Salam semua !!!
Hari ni, tanggal 1.2.2010 (sempena hari wilayah) telah genap 12 tahun usia perkahwinan kami. Pelbagai dugaan dan halangan, pahit dan manis kehidupan dilalui bersama. Aku sungguh bahagia dan bertuah !!

Perkenalan kami bermula seawal bulan Ogos 1997, iaitu sebaik sahaja aku memasuki tahun ke 2 pengajian di Universiti Malaya. Perkenalan kami tidak dirancang. Seorang rakan tempat kerja Hang Jebat memberikan nombor telefon aku. Lalu dia pun saja2 lah call. Respon pun baik, mungkin sebab hari tu, aku tak pegi kelas, aku pun melayan ler....sembang punya sembang, ayat punya ayat, melekat lah plak... rasa macam boleh ngam plak. Lepas hari tu, tiap2 hari dia call, sebelum pegi kerja, tengah kerja, balik kerja, sebelum tido dan lain2. Lepas 2 minggu baru kami dating. Janji jumpa kat bus stop depan central market. Masa tu ada stesyen minyak shell kat depan tu.
Hari tu, hari Jumaat, dalam pukul 11. pagi. Dh dekat sejam aku tunggu, tp bayang pun takde. Aku mmg tak kenal hang Jebat, tp kami saling bagi hint sesama sendiri. Masa tu aku pakai skirt hitam labuh dengan baju hitam, kasut tumit tinggi.
Aku dh frust, dh dekat nk balik dh... tetiba ada sorang mamat tinggi lampai kulit hitam manis datang bagi salam kat aku. Dia memperkenalkan diri. Oooo...inilah mamat tnb tu yer... kemudian, kami pun dating...dia ajak aku pegi bukit bintang...bukan naik teksi/moto/kete, tapi jalan kaki tau. Aduh laaaa....dah la aku pakai kasut tumit tinggi 2 inci, di ajaknya plak aku jalan kaki. Naik lebam dan melecet kaki aku, tp demi pakwe punya pasal, aku tahan gak ler sakit tu.
Dia belanja aku makan KFC, cewah...makan pun tak abis, tak lalu la konon. Tp kalo skang ni tulang ayam KFC tu pun dia gigit...wakahkahkahkah....dan lepas tu pegi tengok citer Speed 2.
Sejak hari tu, kami slalu pegi dating. Boleh dikatakan tiap hari. Ada sekali tu dia pegi outstation ke Terengganu, seminggu. Bila balik dia belikan aku sutera Terengganu yang halus mulus tu..bestnyer!!!!
Akhirnya, bila dh asyik dating ke sana ke mari, result exam aku pun hampeh, terpaksa lah tambah satu semester lagi. Hang Jebat plak dh melamar aku, ajak aku bertunang. Tanpa fikir panjang, aku pun setuju. Apa nk fikir lagi, dh dapat mamat loaded, rugi kalo aku lepas.
(Ni gambar masa aku bertunang. Dia hanto kek 2 tingkat kat aku...sedap tau kek ni !!! )
Dan pada 12 Oktober 1997, kami pun mengikat tali pertunangan. 3 bulan kemudian, 1.2.1998, kami pun kahwin. Masa tu hantaran aku murah jer, rm5 ribu. Tamat ler kisah dating kami. Aku pun tumpu pada study dan alhamdulillah dapat grad dengan cemerlang !!!
Tapi lepas tu aku tak pulak ada keinginan nk kerja mcm kawan2 aku yang lain. Berkerjaya dan berpangkat besar. Aku lebih suka jadi surirumah sepenuh masa. Dia pun tak suruh aku kerja. Siap bagi elaun dok umah lagi. Pas tu duit hasil umah sewa pun masuk dalam poket aku jugak. Apa nk fikir lagi. Dapat dekat rm2k sebulan. Baik aku dok umah.
*************************************
Hari ni, sempena ulang tahun perkahwinan kami ke 12, dia hadiahkan aku pc terbaru Windows 7, flat scree 19 inci. Thanks abang. Best sangat dapat pc baru ni. Cepat jer nk suft internet. Tekan terus dapat. Idak ler mcm pc kokak ari tuh...he,he.... (aku mintak laptop untuk senang aku main tenet masa kat spital nanti, tp dia belikan pc la plak..tp yg best flat screen...takpelah... abang kata nanti dia belikan laptop plak untuk bawak g spital...yer ker?? )
Aku plak hadiah kan dia dengan benda ni. Masa g beli benda ni, aku pegi dengan anak2, dh siap pesan jangan bgtau papa kita pegi mana. Tapi si kecik (Irfan) tu tak boleh simpan rahsia. Bila papa dia balik jer, dia cepat2 dh bagitau. "Tadi mama pegi beli hadiah kat papa !! " ces, tak makan saman punya budak !!!

Inilah benda yang dalam kotak tu.Hp sony ericsson model terbaru. Murah jer.. tak setimpal dengan pengorbanan dia selama hari ini. Ini jer yang aku mampu. Harap abang sudi terima. (cadang nk beli hp Nokia, tp aku tengok Nokia tu tak brapa cantik, yg ni ada ler cantik sikit. Lagipun abang lom pernah pakai hp yang jenis tolak2 mcm ni, tp yang penting ada kamera dengan gambar yg cantik..itu yg penting..selain 3G, internet, GPS, MP3 dan lain2 benda kejadah.)
Buat suamiku tersayang, terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. Bersabar dengan kerenah aku dan anak2. Semoga kita akan terus kekal bahagia ke akhir hayat.
Oklah...setakat ini dulu citer hari ini. Harap korang tak termuntah plak membacanyer..wakahkahkah...!!!!