Sabtu, 21 Ogos 2010

Popia Goreng Sedap

Tiap kali ada party/open house, mesti buat popia goreng. Ini jer yang senang. Kalo tak buat, mesti tetamu tanya (jiran2 aku ler..) Ada yang cakap, sos cilinya sedap, dan ada pula cakap inti popianyer special. Entah ler...

Kali ni buat popia goreng special plak untuk berbuka. Kalo karipap special ada telur rebus kat dalamnya, popia special plak ada crabstik kat dalamnya. Mencari kelainan..

Inilah bahan2 untuk membuat popia goreng special ni.

Bahan-bahan
-kulit popia secukupnya
-sengkuang-diparut halus
-taugeh
-karot-disagat halus
-udang kering-disangai dan ditumbuk halus
-kacang tanah goreng-tumbuk halus
-bawang goreng
-gula, garam,perasa

Cara-cara
-sengkuang, taugeh, dan karot di celur sebentar. Perah sedikit untuk keluarkan airnya (ni untuk elakkan popia cepat lembik/lemau bila dh masak. Kalo diperah keluarkan airnya, popia akan kekal rangup dan garing dalam tempoh 2-3 jam...insyaalah...)
-Campurkan semua bahan2 lain, dan siap.

-Letak sedikit inti popia di atas kulit popia. Letakkan crab stik.
-Gulung popia tadi
-Gamkan dengan kuning telur
-Siap dan bolehlah digoreng.

Untuk sos popia
>3 sudu besar cili kering kisar
>1 ulas bawang putih
>1 sudu besar gula
>1 sudu besar gula perang/merah
>1 sudu kecil cuka
>1 sudu kecil sos ikan
>sedikit garam
>tepung jagung-dibancuh dengan sedikit air
>bijan dan kacang tanah tumbuk* untuk ditabur di atas kuah

Cara-cara
Kisar semua bahan2 kecuali bahan *
Rasakan garam dan gulanya
Panaskan sekejap di atas api
Tambah tepung jagung untuk pekatkan kuah
Akhir sekali, bolehlah ditabur dengan bijan dan kacang tanah.


Inilah dia rupa isi perut popia ni. Enak dimakan panas2.

4 corat coret:

Yat Maria berkata...

Salam Norrma, memang nampak sedap pun popiah tu..boleh Yat try nanti.. sos dia pun nampak sodappp :) Yat amik resepi ya? thanks

Ayu berkata...

salam noorma,
boleh masuk list popia goreng sedap ni!..bila2 bolehlah cuba..akak minta izin ambil resipinya ya..thanks for sharing..hubby dah ok dah?..

Noorma Ismail berkata...

Resipi kat sini semua untuk dikongsi bersama...tp kalo tak sedap jangan marah yer.. SLamat Mencuba !!

cikmar berkata...

ptg td goreng popia otak2 segera yg org bagi...hehe. dptla elak kempunan kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...