Ahad, 31 Januari 2010

Sambal Ikan Bilis Tempoyak

Pernah makan tak lauk ni? ni resipi dr arwah bapak mertua aku, orang Slim River. Tapi kalo laki aku masak, of couse lah lain rasanyer...he,he....tp still sedap...cayang abang....

Lama betul tak makan lauk ni, hari ni teringin lah plak. Selama ni mmg tak boleh makan benda pedas, sbb kalo makan pedas mesti pedih ulu hati, tp hari ni teringin la plak... takpelah, nanti aku makan lah ubat untuk hilangkan rasa pedih ulu hati tu...


Bahan-bahan
>2 genggam ikan bilis-digoreng dahulu
>2 biji bawang besar-dihiris/potong bulat pun boleh, tp nipis2 sikit yer
> 3 sudu cili kisar -sapa suka pedas boleh lebihkan
> 2 sudu besar tempoyak - boleh lebih atau kurangkan
>garam, gula, perasa
>minyak masak

Cara-cara
1.Panaskan minyak dan tumis bawang merah sampai layu
2.Selepas itu masukkan cili kisar. Kacau sampai cili garing/masak
3.Masukkan tempoyak. Kacau rata. Boleh tambah sedikit air untuk melarutkan semua bahan dalam kuali tu.
4.Tambah gula, garam dan perasa. Biar pekat sedikit.
5.Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng. Kacau rata dan bolehlah diangkat.

Best sangat kalo makan ngan nasi panas !!!

Ni lauk sampingan hari ni. Puyuh Goreng Berempah. Selalu beli kat pasar malam yang dh siap goreng, seekor rm 3.80, tak puas la plak makan, kali ni buat sendiri...

Bahan-Bahan:
-8 ekor burung puyuh
-serbuk ketumbar
-Jintan manis (ditumbuk)
-Jintan putih (ditumbuk)
-Halia (ditumbuk)
-Serai (dititik)
-Garam
-Gula
-Serbuk perasa Bawang merah (ditumbuk)
-bawang putih (ditumbuk)
-cili kering (ditumbuk)
-daun kari
-Serbuk kari
-Cili kering (dipotong)
-Bawang besar (dipotong bulat)

Cara:
-Gaul burung puyuh dengan cili tumbuk, bawang putih, bawang merah,jintan,serai,halia,ketumbar,garam,gula,daun kari.
-Perap selama setengah jam.
-Panaskan minyak goreng puyuh hingga garing.Masukkan cili potong dan bawang besar.Angkat


6 ulasan:

ery berkata...

sedapnye... kena cube ni~

ISZA berkata...

memang sedap.
bru pas makan tadi,
suami yang buat,
:)

nazihahisa berkata...

sambal ikan bilis cmpur tempoyak? tak prnh dgr plak.. wanna try.. '-'

geraugebang berkata...

Adohai,,,ssedapnya, hingga menjilat lengan kalau makan ni.

Tanpa Nama berkata...

sedapppnye la hai tempoyak ikan bilis tuh..ade lak burung berempah... tak sabar nye nak balik kampung nak makan semua semua macam ni...

Cendana Kasih berkata...

ery- cuba, jangan tak cuba, kalo anda minat tempoyak !! he,he..

cikgu isza- kita ni pun hb yg masakkan, mmg best !!

sengat - kalo makan tempoyak, boleh ler cuba. Resepi orang perak ni

gerau- kalau ada udang pun sedap gak, bilis+petai lagi ummphhhh

Ijan-cian Ijan, sabo yer..nanti dh balik Msia makan puas2 yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...