Jumaat, 30 Julai 2010

Lunch 3 beranak jer

Eeee... tension betul ngan Jebat ni..tiap kali hari Jumaat jer mesti balik lambat.Kalo balik lambat mesti hari Jumaat..ada jer kerja..check tiang sana la, pencawang meletop laa...macam2 lagi..nape mesti hari Jumaat...ni mesti setan beso..sbb tak kasi pegi semayang Jumaat
Aku dh masak macam biasa. Makan tiga beranak jer lah tengahari ni.... tingat plak iklan kapal api, dh masak 'kaw-kaw' tapi laki dok melepak kedai kopi...kahkahkah...

Ayam Goreng Kunyit + sayur campur. Kegemaran Irfan

Sayur Lemak Putih Petola + udang kering + sohon

Sambal ikan jenahak.. (ikan ni ler yang laki aku slalu pancing..sampai muak dh aku nk makan)

Ikan Cencaru Sumbat.




Ceritaku : Sebenarnya macam tak percaya jer Jebat aku ni pergi kerja...sbb dia slalu tipu...tiap2 petang ada jer tali barut dia ngajak pegi memancing... alahai...mana satu nk percaya ni?? tgk yer petang nanti...mesti balik bawak ikan beso. Katanya kawan yang bagi (kawan tu pegi memancing dan dapat tangkap banyak ekor ikan.....) Tadi pun dh call, dia nk bawak balik ikan kerapu seberat 1.5 kg. Aku pun dh plan nk masak sweet & sour campur nenas. Wallah !!!

Roti John Sardin

Slamat Pagi Semua !!!

Hari ni Irfan tak sekolah, sbb demam. Tetiba jer petang semalam dia demam. Lepas maghrib dh bawak g klinik. So hari ni rehat ler sehari...Hanya Along je ke sekolah.

Breakfast pagi ni, buatkan roti john sardin. Minggu lepas masa balik ke Melaka, tak sempat nk beli roti john kat pekan Sungai Udang. Roti John kat sana mmg popular. Sedap ke?? entah ler...boleh makan laa... (tu ikut tekak aku ler..kahkahkah...)

Tak brapa lengkap, takde salad, takde tomato. Hanya ada timun jer. Sume sbb nk cepat, Hang Jebat dh nak cepat pegi kerja.



Ok...aku nk siap 'berkungfu' lagi kat dapur ni? nk masak apa yer?? Kan bagus kalo dh ada senarai menu setiap hari. Takde la gugur rambut aku nk memikir lauk apa setiap hari...ish,ish,ish...

Khamis, 29 Julai 2010

Jus Alpukat

Semalam masa aku ke Giant, nampak buah Avocado, tengah offer, 1 biji = rm1.99. Nk beli sebijik kang berebut plak ngan anak2..last2 beli ler 5 bijik. Tapi aku tak pernah makan avocado ni. Pernah nampak orang buat es teller... itu pun aku tak pernah minum... tapi saja ler gatal nk membeli...

Balik jer umah, aku terus le belah buah ni (sib baik tau cara membelahnya, sbb pernah tgk Chef Wan masak kat tv)Yang aku beli ni avocado dh msak, sbb bila tekan dia lembik. Aku rasa ler sikit...ooo..lemak2 gitu. Tapi tak pulak rasa manisnya.

Nk buat apa bebanyak mcm ni yer? so aku amik ler 2 bijik, dan blender...campur plain yogurt dan gula...Siap....rasanya?? ewekkkk...tak sedap.... so aku frozenkan, buat eskrem. Masa layan drama Gelora di Hati Sara, aku bagi si Along makan, dia kata sedap...so HABIS ler

Yang selebihnya, nk buat apa?? So hari ni asyik keluar masuk rumah Hazila , sebab dia pernah buat jus dari buah avocado ni.

Tadaaaa !!!! Jus Alpukat cubaan pertama aku. Bagi ler Hang Jebat rasa sikit. (aku agak mesti dia geli geleman nk minum jus ni...) tapi lain plak jadinya. Dia kata sedap. Macam rasa air durian belanda pun ada.. Ish...laki aku ni...merepek jer..apa kena mengena jus durian belanda dengan jus avocado.

Ni untuk Along. Campur Coklat Harsley. Dia kata sdap. Habis dia minum. Alhamdulillah...takdelah membazir duit papa diorang beli buah avocado ni.

Jus ni pekat yer...aku ingatkan cair mcm minuman biasa tu.. Sbb tu tak brapa nk boleh masuk tekak aku kot...




Ada sebijik lagi tu. Nk buat apa yer? tadi ada gak cari resepi, orang Mexico buat Guacamole (sejenis sos pencicah) Bantai ler labu...Jap lagi aku buat experiment lagi..hahaha...

Sambal terung pipit & ikan bilis

Salam semua..korang dh lunch ker? kami sekeluarga baru jer selesai. Hari ni aku dok 'melayan' drama online kat internet. Malam Isnin lepas, aku tido awal, so sume citer2 best kat tv takdelah tengok. Hari ni 'qado' balik...kahkahkah...Sampai malas plak nk update blog..

Semalam masa pegi Giant, sempat jugaklah rembat terung pipit ni. Umat manusia dirumah ni mmg tak makan, so aku sorang jer lah yang membedal..

Sebenarnya, masak banyak lauk lain lagi, tp ini jerlah yang sempat di'snap'.

Terujng pipit ni banyak tumbuh kat tepi2 hutan, kat Puncak Jalil ni pun ada...tp ni aku beli tawww...bukan kutip kat utan.. Nk buat sambal ni, senang jer..buat jer macam sambal ikan bilis biasa tu..pas tu campur jer lah ngan terung ni...
Sapa tak pernah makan, cuba lah.. masakan ala kampung...

Budu ni pembuka selera. Makan ngan ikan bakar dan ulam kacang botol & timun. Kat umah ni, sume suka Budu.




OK..sampai sini dulu.... si Ryan yang dalam buai tu dh bergerak2 (tanda dia dh nak bangun ler tu...) Si Irfan plak asyik membukak peti ais jer. (walopun baru lepas makan) ..apa ler yang dia cari tu..air kotak/jajan pastinya...ish,ish,ish....

Rabu, 28 Julai 2010

Mee Goreng Sedap

Salam.... aduhai...seharian membetulkan blog ni..panjang kisahnyer... ni baru jumpa template yang 'bolehlah'. Kalo korang ada cadangan template yang cantik dan cute, bgtau lah yer.. aku dh pening mencari template ni...

Tapi blog list masih belum dimasukkan. So kengkawan sume, jangan marah yer kalo nama blog korang takde dalam list aku ni.. lom sempat la nk buat... esok2 lah yer... Banyak widget yang perlu ditambah/dimasukkan semula. Ni dh nk off pc ni. Seharian bekerja..kang meletop plak.


Malam ni, jamu selera ngan megi goreng segera jenama Sedap. Kami memang suka beli mee goreng ni. Macam2 cara leh makan mee goreng ni. Sapa ada udang, ketam, penyu. atau kambing pun leh makan ngan mee goreng ni...wakahkahkah... Tapi aku goreng telur mata kerbau dan crab stick crackers. Layan jer lah....



Ok...tuan rumah nk mintak diri dulu yer..nk rehat sambil tgk Gelora di Hati Sara !!!

Selasa, 27 Julai 2010

Mee Bandung

Salam...inilah menu makan malam hari ini. Malas plak nk masak nasi. Mood tgh swing ni.. sambil2 tu layan jer lah lagu Ziana Zain ni, Sembilu Kasih (aku mmg minat Ziana Zain ni dr zaman sekolah lagi..)



Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ – 1 cawan gula pasir
3 – 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Cara menghidang:
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.





Cerita hari ini : Letih...memindahkan pc ni ke bawah.. susah ler nk update blog guna laptop tu. Bila dh jenuh menaip, menyusun ayat, tiba2 tupp...padam.. salah tekan key jer..habis sume padam...tension betul..pas tu malas nk berebut laptop dengan Jebat. So baik ler pindah ke bawah..kat atas tu susah sikit sbb si kecik ni tak selesa dok atas..
dan..kat bawah ni, sambil main tenet, boleh jeling2 ke tv, boleh dengar anak2 berkelahi..itu yg penting..supaya diorang tak ber'maharajalela' depan tv..

Isnin, 26 Julai 2010

Oreo Choc

Salam semua... kembali berblogging setelah seminggu berehat. Sebenarnya dh 2 minggu aku demam, dan 3 kali pergi klinik. Tapi lepas makan jer ubat, baik kejap, lepas tu demam lagi...berlarutan sampai 2 minggu. So kami pun baliklah Melaka, berubat cara kampung plak. Dan alhamdulillah, dh semakin ok.. (ni yg boleh update blog ni...)

Projek celekat ni aku buat masa time demam ari tuh. Kalo korang nk pun, masih ada lagi. Anak2 aku dh jemu dengan coklat ni. Haaaa...padan muka. Hari tu sebelum mama pegi belajar coklat, asyik nk makan coklat jer, tapi bila coklat dah melambak kat rumah, sampai dh tak lalu makan...

Ni guna coklat compound, jenama Bery's, aku beli kat Yummies Bakery minggu lepas. 1 kg=rm11.40.



Ni Oreo Choc, sbb ada biskut Oreo kat dalam tu. Trend sekarang.

yang ni plak ada inti almond gajus didalamnya. Aku lebih suka yang ini.

Taraaa !!! untuk anak2. Lolichoc.


Dan macam biasa, bila dh berdua jer kat rumah, ada le sorang yang jadi tukang sibuk. Dan dialah jugak yang jadi tukang rasa.

Beria-ia nak makan. Kesian la plak. So bagi sikit. Makan pun gelojoh, habis comot muka.

Dah bagi sikit,rasa sedap, mintak lagi... Sedap gamaknya, sampai kembang idong !!

Last2 nak pegang sendiri. Amik la anak oiii.. Lepas ni kita mandi


Semalam, aku bawak ler coklat ni pegi umah mak mertua aku, nk bagi ler dia rasa sikit. Tapi lain plak jadinya. Orang tua tu siap order untuk hari raya. Nak 50 biji oreo choc. Alamak..macam mana ni? aku bukannya reti nk menjual. Bila ditanya pada kengkawan yang menjual coklat, oreo choc ni berharga rm1.50 sebijik. Mak oiii...mahalnya, takkan aku nk letak harga mcm tu kat MIL aku. Orang tua tu plak satu hal, kalo kita bagi free, dia taknk, mesti nk membeli, katanya nk support bisnes menantu....kahkahkah..lepas ni nk rekomen kat kengkawan/jiran dia plak? .SO AMACAM? Aku nk letak harga rm0.80 jer lah...ok tak???

Isnin, 19 Julai 2010

Lemak Cili Padi Ikan Merah

Hari Isnin, memulakan tugas macam biasa. Tinggal berdua ngan Ryan sampai pukul 12.30. Lepas tu sorang demi sorang akan balik, dan rumah akan kecoh semula.
Semalam badan macam tak brapa sihat. Tapi lepas telan panadol dan ubat selsema, badan dh kembali ok.

Boring plak bila hari2 kena masak. Agaknya inilah yang mak aku rasa dulu. Tapi walau apapun yang mak aku masak, tekak aku sume rasa sedap. Berpinggan-pinggan nasi aku tambah, sampai ler badan jadi tembun.

Takde idea nk masak apa? takkan kari lagi kot.. sup dh jemu, last2 buat jer lah masak lemak cili api, faberet Hang Jebat aku tuh. Dia mmg la suka lauk cenggini, tp anak2 tak boleh makan, pedas !!!

Sume orang pandai wat masak lemak cili api kan. Ni versi ori negeri sembilan. No bawang-bawang. No serai...Kali ni aku rencahkan dengan kubis jeruk. Siap satu lauk.

Takde ayam memang tak sah. Sekurang-kurangnya mesti ayam goreng. Hari ni buat sambal ayam plak. Nama jer sambal, tp tak brapa pedas, sbb aku buang semua biji cili kering tu. Irfan dan along memang suka lauk sambal macam ni.

Sup tauhu jepun ngan sayur campur. Aneka macam ada kat dalam tu.Pilih jer yang sesuai dengan tekak masing2.





Cerita hari ini : Mood tak brapa bagus la. Entah laa. Macam nk makan orang pun ada...hehehe...

Ahad, 18 Julai 2010

Spicy Soupy Noodle

Hari2 makan nasi pun boring gak kan. Hari ni aku masak sup la plak. Masak yang ringkas jer sbb jap lagi aku nk pegi kelas masakan. Laki aku dipaksa amik cuti hari Ahad ni sbb aku nk pegi kelas masakan tu. Takkan nk ikut kerja dia jer kan....kalo tak boleh, kang aku komlen kat persatuan sekerja kang !!

Buat chinese style. Resipi ni aku dapat kat Asean Food Channel(703). First trial ni. Kalo nk makan sedap, kenalah rajin sikit kan.

Sepatutnya guna mee kuning, tp aku gantikan jer dengan bihun kaler kuning..wakahkahkah... layan jer lah. Ops..tersilap, takleh letak limau rupanya. Rasanya dh lain. Aku saja la letak limau tu, konon nk cantik ler..

Inilah penyedap fishball noodle ni, sambalnya. Takkan makan ngan sambal kicap tawww...lain rasanya...tu dah jadi jawa chinese noodle plak. Sambal ni menggunakan udang kering dan udang geragau. Memang best lah..

Masakan ni sepatutnya takleh letak kuah melimpah ruah macam aku buat tu. Kuahnya sepatutnya cukup2 jer melitupi mee tu, sbb kalo banyak sambal udang tu tak terasa la plak.




Sabtu, 17 Julai 2010

Tart Gulung Blueberry & Strawberry

Salam.... semalam line internet buat hal kat Puncak Jalil ni. Lepas hujan/kilat waktu petang, langsung tak dapat internet sampai la ke pagi tadi.

Ni projek aku pagi tadi, lepas siap sume juadah untuk lunch, aku buat plak sekut ni. Opsss...biskut ni aku buat 2 kali bancuhannya..Sebab tok gurunya lain2.



Terima kasih kepada Kak Yatie yang tak lokek berkongsi tip dan resipi. Baik kak yatie ni bgtau aku kat mana nk beli jem blueberry tu. Walaupun dia menerima tempahan biskut raya, tapi tak lokek berkongsi maklumat. Idak macam setengah orang tu.

TART GULUNG
Sumbangan : Kak Ita dari RNET

BAHAN A
250gm butter
2 st gula kastor
2 biji kuning telur
2 st esen vanilla (aku gantikan dengan blueberry esen)
*pewarna ungu

BAHAN B
200gm tepung jagung
180gm tepung gandum

CARA-CARA:
1. Sebatikan semua bahan A
2. Masukkan bahan B & sebatikan menjadi doh yang lembut
3. Masukkan ke dalam acuan tart gulung & bentukkan & letak inti di dalam.
4. Bakar 25 minit.



Ni plak tart strawberry gulung.Yang ini aku guna resipi dari Kak Hanieliza. Mmg best.. Untuk kedua2 resipi ni, aku tak gliskan dengan telur. Cuma paipkan coklat putih untuk memberi kelainan.



Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla (aku gantikan dengan strawberry esen dan strawberry emulco)
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
*pewarna merah

Cara
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem strawberry sebesar biji kurma.
7. Letakkan jem strawberry diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.




Ok... ada sesiapa nak menempah untuk raya? 50 biji = rm 15.00 . Ada brani?? hahaha...

Jumaat, 16 Julai 2010

Kari Kepala Jenahak...edisi ulang tayang

Alahai..janganlah muak tgk lauk kari kepala ikan ni yer.. hehehe..mungkin ada yang berpendapat kalo selalu makan kepala ikan dapat penyakit mudah lupa. Agh..lantak ler..aku dah tak study. Nk amik master/PHD pun tak mungkin kot.. so takde masalah makan kepala ikan ni (lainlah dulu masa study aku mmg tak sentuh kepala ikan, brangan dalam spt hati, limpa, paru, dll.)


Inilah deretan lauk untuk hari ini...hehehe...aku dh biasa masak bermacam2 jenis lauk cenggini. Semua ni boleh disiapkan dalam masa sejam jer..

Resipi kari kepala ikan. Amik dr blog kak Hanieliza

Bahan-Bahan:
1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan]
2 bungkus serbuk kari [bancuh ngan sikit air]
5 biji bendi
3 biji cili hijau
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam

Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 inci halia ]
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih..atau roti biasa/canai.



Sambal tempe. Lama plak tak buat sambal cenggini.


Kerabu Kacang Botol

Resipi kerabu kacang botol amik dr blog Mamasha.

Bahan
10 btg kacang botor - potong tipis
1 ekor ikan kembong rebus/bakar-ambil isi dan tumbuk
1/ 2 cawan kelapa digoreng hingga kuning dan tumbuk kasar
4 ulas bawang kecil @ 1/2 labu bawang besar-dimayamg halus
2 biji cili merah dibuang biji dan potong tipis
sedikit bunga kantan - tak letak pun tak apa
1 biji limau nipis - utk perah/sedikit cuka makan
garam,sedikit lada sulah dan gula secukup rasa.

Cara-cara
Campurkan semua bahan dan kacau rata.



Ayam Goreng Kunyit jer...


Sayur kangkung tumis air


Ulam kacang botol dan timun


Sambal tempoyak...sessi ulang tayang lagi...hehehe...


Ok...sampai sini dulu yer...

Khamis, 15 Julai 2010

Gulai Tempoyak Ikan Patin Buah

Salam...senangnya hati bila stok tempoyak kembali penuh kat rumah ni. Dan hari ini masak gulai tempoyak ler.. Korang makan tak? mungkin sesetengah orang tak biasa makan tempoyak atau ikan darat ni, tapi aku semua leh belasah.

Mula2 dulu aku memang tak tau masak/makan gulai tempoyak. Hinggalah satu hari aku tengok Siti Nurhaliza masak gulai tempoyak kat tv. Sedap plak. Aku pun cuba resipi sebijik sebijan macam dia buat tu. Dan hasilnya..wallah...sedap ko.

Lepas tu aku mmg stick dengan resipi diva pop yang sorang ni. Laki aku pun suka makan gulai tempoyak, dan masakan hari ini pun request dari dia.

Aku guna ikan patin buah. Hasil dari kolam sendiri. Kami memang bela patin untuk makan sendiri. Tak pernah jual pun, sebabnya tak sanggup nk makan patin yang beli kat pasar tu. Dia punya makan lebih kurang keli jer..




Patin yang sedang disiang. Ada la dalam berat sekilo. Patin bela sendiri,jenis Patin Buah, takde lah hanyir dan lemak tepu pun kurang. Isinya manis jer.. (bila masak ler..sapa plak nk rasa mentah2)






Korang tengok tak citer malam minggu lepas kat tv3, Ratu Cinta?? haaa..disebabkan citer tu ler aku teringin nak makan gulai tempoyak ni.


Nk resipi? sini jer...

Bahan-bahan
1 ekor ikan patin, dicuci bersih dan dipotong
- 3 ulas bawang kecil*
-15 biji cili padi * (ni versi pedas)
-1 inci kunyit hidup*
bahan2 * ditumbuk halus
-1 batang serai-diketuk
-1-2 keping asam keping
-1 cawan tempoyak (kalo tempoyak masam, tak payah letak asam keping)
-segenggam daun kesom
-1 batang bunga kantan-dipotong 4
-1 biji timun ladang/coklat -dikikis kulitnya dan dibuang empulur dalamnya - dipotong baji
-air secukupnya
-garam,perasa

Cara-cara
Bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam periuk bersama serai diketuk, bunga kantan, tempoyak, dan air.
Biar mendidih sebentar agar cili masak (nanti masih ada bau cili padi..tak sedap)
Tambah air dan biar mendidih lagi.
Bolehlah dimasukkan ikan. Kalo kurang masam, boleh tambah asam keping.
Masukkan timun dan biar mendidih lagi.
Tambah daun kesum dan masukkan garam dan perasa.
Biar seketika dan bolehlah diangkat. Siap..

Cubalah...pasti tak menyesal dan hirup kuah tu sampai ke titisan yang terakhir..

Lauk sampingan hari ini, untuk anak2. Ayam Masak Kicap wif kentang.


Ok...sampai sini dulu. Nk makan nasi ler plak..tak tahan ngan penangan gulai tempoyak ni. Masa masak tu, semerbak bau. Sib baik jiran2 bukan orang Melayu...lantak ler korang...

Mee Goreng Mamak

Slamat pagi semua.. apa khabar pagi ni? dh breakfast ker?? ni breakfast kami sekeluarga. Buat sebungkus. Habis licin semuanya. Along dan Irfan bawak bekal ke sekolah.


Resipi ni dapat dari SriKasih Sesekali mencuba kelainan, apa salahnyer kan.

Bahan-bahannya:
# 1 bungkus mi kuning (untuk empat orang makan)
# 1/2 cawan kerang rebus
# 1/2 cawan udang sederhana, buang kepala
# 2 biji telur, pukul sedikit
# 3 tangkai sawi, potong 2 inci
# 2 cawan tauge, bersihkan
# 1 cawan kucai (potong mengikut kreativiti anda untuk menghias)
# 1 biji cili merah, hiris nipis
# 1 keping tahu, kiub dan goreng
# 2 sudu besar cili boh (cili boh untuk mi goreng mamak berbeza dengan gorengan biasa kerana dicampur dengan belacan dan hendaklah dibakar sebelum ditumbuk bersama bahan lain dan digaul bersama cili boh berkenaan)
# 1 kiub perisa
# 3 sudu besar sos tomato
# 3 sudu besar serbuk kacang sate atau pecal
# Kicap manis
# Garam secukup rasa
# 3 biji telur rebus
# Bawang goreng
# Limau kasturi
# Daun sup dan daun bawang

Bahan tumbuk:
# 3 ulas bawang putih
# 3 ulas bawang merah
# 2 batang serai

Cara membuatnya:
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili boh dan kiub perisa, goreng sebentar.
2. Kemudian masukkan udang dan mee. kacau lagi. Masukkan telur, kerang, kicap dan sos tomato. Kacau lagi kemudian masukkan sawi, kucai, tauhu serbuk kacang, cili.
3. Akhir sekali masukkan tauge. Jika kurang masin boleh tambahkan garam atau kicap masin.
4. Angkat dan letakkan ke dalam mangkuk atau pinggan besar. Hiaskan dengan bawang goreng, telur rebus, hirisan limau kasturi, daun sup dan daun bawang.



Ok...nk kemas rumah, nk masak, nk mandikan si toncet, .nak buat itu ini...ooo..banyaknyer kerja..

Rabu, 14 Julai 2010

Punch Nenas

Korang dh dinner ker? makan apa ek?? ni pembasah tekak lepas dinner.. Punch Nenas. Resipi ni amik kat umah Hana. Korang pegi ler skodeng respi kat umah mek tu yer..malas aku nk taip lebih2. Nk layan citer Gelora di Hati Sara ni..


Guna nenas sarawak yang beli ari tuh kat Semenyih. Memang manis, tak payah letak gula pun takpe.





Ok..bye..Slamat Malam....

Rendang Pindang (Ayam)

Salam... hari ni macam sihat sikit..(actually masih tak brapa ok, cuma kena kuatkan badan gak..pagi tadi terpaksa tolong jebat buat pembenihan ikan keli sekali lagi..sbb stok hari tu tak cukup. Boleh dapat dalam 50-60 ribu jer..itu hanya untuk 1 kolam jer..belum campur ngan nk jual benih keli lagi...nyampah!! )

Hari ni macam teringin jer nk makan rendang ayam. Raya lambat lagi, jadi buat ler sikit. Sume bahan dh ada. So on jer projek merendang.



Bahannya
* Ayam di belah/bersikan-toskan airnya
* 5 batang serai*
* 6 ulas bwg merah*
* 6 ulas bwg putih*
* 1 inci halia*
* 1/2 inci lengkuas*
* 1/2 inci kunyit hidup*
* 4 biji cili api* - sy letak 1 biji +2 biji cili merah
* 1 cawan santan
* 2 keping asam keping
* Beberapa helai daun limau
* Garam, gula, perasa
* 5 sdb minyak

Cara2:
Kisar semua bhn yg betanda *
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing
Masukan santan dan kacau
Terus masukan ayam yg telah di tos tadi gaul sebati
Masukan asam keping grm, gula, perasa, daun limau
Masak hingga kuah pekat



Ok.... nk turun bawah balik ler... si Ryan tgh tido tu.. nk sambung masak sikit lagi. Mana cukup kalo rendang ayam jer kan. Kang ada plak elaun yang kena tarik...ooo...tak mooo !!!


Selasa, 13 Julai 2010

Donut Suria

Slamat petang... hari ni kami makan donut plak. Ramai kengkawan dh cuba donut ni, aku jer yang ketinggalan jet pejuang. Dan semalam bila Irfan cakap nk makan donut, hari ni terus ler aku buatkan. Kata Hang Jebat, kalo Irfan mintak nk makan jer mesti mama buatkan. Eleh..ayat dengki la tu...



Bahan A
3 cawan tepung
3 s/b susu tepung
3 s/b shortening
3 s/b gula pasir halus

Bahan B*
210 ml air suam
2 s/k instant yeast..

Bahan C
minyak untuk gorengan
1 s/b majerin
gula kastor

Cara:
1. Masukkan air dan semua bahan kecuali butter dan shortening dalam Bread Machine atau mesin penguli.
2. Ulikan pada setting 'Dough' atau sehingga doh kental.
3. Masukkan butter dan shortening dan uli lagi sehingga kental.
4. Keluarkan doh dan canaikan untuk adunan donut. Peramkan sekejap.
5. Panaskan minyak dan majerin dan gorengkan sehingga warna kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan minyak.
7. Golekkan dalam gula kastor dan hidangkan.


isi dalam donut ni gebu dan lembut jer

Donut yang sedang digoreng...awas nanti itam...

Jom minum petang ngan Donut !!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...