Sabtu, 4 Disember 2010

Sambal Tumis Hati Lembu

Salam Sabtu buat semua yang sudi mengunjungi blog masakan ni.. hari ni macam teringin jer nk makan sambal tumis..check esbox jap..tp ikan bilis takde.. alahai.. terus down mood nk makan sambal tumis ikan bilis.. check lagi dalam freezer- ada sotong, udang, ikan, ayam dan segala jenis daging dan barang dalamnyer..emmmm..nk masak apa yer??


Akhirnya masak jer la yang ni. Hati Lembu. Caranya? macam masak sambal tumis biasa tu jugak.Meh akak tunjukkan barang2nya.

Bahan2
500gm hati lembu-dibersihkan dan dipotong kecil- jangan potong nipis yer..kang liat
2 senduk pes cili kering*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
sedikit belacan-jika suka*
air asam jawa* (semua bahan2 * diblender bersama hingga halus)
minyak masak

Cara-cara
1.Tumis bahan2 yang diblender tadi sampai naik minyak, garing.
2.Masukkan hati lembu tadi. Gaul rata dengan bahan tumis. Boleh tambah sedikit air, tp jangan banyak sangat, nanti keras.
3.Tambah garam dan serbuk perasa. Kacau dan SIAP.

TIPS: Hati lembu ni, kalau dimasak terlalu lama, ia akan liat/keras. Oleh itu, masa masak tu tengok jika air dalam hati tu dh keluar, tandanya ia dh masak, boleh tutup api. Tak perlu rebus terlalu lama, kalo idak nanti macam selipar jepun ler jawabnya...


Ok..nak sambung masak lagi...ada entri lauk lagi lepas ni...so TUNGGU !!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...