Salam.... semalam line internet buat hal kat Puncak Jalil ni. Lepas hujan/kilat waktu petang, langsung tak dapat internet sampai la ke pagi tadi.
Ni projek aku pagi tadi, lepas siap sume juadah untuk lunch, aku buat plak sekut ni. Opsss...biskut ni aku buat 2 kali bancuhannya..Sebab tok gurunya lain2.
Ni projek aku pagi tadi, lepas siap sume juadah untuk lunch, aku buat plak sekut ni. Opsss...biskut ni aku buat 2 kali bancuhannya..Sebab tok gurunya lain2.
Terima kasih kepada Kak Yatie yang tak lokek berkongsi tip dan resipi. Baik kak yatie ni bgtau aku kat mana nk beli jem blueberry tu. Walaupun dia menerima tempahan biskut raya, tapi tak lokek berkongsi maklumat. Idak macam setengah orang tu.
TART GULUNG
Sumbangan : Kak Ita dari RNET
BAHAN A
250gm butter
2 st gula kastor
2 biji kuning telur
2 st esen vanilla (aku gantikan dengan blueberry esen)
*pewarna ungu
BAHAN B
200gm tepung jagung
180gm tepung gandum
CARA-CARA:
1. Sebatikan semua bahan A
2. Masukkan bahan B & sebatikan menjadi doh yang lembut
3. Masukkan ke dalam acuan tart gulung & bentukkan & letak inti di dalam.
4. Bakar 25 minit.
Ni plak tart strawberry gulung.Yang ini aku guna resipi dari Kak Hanieliza. Mmg best.. Untuk kedua2 resipi ni, aku tak gliskan dengan telur. Cuma paipkan coklat putih untuk memberi kelainan.
Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla (aku gantikan dengan strawberry esen dan strawberry emulco)
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
*pewarna merah
Cara
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem strawberry sebesar biji kurma.
7. Letakkan jem strawberry diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Ok... ada sesiapa nak menempah untuk raya? 50 biji = rm 15.00 . Ada brani?? hahaha...
Salam Noorma, kat mana nak beli Blueberry n strawberry jam? Tk.
BalasPadamSiti.
Siti- inti strawberry dan bluebery tu boleh beli kat kedai bakery, harga rm8.50 sekilogram (ni harga kat Yen Bakery) tp kat kedai lain mungkin berbeza harganya. Cari kat tempat jem nenas tu yer..jangan beli yang dalam freeze tu..itu untuk cheese tart.
BalasPadamSalam Kak Noorma,
BalasPadamAmvooiiii awalnye buat kuih raya. Pose pon tak lagi ni. hehehe... :)
noorma kalau dekat2 tempah je dgn noorma hehehe..lemah betul bab2 buat biskut tart ni...
BalasPadamSalam Norma
BalasPadamKalau 50bj - $15 murah sesangat ler..nak jer tempah..hehehe
leh hantar area mane?
BalasPadamsaye area ipoh... harga mcm mne?
BalasPadamsaya kat Sri Kembangan... kalo ke ipoh tu kena curier la.. tp idk ler hancor kuihnyer??
BalasPadamharga: rm 20 = 50 biji
sorry, baru perasan ade balas email...
BalasPadamrasenye hanco la kalau hantar pakai pos, saye pernah hantar biskut pakai pos laju, sampai2 kat penerima, jadi hancor serbuk je..
huhu x dapat la nk merase tart blueberry tu
fuhh mengancam sunggoh tart bluebery tuh..kemaih je gulungnya..
BalasPadamkak...kalo nk order leh? tart strawbery....
BalasPadamboleh aje, tempahan dibuka sepanjang tahun, tak kira raya cina, depavali, krismas...boleh call akak 017-3617857
BalasPadamMengiurkan la nengok tart tu....
BalasPadamawat i try tart blueberi xjadi. huhu sume mmg dah betul ikut sukatan tau. bile masak tart tu xnk keras. lembik je macam belum masak. padahal dah masuk oven lbey 30 min. suhu oven n oven sume oke. xtaula nape. sdeyh wooo Y>Y
BalasPadamKak kalau tat yg bentuk strawberi tu nak buat bentuknya macam mana
BalasPadam@ayip sama jer...tu tart tertutup...memula ambik secubit doh, leperkan sikit dan letak inti, kemudian tutup semula... lepas tu bulat-bulatkan sikit dan kemudian bujurkan mengikut bentuk yang disukai -bentuk stoberi ler... kemudian, ambik gunting dan gunting sikit...(ni bentuk nenas) kalau nk buat stoberi, cucuk2 jer badan doh tu...atau letak bijan hitam...tadaaaa....jadilah tart stoberi....
BalasPadamKak tau tak buat tart coklat kalau ada gambar add la lat sini. Hmmm jarga kuih tu sama je ker Kak ni thn 2012
PadamKak...saya ni dari s' pore...susah tul nak carik inti blueberi or stawberi.....ada tak cara lain utk buat intinye? Mcm gunakan inti nenas biasa pastu infuse dgn jem blueberi (yg slalu sapu pat roti tu) or blueberi pie filling (org kedai tu cakap ni utk buat those pie tart filling)...... tlg le nasihat kita ni yg dlm kesusahan.....takot pulak tak menjadi buat penat aje....kwang3!!
BalasPadam@Noorma Ismail kak norma Yen Bakery ni kat mane?akak duk seri kembangan area mane? sy duk seri kembangan
BalasPadamkak nk order 2 set tart gulung blueberry le? rm15x2 = rm30. leh x msj kt no ni klu ble..0133257721. tq..
BalasPadamNk try wat la
BalasPadamKalo ke Penang brapa harganya"?
BalasPadam@unknown saya tak brani pos, sbb biskut ni rapuh/mudah hancur
BalasPadamAkak boleh tlg belikan jem blueberry dgn strawberry tu tak? Pos kat saya :)
BalasPadamAssalamualaikum, semenjak anak2 dah besar, dah tak rajin nak buat cookies/cake. Kalau ada jual nak juga membeli. Contact saya ya.
BalasPadamSis resepi ni blh guna utk tart cube ke
BalasPadam