Rabu, 3 Februari 2010

Kuetiau Sup

Ni lunch untuk aku sorang hari ni. Untuk anak2 dan hang Jebat, aku dh siapkan nasi berlauk. Tu pun yg simple2 jer..goreng2. Skang ni tak brapa suka la nk makan nasi, kecuali kena paksa dengan Hang Jebat. Aku lebih suka makan benda2 berkuah mcm ni, tp tak boleh pedas. Heran gak perubahan mengandung kali ni, suka betul makan masakan ala cina. Pas tu tak boleh makan pedas lak tu.....ish,ish,ish....

Resipi sup kali ini pun ikut chinese style. Dapat resipi kat Asean Food Channel.

Bahan-bahan
-kuetiau secukupnya- dicelur dahulu

Bahan-bahan sup
-tulang ayam berserta kaki ayam
-lobak asin-yg kaler coklat tu..
-lobak putih-dibuang kulit dan dipotong
- batang saderi
-bawang putih-diketuk
-lada sulah
-air secukupnya
-kacang soya
-minyak masakkk-untuk menumis
-garam dan perasa secukupnya

Cara-cara
1.Masukkan minyak dan tumis bawang putih dan lada sulah hingga naik bau.
2.Kemudian, masukkan air(banyak mana yang suka laaa....)
3.Masukkan semua bahan2 lain.
4.Masak selama 2 jam.
5.Tambah garam dan perasa.
6.Tapis air sup untuk dapatkan sup yg jernih.
7. Sedia dihidangkan bersama kuetiau, mee atau bihun. Untuk sup nasi ayam pun boleh.


Hidangkan kuetiau bersama daun sup, daun bawang dan bawang goreng.Boleh tambah apa saja yg korang suka,aku letak fishball, isi ayam, dan sayur taugeh.

2 corat coret:

kakchik berkata...

wah... nak serupalah menu tengahari kita. kakchik makan mee sup ala cina. tapi hidangan yg noorma punya lagi asyik hehe berbanding yg kakchik tu berbungkus sb beli kat luar.

Noorma Ismail berkata...

Kakchik- kalo saya yg beli lagi best...he,he..sbb tak penat, cuma kena keluar duit jer..he,he...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...