Ahad, 13 Jun 2010

Macaroni Shepherd Pie

Selamat malam semua... ni makanan jajan (kudapan malam ni) sementara tengok Mentor. Tak suke ler tgk bola....




Asalnya shepherd pie jer, tapi aku saja la tambah macaroni kat bawah tu (teringin ler nk makan macaroni) so ini resipi all in one. Atasnya aku tabur mozzarella cheese sikit. Entah laa...resipi ikut suka ati aku jer..tp keputusannya .... best... garing kentang dengan cheese tu mmg kena. Tak sedar plak budak2 asyik nak menambah jer...

Bahan-bahan:
500 g ubi kentang
250ml air
250ml susu segar - panaskan
1 sudu besar butter
1 sudu kecil garam
serbuk buah pala
300g daging kisar (mince meat)
20g butter
1 biji bawang besar
1 sudu besar tomato puri
1 sudu kecil serbuk kari(jika suka)
cendawan butang,carrots.daun peppermint,parsley.garam.

CARA:
1. Kupas basuh dan rebus ubi kentang hingga masak dengan 250ml air.
2. Hancurkan, masukkan garam,butter serbuk buah pala,susu segar yang dipanaskan.
3. Hancurkan hingga lembut siapkankan sebagai mashed potatoes.
4. Tumiskan daging kisar dengan 20g butter dan bawang.
5. Masukkan carrots yang telah didadu kecil,cendawan butang yang telah dipotong nipis2,serbuk kari,tomato puri dan garam,Tumis hingga daging masak akhir sekali masukkan daun parsley dan daun peppermint.Bolih masukkan sedikit air sekiranya terlalu kering.
6. Masukkan adunan daging kedalam dulang pembakar (casserolle). Sebelum tu aku tabur macaroni yang dah direbus dulu kemudian baru daging
7. Tuang mashed potatoes keatasnya,sapu dengan sedikit butter.Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu selam 20-30 minit (200°) 8. Angkat dan siap untuk dihidang panas2. ps: sedap kalau ditabur dengar sedikit keju macam yang aku buat tu...




Ok...sampai sini dulu. Sebenarnya badan ni asyik letih jer hari ni. Malam tadi si Ryan buat hal. Asyik melalak jer takmo tidur. Last2 dh pukul 2.30 pagi, kami turun tido kat bawah la plak..mcm2 hal si kecik ni. Macam mana la nk tido kat hotel esok. Takkan laki aku nk kena memaku dinding hotel tu semata2 nak menggantung buai dia?? aduhai anak mama !!!!

1 ulasan:

Unknown berkata...

kakchik juga suka makaroni terutama sup tapi kalau dapat makan pie pun ok je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...