Jumaat, 24 Disember 2010

Apam Polka Dot

Salam Jumaat. Hari ini tak masak nasik lagik...hehehe...coz Jebat balik petang. Malas ler nk masak beria2, petang nanti jer masak untuk dinner. Senang kan!!
So..merajinkan diri masuk dapur dan buat kuih. Dah lama berhajat nk buat apam polka dot ni. Geram tengok hasil kengkawan kat FB dan blog. So hari ni aku buat ler..


Resipi disalin dari umah Wanieyra (tak tau ler sapa tuan punya asal respi ni) Apapun terima kasih kerana sudi berkongsi respi di alam maya ni. 

Bahan-bahan
* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus
* 150gm susu segar / susu cair / susu full cream / santan
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* Filling secukupnya (aku letak inti kelapa)
* Pewarna ikut suka

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Letak inti kelapa secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana jer...

Ada gak beberapa bijik apam yang tersengih macam kerang busyuk. Apasal ek? terlebih pukul ke? ada sesiapa boleh bantu. (yg tersengih tu aku dh bagi anak2 aku makan...hehehe)

6 corat coret:

Mas berkata...

cantiknya apam tu...warna warna...mesti sedapp kan kak..

Noorma Ismail berkata...

Mas- ni pun tak brapa cantik, setakat boleh makan jer.. tp anak2 kat sedap. Ni letak inti kelapa jer..sbb ari tu dh pernah buat inti bluberi fiiling- tak brapa laku

indahhouse berkata...

salam kak noorma,
Dah lama saya nak buat, tapi dok lam list. hihihi.. bagi saya, apam ni comey... macam tolo dinasour. kihkih. yang ada filling tu yang buat lagi berselera nak makan. teringin nak filling inti nenas. mesti sedap tuh!

Lizahanum berkata...

Salam noorma,
Cantiknya apam polka dot tu...cam sayang je nak makannya.............tul cam inah ckp tu,mcm telo dinosourjer....hehehe

atOn berkata...

alahai..comel nye apam tu... =) hehe~

Mas Leenda berkata...

utk elak dari tersengih tu kne kcilkn ckit apinye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...