Ahad, 23 Oktober 2011

Ayam Kalasan Berseri

Salam... bersua lagi kita.
CK mmg suka makan ayam goreng, especially ayam goreng berempah yang dijual bersama nasi kukus. Dalam seminggu, ada la dua tiga kali CK beli nasi kukus tu, sebab teringin nk ratah ayam gorengnya. Cuba juga mintak beli ayamnya, tp tak jual la plak...
Dan..beberapa minggu lepas nampak Madihaa tayang ayam goreng kalasan berseri ni, pastu muncul plak ayam goreng berempah berserdak. Fuhh...teringin sangat nk buat sendiri. Lama gak dok pendam hasrat, hari ni baru berjaya merealisasikannya (bukan takde ayam, tp ayam kat rumah ni selalu buat masak kari, masak merah dll, tak sempat nk buat goreng pun, semalam masa pegi pasar borong beli 2 ekor ayam skali, mmg dah nekad nk buat goreng kalasan ni)


Jutaan terima kasih buat Kak Ummi Kuantan untuk resipi yang super dupper sedap ni. My Jebat pun kata sedap. Boleh buat lauk untuk kenduri katanya. Aku plak suka beno makan serdaknya. Fuh..puas makan. Esok lusa boleh buat lagi.

Resipi ni CK copy dan paste dari rumah Madihaa. Terima kasih!! 

AYAM KALASAN BERSERI
Resepi: Ummi @ Majalah Jelita Mac 2011

Bahan:-
* 4 ketul paha ayam (whole leg) - dibersihkan dan dibuang kulit - kelar sikit
* garam secukup rasa
* 1/3 cawan air
* 1 cawan kelapa parut
* Minyak untuk goreng terendam (deep fry)
Bahan Dikisar Kering:-
* 2 sudu besar biji ketumbar
* 2 sudu besar biji lada putih

Bahan Dikisar Basah:-
* 5 batang serai (diambil bahagian putihnya)
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit hidup
* sedikit air

Cara Memasak:-
1. Campurkan kelapa parut, garam, air, bahan kisar basah dan kisar kering ke dalam kuali. Gaul rata.
2. Masukkan ayam dan rebus ayam sambil dibalikkan hingga ayam masak mesra dan air hampir kering. Angkat ayam dan toskan. Kemudian toskan juga campuran kelapa parut dan rempah-rempah tadi dalam bekas berasingan
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan letakkan ayam ke dalam pinggan yang sesuai.
4. Kemudian goreng pula bahan kelapa parut dan rempah hingga bertukar warna kuning keemasan serta berserbuk rangup (awas jangan sampai hangus). Angkat dan toskan minyak.
5. Taburkan serbuk kelapa tadi ke atas ayam dan rata-ratakan. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Istimewanya ayam kalasan ini tidak menggunakan sebarang bawang merah atau putih kerana biasanya ia akan menghanguskan ayam dan rupanya tidak berseri...tetapi rasanya tetap mantap!


Ermm... puas makan ayam goreng. Esok lusa leh buat nasi kukus dan gulai daging plak. Pastu takyah ler CK nk mengulang pegi beli nasi kukus kat simpang tu lagi. Kalo idak, selang sehari brother jual nasi kukus tu mesti nampak muka CK. Katanya dia bagi special kat CK. hahaha.... (siap tanya dah kawin ke belum...wakahkahkah )


7 ulasan:

Anna Qawina berkata...

aku datang nih, nak kaut serdak tu...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Kerak2 nya tu la yang sedap kan.

blogresipi.com berkata...

Mudahnya nampak bahan bahan ayam ni. Serdak tuh yang best tuh.

Juwita Jamaludin berkata...

Akak memang nampak menyelerakan.. Ada serdak2.. Kena cuba gak ni kak sebab menarik .. Nasi kukus tentu sedap gandingannya tu

Liza berkata...

Salam kak...nmpk serdak2 dia tu pun dh menyelerakan..nnt nk try jugak la, nmpk bhn2 dia pun senang jer...

cik cek berkata...

CK...dapat ratah je ayam ni bestnya....kak cek suka...:D

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

try resepi sy plak CK... harum satu umah... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...