Khamis, 23 Disember 2010

Wantan Mee Kicap :)

Yuhuuu... hari ni langit suram jer. Tapi tak ujan. Sejuk..macam kat obersea la plak (tp kat obersea kan salji...huh..mesti aku semput giler kalo ada kat sana yer,) Ok..hari ni makan wantan mee kicap yer..my faberet. Kalo g chinese restoren, mesti order yang ni. Tapi kali ni versi buat kat rumah yer...


 BAHAN UTK MEE :
* Sepeket mee wantan (3pcs/pack) - rebus dan tos kemudian celur dalam air sejuk
* 5 sudu kicap pekat
* 5 sudu minyak bijan
* 3 sudu serbuk lada sulah/ lada putih
  
BAHAN UNTUK SUP:
*1 cawan ikan bilis tamban
*1 kiub ikan bilis megi
*3 ulas bawang putih-diketuk
*sedikit serbuk lada sulah
*fishball secukupnya
*minyak untuk menumis


BAHAN UNTUK HIASAN:
* Small Pak Choy - rebus
* Black Fungus - rendam sehingga kembang - potong halus
* Kulit wantan - potong anggaran 5x5cm, goreng garing
* Ayam digoreng garing - ketukkan
* Daun sup & daun bawang dicincang

Cara-cara

1. Tuangkan kicap, minyak bijan dan lada sulah kedalam bekas. Kemudian masukkan mee yang telah ditos dan digaul rata.
2. Untuk sup : Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan lada sulah. Masukkan air bersama ikan blis dan kiub ikan bilis. Biar hingga mendidih. Kalau kurang masin, boleh tambah garam. Masukkan skali fishball. Siap


CARA MENGHIAS MEE WANTAN:
5. Masukkan mee kedalam pinggan dan susun sayur pak choy, black fungus, kulit wantan goreng dan ayam.
6. Curahkan sup panas keatas hidangan dan tabur dengan daun sup/daun bawang. Sedap juga kalau ditambah cili jeruk!
7. Taraaa! siap untuk di makan...!


OK... Slamat Menjamu Mata. Kalau nk rasa betul2, jemputlah datang rumah..tp inform awal2 yer..sbb nk pegi kedai ler beli barang... kalo tak, nanti dapat makan sekut kering jer lah... hehehe... :)

1 corat coret:

Subhie Arun berkata...

wow..sedapnya..lapar aku...tengok gambar....

frst time visiting this space...lov all ur recipes....glad to follow u

http://subhieskitchen.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...