di Bistro Mamak. Huhh... mmg sedap dan tiada tandingannya.

Boleh dikatakan setiap minggu kami akan menjamu selera dengan nasi Arab ni. Dan menu yang biasa dipesan tentulah Nasi Kabsah.

Nasi Kabsah


 Hari ini nak mencuba Nasi Mandhi plak. Nasinya tetap sama dengan Nasi Kabsah, tp resipi ayamnya lain sikit. Errmm...memang ada kelainannya. Terasa rempah-rempah yang diperap pada ayam ni. Kemudian dibakar.


Ok... dah kenyang makan, layan Maharaja Lawak plak. Selamat Malam semua kengkawan !!!

Khamis, 28 April 2011

Masak Lemak Ikan Daun Kesum Bunga Kantan

Salam.. hari ni buat masak lemak, tp style aku, sbb guna bunga kantan dan daun kesum. Hasilnya, gulai lebih harum dan wangi. Dilawankan dengan sambal belacan dan telur masin pun dh cukup.


Bahan-Bahan
1 ekor ikan merah
1 biji santan
5 biji bawang merah*
10 biji cili padi*
2sm lengkuas*
2sm halia* (bahan2 * dikisar halus)
2 batang serai (dititk)
2 keping asam keping
1 cekak daun kesum
1 batang bunga kantan
Garam secukup rasa
Timun- kalo suka

Cara Memasak

1. Masukkan Bahan kisar dan santan ke dalam periuk.
2. Kacau rata dan masukkan asam keping.
3. Masukkan serai,daun kesum, bunga kantan dan biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan ikan dan timun, biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
6. Angkat dan hidangkan.

Rabu, 27 April 2011

Serimuka Durian

Petang ini menjamu selera dengan kuih serimuka durian. Rupa takde, tapi rasa meletops !!!! bagi sapa yang suka durian, mesti cuba kuih ni.


Selalunya kalo buat serimuka, kepalanya mesti tebal, dan pulutnya sikit pun takpe..sbb budak2 ni suka makan yang manis tu lebih daripada pulut. Dan satu lagi, kepala tu takleh keras, kena lembik2 sikit...

Disalin dr blog Izah Muffin Lover

Bahan-bahan Lapisan Bawah
250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2sk gula -

Cara-cara
Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar.

Bahan-bahan Lapisan Atas
150g isi durian
125g gula
3 biji telur
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat
secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati . Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih. Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.

Selasa, 26 April 2011

Sambal Tempe Bersayur

Sebenarnya aku tak tau nama menu ni, tapi dah selalu buat. Campuran tempe, suun, pucuk dan sayur. Ada rasa lemak-lemak dan pedas. Belajar ngan sedara Jebat jugak, dan tiap kali kenduri mesti ada lauk ni. Ada sesiapa tau nama lauk ni????


Bahan sayur
-kacang panjang, dipotong
-pucuk*
-suun* (bahan * direndam dulu hingga kembang)
-karot –dipotong mancis – ni aku tak letak, sbb takde stok
-tempe- dipotong kecil, dan goreng dulu
-tauhu- dipotong dadu kecil, digoreng
-kentang-dipotong kecil, digoreng

Bahan ditumbuk
Halia
Lengkuas
Udang kering

Dimayang halus
Bwang merah
Bawang putih
Cili hijau, cili merah

Bahan lain
Cili kisar
Sedikit santan pekat
Garam, perasa


Cara-cara
Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi. Kemudian, masukkan bahan yang ditumbuk. Gaul rata dan biar sekejap.
Masukkan semua bahan- sayur
Masukkan santan. Boleh tambah air jika nampak kering. Gaul rata. Masukkan cili yang dipotong. Tambah garam dan perasa. Biar kering sedikit dan angkat



Best makan ngan nasi panas !!!

UPDATE: dh dapat nama sebenar...SAMBAL JAWA

Isnin, 25 April 2011

Kuih Dadar Pandan

Salam... orang lain tengah kecoh buat kuih dadar coklat tu...tp aku ni masih dalam gua. Cari pintu tak jumpa...so buatlah kuih dadar biasa jer..


Bahan Kulit [batter]
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau dan pandan emulco
secubit garam

Bahan inti:
150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
½ biji kelapa parut muda
1/2 cawan isi durian

Cara:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.



dapat la dalam 10 bijik.. cukup la untuk keluarga kecik kami ni... sekadar alas perut waktu petang :)


Ok... sampai sini dulu yer....   Ambik sorang seketui yer..jangan gaduh-gaduh.

Sabtu, 23 April 2011

Today is my bithday

Salam semua...

syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan menghirup udara nyaman dan menikmati kegembiraan pada hari ini. Semoga terus diberi kesempatan mengasuh, membesarkan dan memberi kasih sayang kepada anak-anakku yang bertiga itu. Untuk berbakti dan membalas jasa kepada ibu tersayang dan menyuburkan cinta dan kasih sayang berpanjangan kepada suami tercinta. Amin !!!!!


Hari ni my Jebat tak kerja...Yeah !!! katanya sbb nk celebrate buff day aku..hehehe... So untuk lunch, dia suruh masak yang simple-simple jer.

Errrm... meh layan lauk ringkas hari ni...
Hanya ada sambal tumis sotong, dan ikan keli berlada. Ada gak lauk gulai asam tempoyak ikan jenahak (buat seketui jer...) cukup lah untuk tengahari ni yer !!!!! 


Encik Jebat ada berkias-kias, katanya mahu ke Restoren Arab malam ni...errrm... laki aku tu dh ketagih makanan arab sejak dua tiga menjak ni. Setiap minggu, mesti sekali dia nak pekena Nasi Arab. Selalunya kami akan ke Restoren Saba di Cyberjaya nun... tp malam ni entah la plak.  Humus kot !!!!

Jumaat, 22 April 2011

Roti John

Salam Jumaat yang penuh barakah !!!

Pagi ni buat Roti John sebagai breakfast. Dah lama pun tak buat roti john ni. Asyik beli jer kat pasarmalam. Sesekali buat, letak inti lebih...pergh...best !!!!


Kali ni buat inti daging plak. Inti daging tu mmg dah buat banyak2 dan simpan dalam esbox. Bila nk makan, keluarkan dan defrost jer..pastu boleh digunakan untuk buat pie, inti puff pastry, atau inti pizza.

Sejarahnya roti john ni, ada seorang lelaki berbangsa Inggeris yang memang suka makan roti telur. Setiap hari bila ke kedai dia akan minta menu yg sama. Lama kelamaan, roti tu diberi sempena nama lelaki Inggeris tersebut, John. (entah ler...aku tgk kat tv ler....) Lama kelamaan, roti John dipelbagaikan dengan meletakkan inti daging, sardin, ayam, mayonis dan black paper. Nk lebih sedap lagi, letak cheese.

Nk buat roti john...sesenang buat roti telur la jugak. Mula2 roti sosej dibelah 2, kemudian pukul telur. Masukkan inti kedalam bancuhan telur dan dadar telur macam biasa. Bila hampir masak, tangkupkan roti yang dibelah dua tadi. Biar sekejap dan angkat. Boleh pancut mayonis, sos cili dan sos lada hitam. Kalau suka boleh letak sayur salad, timun dan tomato. Siap !!!


Roti John aku ni takde sayur...korang pun faham kan sebab apa !!!!



oklah..nk pegi meronda jap...hehehe

Khamis, 21 April 2011

Sambal Sardin

Disebabkan dah tebuk sardin besar malam tadi, so hari ni kena la habiskan sardin tu. Kalo simpan lama sure tak sedap kan..

Kat rumah ni hanya laku sambal sardin. Kalo buat masakan lain spt kari ker, masak kicap ker.. lambat ler sikit jalan.

Sume orang tau buat sambal sardin kan !! so tak payah la tepek respi yer...

Bila dh ada lauk sambal sardin ni, tak payah ler nk masak lauk lain. Ayam ke, ikan ke, diorang sure tak pandang dah. Tapi aku takleh la plak makan semata2 lauk ni jer..so aku buat la telur dadar. Si toncet pun boleh makan skali.

Bila dh ada sambal sardin, petang ni sure kena buat lempeng. Tu paberet si Jebat plak.

Roti Gulung Sardin

Selamat Pagi semua !!!

Breakfast hari ini – Roti Gulung Sardin. Selalu tu buat roti gulung sosej jer kan...sampai anak-anak pun naik jemu. Tapi bila siapkan roti ni malam tadi, diorang dah tersenyum..waaaa...sardin... faberet kami !!!


Bahan-bahan
-6 keping roti gardenia- digelek hingga nipis
-1 biji telur-dipukul sedikit
-serbuk roti secukupnya

Bahan-bahan inti
-2 ketul sardin (aku guna cap bunga ros)
-sebiji bawang besar –dipotong dadu)
-1 ulas bawang putih – dicincang halus
-2 sudu besar pes cili
-jus limau
-garam
-perasa

*Mula-mula hancurkan sardin dan tambah garam, perasa dan jus limau.
*Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau
*Masukkan pes cili (kalau suka pedas, boleh lebihkan cili)
*Masak hingga pecah minyak/cili masak.
*Masukkan sardin yang dihancurkan tadi.
*Kacau hingga agak kering...siap

Cara Membuatnya
-Ambil sekeping roti yang telah digelek dan letak inti sardin diatasnya. Gulung dan sapu telur dihujungnya agar roti melekat kemas.
-Celup roti dalam telur, kemudian salutkan dengan serbuk roti
-Goreng hingga keemasan


Roti Sardin ni gelap sikit, sbb my Jebat yang menggorengnya... errm...biasalaaa...kalau dia yang goreng, mestilah ikut warna kulit dia...wakahkahkah....

Sedap dimakan ketika masih panas. Rangup jer...




Ok...sampai sini dulu !!!!!

Rabu, 20 April 2011

Kuih Bom Labu

Salam...untuk minum petang hari ini, aku buatkan kuih bom untuk keluarga. Selalunya aku gunakan ubi keledek, tp kali ni guna labu plak. Mencuba sesuatu yang baru..

Resipi sendiri...kuih bom ni tak meletup bila digoreng, sbbnya bukan diperbuat daripada tepung pulut

Bahan-bahan
* 1/2 kg labu
* 3/4 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan tepung ubi
* Sedikit garam
* Inti kelapa secukupnya
* bijan secukupnya

Cara-cara
1. Bersihkan labu, buang kulitnya dan kukus hingga empuk
2. Lenyek sampai halus
3. Biarkan sejuk sebentar, kemudian masukkan tepung gandum dan tpung ubi.
4. Uli hingga rata (boleh adjust tepung kalo terlembik)
5. Ambil sedikit, leperkan dan letak inti kelapa. Tutup kemas dan bulatkan.
6. Golek atas bijan. Kepal2 sedikit agar bijan melekat pada kuih
7. Goreng hingga keemasan.

Macam biasa, inti kelapanya letak durian. Lagi sedap lah !!!


Jom minum petang !!!

Selasa, 19 April 2011

Nasi Goreng Daging Dendeng

Suka makan nasi goreng tak???

Hari ni aku tak masak nasi berlauk, Cuma masak nasi goreng jer. Senang kerja kan.... dapat rehat, baring-baring sambil tengok tv. Oh..indahnya dunia..hahaha...

Ni sebenarnya nasi goreng biasa jer.. cara menggorengnya pun senang jer. Tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian campur sikit sambal belacan. Tambah udang kering yang ditumbuk. Kacau lagi... dan pecahkan telur ke dalamnya. Lepas tu masukkan nasi. Kacau dan tambah garam dan perasa. Siap



Nasi goreng ni takde sayur sebab anak-anak tak suka makan sayur. Kalau letak sekalipun, akhirnya sayur itu akan ke tong sampah jua akhirnya. Jadi, lebih baik tak payah letak. Hati tak sakit, dan sayur pun tak membazir.

Ada kalanya, bila tekak teringin nk makan nasi goreng bersayur ni, aku akan asingkan nasi tu, untuk anak-anak keluarkan separuh, dan separuh lagi baru dimasukkan sayur. Tapi kerja yang sungguh leceh laaa....


Dan untuk my Jebat, ada la telur goreng mata. Letak plak daging dendeng.

Kat rumah aku ni, memang selalu ada stok daging dendeng. Sekali buat sekilo daging. Jebatku suka meratah. Katanya di bulan puasa nanti, wajib ada lauk daging dendeng ni untuk dimakan waktu bersahur.


Selamat bersantap untuk anak-anakku. Jangan banyak komplen yer..petang nanti mama masak special !!!

Isnin, 18 April 2011

Cekodok Durian

Musim durian ni kan, semua juadah berasaskan durian. Semalam dh tunjuk apam polkadot inti durian, hari ni buat cekodok durian plak. Harum semerbak satu rumah. Dan sudah pastinya bau harum itu dibawa angin masuk ke rumah-rumah jiran berdekatan...hahaha...

 Mcm mana nk buat cekodok durian...alahai..senang jer..macam buat cekodok pisang la jugak.. bahan-bahannya pun tak banyak. Cuma tepung, gula dan isi durian. Kalo suka nak tambah kelapa parut pun boleh. Tapi aku takde stok kelapa parut...
Oh yaa... aku tambah yis untuk menaikkan cekodok ni. Kalo nk letak baking powder pun boleh, atau gantikan dengan tepung naik sendiri...pun boleh gak.
Disebabkan guna yis, so kena peramlah kejap adunan ni, bagi naik. Sementara tu sempat gak la aku melelapkan mata...hehehe....


Ok..jemput makan semua...eh eh...tak dapat makan...ambik bau yer..!! hehehe

Ahad, 17 April 2011

Apam Polkadot Inti Durian

السلام عليكم

Pagi-pagi lagi dah bersiap sedia dengan projek apam polkadot ni. Terpengaruh dari rancangan WHI beberapa hari lepas. Semalam dh suruh Jebat beli kelapa parut, untuk dibuat inti. Kali ini intinya dicampur durian. Wallah..bestnyer..

Kali ni buat dalam acuan lompang. Memang la kiut miut jer saiznya...tapi alahai...BENCINTA betul nak mengabiskannya. Huh..sapa yang suka buat dalam acuan lompang tu..mmg sabar tahap gaban la korang..aku salute sungguh. Namun, bagi aku yang tak suka kerja remeh-temeh ni, baik la buat saiz besar. Masuk mulut pun puas...hahaha....

Sekali lagi ditepek resipi yang sama. Dari cikgu Hana. Dalam majalah Jelita pun ada. TQ Hana. Kali ni mmg ikut petua dari Hana, gunakan api perlahan. Dan hasilnya...takde satupun yang macam kerang tersengih ataupun mekar setaman.

Bahan-bahan
* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus
* 150gm susu segar / susu cair / susu full cream / santan
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* Inti secukupnya (kali ni aku guna inti kelapa durian)
* Pewarna ikut suka

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan inti secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana jer...

Aku buat 3 warna jer, merah, kuning dan purple.


Seandainya ada tetamu yang datang bertandang hari ini...tak perlulah nk fikir panjang nk jamu apa.. ada apam ni pun dh cukup !!!!  tapi sapa nk datang ek???? perasan tol aku ni.....

Sabtu, 16 April 2011

Nasi Dagang

السلام عليكم
Pagi ni ujan jer kan.. tp ada anak-anak kecil ni, mana boleh nak bangun lewat. Alamatnya, akan bergegarlah rumah, beramuklah suasana. Pagi ni masak cepat sikit, terus untuk lunch.

Yaaa... aku dh pandai buat Nasi Dagang. Jebat pun suka makan. Anak-anak tak kisah, janji ada makanan yang boleh mengenyangkan. Aku plak? mmg paberet nasi dagang ni. Tambah plak gulai ikan tongkol tu. Aku dh 'cop' dulu bahagian kepalanya tu. Nasi Dagang hari ni takde acar timun. Malas dah nk buat. Malas nk keluar ke kedai beli nenas dan timun... ujan tuuuu !!!!

Second time masak... kali ni aku tanak macam masak nasi biasa jer.. bawang2 yg sepatutnya dimayang halus, aku blender plak (sbb anak2 dok memilih keluar segala bawang tu... sakit hati melihatnya...baik aku blender terus, senang...makan pun laju jer...)

Gulai Ikan Tongkol/Kayu yg memang power. Sejak diperkenalkan dengan lauk ni, tak tak pandang menu lain dah.. Gulai yang sememangnya ngam dengan ikan tongkol ni. Makan ngan nasi putih pun sodap.

 Kat sini aku ulang tayang resipi nasi dagang yang aku masak ni... Dan seperti yang diceritakan kat atas tadi, untuk nasinya, kali ni aku buat versi tanak plak. Resipi kat bawah ni, resipi kukus, sukati korang la nk ikut teknik yang mana.

Bahan-bahan
2 cawan beras nasi dagang
Santan cair
Santan pekat
Garam
Bawang merah (dihiris halus)
Bawang putih (dihiris halus)
Halia (dihiris halus)
1 sudu kecil halba

Cara-cara
Beras disatukan. Rendam semalaman atau sekurang2nyer 6 jam. Kemudian turas.
Sediakan periuk kukus. Buat kukusan pertama. Kukus beras sampai setengah masak.Kemudian, gaul dgn santan cair.Santan tu biar dpt basah2 beras tu jer. Kukus lagi sampai nasik masak. Kemudian, gaulkan nasik dgn santan pekat, garam,hirisan bwg, halia dan halba. 
Masak lagi sehingga bawang dan bhn lain layu. Boleh la dihidangkan
 
Ni plak resipi untuk Gulai Ikan Tongkol. Aku mmg dah 'stik' dengan resipi ni. Tak pandang resipi lain dah.. mmg kena dengan tekak kami sekeluarga.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol 500 gm- potong kecil
4 keping asam gelugor(keping)
1 camca besar gula melaka- aku letak sikit jer
1 st garam
1/2 inci halia-hiris
3 ulas bawang putih- diketuk
air secukupnya

**** rebus semua bahan di atas hingga ikan empuk.

Bahan lain:
700 ml santan sederhana pekat
1 batang serai dititik
5-6 biji cili padi- ketuk
1 sudu besar kerisik
garam dan perasa
2 sudu besar cili kisar


Bahan dikisar halus:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sm lengkuas
2 sudu besar ketumbar
15 biji cili padi kampung
1 st jintan putih
2 biji buah keras- ni aku tak letak sbb takde stok

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kerisik. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan 1 cawan air rebusan, santan, ikan, cili padi, asam gelugor , serai, garam dan perasa. Masak  hingga kuah pekat. SIAP



Ok..sampai sini dulu !!!! 

Jumaat, 15 April 2011

Kari Ikan Jenahak

Selamat Sejahtera buat semua !!

Hari ni Jumaat kan..esok Sabtu kan..hehehe... bestnyer kalo ari Jumaat. Sebabnya esok dan lusa dh boleh rilex..hehehe... hari ni masak kari. Si budak toncet ni makin nakal skang ni, dh boleh berjalan, tp saja nk suruh didukung, dikondeng ke hulu hilir. Penat dibuatnya.



Bahan-bahan
* 1 bahagian kepala ikan, aku tambah lagi 2 ketui isi ikan
* serbuk cili kering jenama baba's
* serbuk kari ikan jenama babas
* sedikit serbuk kunyit
* asam jawa
* bendi -
* terung bulat -
* tomato - 2 biji
* daun kari -
* bawang besar - dalam 2 biji
* bawang putih - 5 ulas
* santan - dalam suku cawan jer..tak letak pun takpe
* garam secukup rasa
* secawan air

Cara-cara
1. hiris bawang putih & bawang besar. Panaskan minyak. Minyak dah panas, tumiskan bawang putih, bawang merah, tomato uang dah dipotong2 dan daun kari. Tumis sampai daun kari tu dah agak garing.
2. masukkan bendi dan terung bulat. Tutup periuk / kuali dan biarkan sayuran tadi empuk sedikit, then masukkan sedikit air.
3. bila sayur dah agak empuk, tambah air mengikut banyak mana kuah kari yg anda inginkan. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
4. sementara tunggu kuah mendidih, gaulkan serbuk kari, serbuk cili kering dan serbuk kunyit bersama sedikit air. gaul sebati. bila kuah dah mendidih, masukkan rempah ni. tutup kuali / periuk. dan biarkan sampai kuah dan kari tu masak(sebati), masukkan juga air asam jawa.
5. bila nampah kuah kari tu dah elok sebati dan masaknya, masukkan santan dan kepala ikan, masukkan garam.

Masak bihun ni pagi tadi. So ada lebih banyak, makan jer lah ngan kari ni.. Ok ke? bantai jer lah labu


Ok..sampai sini dulu. Aku nk mengorek biji mata ikan tu...kahkahkah...

Rabu, 13 April 2011

Puyuh Goreng Kunyit

Salam Sejahtera !!

Hari ni masak nasi ler plak...sbb semalam tak masak. So..hari ni masak lauk2 yang teringin dek tekak semua orang kat rumah ni.

Ni aku yang teringin. Dah lama cari puyuh ni..tp kat pasar takde...so jumpa kat kedai supplier barang2 mentah..dan terus sambar.
Untuk resipi puyuh goreng kunyit, boleh tengok sini yer... 

Inilah hidangan untuk hari ini. Puyuh Goreng Kunyit, Tomyam Campur, Daging Masak Merah dan ikan goreng.Ada gak budu...tp takde ulam... (ulam dengan jari telunjuk jer lah....)

Tomyam Campur

Daging Masak Merah

Budu...wallah...my faberet


Ok..sampai sini dulu... (penat ni...nk rehat jap...) http://www.cute-smiley.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...