Isnin, 14 Mac 2011

Sambal Belacan Bakar

Hari ni buat resipi pembuka selera iaitu sambal belacan. Tapi ni style kakak aku, versi bakar. Haaa....pernah dengar ke sambal belacan kena bakar??


Bahan utama membuat sambal belacan ni ialah belimbing buluh, selain cili dan belacan. Meh tgk macam mana.

Bahan-bahan
-3 biji cili merah
-15 biji cili padi kampung- boleh lebih atau kurang, bergantung kepada selera pedas masing-masing
-belacan secukupnya- korang agak2 la ye
-6 biji buah belimbing buluh
-sejemput ikan bilis (kira2 dalam 10-15 ekor ler..)
-garam, perasa secukupnya

Cara-cara
-Semua bahan2 diatas dimasukkan kedalam oven, spray sedikit minyak dan bakar hingga kulit belimbing bertukar lebam, dan kulit cili melepuh. (errr...korang faham ker? kalo tak faham, buat2 faham lah yer....Kiranya bakar bahan2 diatas sampai masak)

*Kalo ikut style kakak aku, dia akan letak semua bahan2 tu atas tudung periuk yang disapu sedikit minyak, dan masak atas api dapur sampai cili dan semua bahan2 tu layu. Aku suka kalo kulit cili tu kehitaman sikit...lagi wangi baunya

- Bila semua bahan dh masak, tumbuk bahan2 tadi sampai lumat. Sesuaikan rasa.


Aku suka makan sambal belacan bakar ni dengan nasi goreng. Pergh...tak hengat donia !!!



Kalo rasa sambal belacan tu pedas menyengat, makan ler tembikai..hehehe
http://www.cute-smiley.com

3 corat coret:

Diana @ Melley Mey berkata...

salam...
tengok sambal belacan bakar nie terus lapar.... belimbing buluh lagi tu ada... pasti sedap ... :)

Mas berkata...

kak norma....mas nak ambik semangkuk sambal belacan akak tu...
sedappnya tengok..

ziey berkata...

wah best ni sambal belacan mkan sama hidangan lunch..mai2 kita ckit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...