Sabtu, 9 Januari 2010

Jawab Soklan kat Shoutmix, kisahku minggu ini


Dh lama tak update blog, so banyak ler soalan dari kengkawan..so aku jawab kat entri ni jelah yer....harap cik Min, Azatie, Sheila, Hazila, Abbot, Ana, Kak Norli, Jun, Zila66, Leen


dan pada semua yang sudi klik nuffnang aku tu...thanks so much....



Sejak sekolah bermula, rutin harian mula berubah. Kalo dulu, pukul 6.45 pagi baru bangun (sbb hang Jebat nk pegi kerja) tapi skang ni seawal 5.30 pagi dh bangun. Buat breakfast dh jadi satu kemestian. Pening kepala tiap kali nk fikir apa nk dimasak untuk anak2 makan. Pas tu kena siapkan bekal anak.

Pukul 6 plak, kejutkan si Along bangun, cepat2 suruh dia makan, sbb bas sekolah dia sampai pukul 6.30. Lepas along pegi sekolah, dapatlah rilex kejap...lepas tu pukul 7 plak, kejutkan Irfan. Dh 2 minggu si Irfan buat hal, tak mo pegi tadika. Taip kali kejut suruh bangun mesti nangis. Katanya dia tak nk pegi tadika. "Hari ni nk cuti lah..."

Hari pertama Irfan ke tadika. Muka manis la sikit..


Jenuh melayah kerenah anak jantan sorang ni. Manja sangat. Semalam Hang Jebat dh tak sabar dengan perangai dia, tiap2 hari asyik merengek tak mo pegi tadika. Last2 papa dia sebat kakinya dengan rotan. Lagilah bingit satu rumah.

Irfan dimasukkan ke Tadika Islam (PJ Islamic Kindergarden) Kata hubby, anak lelaki kena pandai agama. Kena tau doa itu ini. So kami cubalah tadika islam ni, walaupun kat kawasan perumahan kami ada 3 buah tadika yang baru dibuka. Kebetulan, beberapa orang anak jiran juga ke tadika yang sama. Jadi adalah kawan si Irfan ni..kononnya.

Irfan ke tadika naik van. Ustaz kat tadika tu yang datang ambik dan hantar. Seawal 7.30 pagi dh sampai. Bila van sampai jer, air mata jernih mulalah berlinang. Siap nangis jerit2 lagi. Tapi aku sumbat jer dia dalam van tu. Cepat2 suruh Ustaz jalan....bye !!!! Irfan siap bukak tingkap suruh aku follow dia ke tadika. Aku cakap "yelah, jap lagi mama datang!!

Bila dh beberapa hari, Irfan cakap "mama dan papa kuat menipu. Kata nk datang tengok dan amik kat tadika, tapi tak datang pun...tipu ! tipu ! "


hari kedua, muka mula masam


Dan selang dua hari, aku pun pegilah 'pick up' dia kat tadika. Lepas tu bawak pegi ke pasaraya berdekatan. Time ni lah dia 'pow' aku cukup-cukup. Siap amik mainan lagi. Kereta lumba lah, helikopter, coklat itu ini...aduhai...

Dan hari Khamis lepas, dia mintak pegi Mc Donnal plak. Siap mintak nk main kat playland. Aku pun ikutkan jelah kerenah dia..dengan hasrat dia suka pegi tadika....

Haaa.....itulah kisah bila anak2 dh sekolah. Penat...tengahari jer kena tido sekejap. Malamnya, seawal pukul 10.00 malam rumah kami dh bergelap. Sume kena tido sbb esok paginya kena bangun awal. So takleh ler nk layan drama kat tv tu lagi....




Sekarang ni aku tengah mengandung 29 minggu.Semalam pegi check up kat Pantai Medical Centre Bangsar. Aku pilih gyne yang sama ngan Irfan dulu, Dr Idris Ahmad.

Sebelum ni aku check up kat Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bangi, tapi servis di sana..umak aiiii...lembap tahap gaban. Appointment ngan doktor pukul 9.00 pagi, tapi doktornya datang pukul 10 pagi, dh tu datang siap melenggang kangkung sambil gelak2 lagi...itu satu hal, bila suruh scan jer, asyik kata tak nampak jer..padahal dia sendiri yang malas. Tiap kali scan, dia akan cari jantung dan ukur saiz kepala baby ker. Pas tu udah..cepat2 tutup scan machine tu. So hubby aku pun bengang ler. Last2 dia decide nk pegi Pantai balik. Walaupun bayarannya mahal, tp servis kat sana cukup tip top. First class.

Ni citer semalam plak (jumaat, 8 Januari 20100)

Minggu lepas kami dh tetapkan tarikh untuk check up ngan doktor Idris tu, dan bila diberi tarikh hari Jumaat, terus hubby cakap, "nanti kita pegi naik moto jerlah...jalan jem la pagi2 tu..lagipun parking kat pantai susah"

Aku kata ok lah. Tapi dalam hati takut gak, sbb naik moto jauh. Dh tu naik 4 beranak plak tu (aku, hubby, Irfan-yg menyebok ponteng sekolah, dan baby dalam perut ni...so 4 beranak ler kami)

Belumpun keluar dari Taman Puncak Jalil ni, ujan dh mula turun. Tapi nekad jer teruskan perjalanan. Sampai jer kat kampung Pasir Pantai Dalam, kami singgah breakfast kejap. Lapo la plak.

Habis jer makan,ujan turun mencurah-curah. Sampai pukul 9.30 pun tak berhenti jugak. Sib baik ada teksi yang singgah makan kat kedai tu, kami tanya lah, dia kata ok. Akhirnya kami pun tinggalkan moto kat situ dan naik teksi ke PMC. Dalam hati aku kata "huh, padan muka, nk jimat konon !!! "

Sampai jer di klinik doktor Idris, orang takde lagi. Yelah, aku jer patient pukul 9.30. Masa tu dh dekat pukul 10.15, tapi doktornya dh pun ada dalam bilik. Daftar itu ini, timbang berat, amik urine...terus masuk dalam bilik.....

Dalam bilik doktor.... jeng,jeng,jeng.....

Sembang sikit ngan doktor pas tu scan. Kompom 'baby boy' (first masa scan, buat kat klinik luar, pun cakap 'boy' )

Doktor sukat plak tulang peha dia..panjang. Aik?? eeem...tinggi rupanya anak aku ni..ikut bapak dia ler..

Lepas scan kami sembang balik ngan doktor, disebabkan ini anak lelaki jugak, so doktor suggest suruh sunat sekali. Tempoh penyembuhan dalam 3-4 hari jer. Hari tu masa Irfan kami terlupa, dh dekat nk keluar wad baru nurse kat sana bgtau. So tak jadi ler..kami ni buat skali gus. Tak mo jadi kes mcm Irfan ni, bila sebut suruh sunat jer takut, terus nangis.

Lepas tu hubby kata ini yang last. Dia suruh ikat skali. Doktor kata kena fikir baik2 dulu, sbb kalo dh buat, tak boleh nk undo balik lepas tu. Mmg dh tak boleh mengandung semula. Tapi Hang Jebat aku dh stick dengan keputusan dia. Tak mo anak lagi.

Doktor tanya plak, nk operate ke nk bersalin mcm biasa. Kalo bersalin biasa, selepas 2 hari baru buat minor operation untuk ikat salur peranakan tu, tapi kalo nk bersalin cara operate boleh buat terus masa tu. Doktor suruh pilih. Kalo nk operate, doktor suruh pilih tarikh yang sesuai. Seawal bulan 3 dh boleh operate.

Ok..doktor suruh balik dan fikir masak2. Kami pun keluar dari bilik. Kemudian, bayo...kena rm160.00 (takde ubat tau) cuma scan dan konsultan jer...mahal ker?? boleh la tahan...

Itulah kisah sepanjang minggu. Skang ni dok memikir tarikh yang sesuai dan nk bersalin biasa ker atau nk operate. Rasanya operate kot, sbb skali caj jer kan...

Korang ada suggestion tarikh?

11 ulasan:

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

lengkap selengkapnya citer Noorma kali ni.. hehe..


memanglah kalo kita dah biasa ngan gynae tu mmg kita ke sana jugak.

Saya pon sama tp taklah kat PMC..mahaller...tkut tiba2 kena caesarean..tercekik nanti.

Saya di Hospital Pusrawi jer..Doktor Daud tiga2 orang anak tu.

* tak sakit pinggang ke Noorma nek motor? jauh tu Bkt Jalil ke PMC.

Cendana Kasih berkata...

Azrina-eh kak, Pusrawi ngan PMC lebih kurang sama laa...sbb itu panel TNB, so caj lebih kurang jer..tp kali ni TNB dh tak cover untuk check up, so kena bayo sendiri, dia hanya cover masa bersalin jer, itu pun sampai 3 ribu jer kot..kalo lebih kena bayo sendiri. Masa anak kedua, saya kena rm12k, kali ni tak tau ler..sbb sunatkan anak + ikat skali.
Mau nyer tak sakit pinggang, sampai jer umah, saya terus tido...

indahhouse berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
indahhouse berkata...

Apepun, all d best, kak.
Moga Irfan cepat2 dapat berdikari.

MUMMY SGTv berkata...

wah...kalu bersalin operate boleh pilih-2 hari/masa.....ikut pada ko lah noorma...yg ko selesa...janji ko ok...baby pon ok....
aku teringin betul baby boy...kalo ko dah bersalin nnti....aku cup anak ko jadi anak angkat boleh....???manalah tau kot ada rezeki aku tahun 2010 nie...dpt plak baby boy.....
aku dah x kuasa melayan baby boy tua tu....

Fiza Nordin berkata...

salam noorma...masa aku ngandungkan anak 1st & 2nd,aku g spital pun nek moto jek...besh kakakakaaa tp jarak aku tak jauh le sbb dulu banak PPUM je...biler pewot dah beso tak bape besh sebab takleh peluk!heheee

alhamdulillah anak2 aku xde masalah dgn persekolahan.lg dia suruh aku balik adelah....hahahaaa

mmg moden tul sekarang ni erk...nak beranak pun leh pilih2 tarikh....

Cendana Kasih berkata...

Nur-Irfan ni bila kena 'brain wash' kat umah, baru ler mcm nk pegi tadika. Tapi bila tiba harinya, mulalah buat hal...

Mummy sgtv-nk jadikan anak angkat? boleh..tp buat menantu terus jer lah...wakahkahkah... insyaallah...dapat tu, nanti saya bagi petua

Fiza Nordin- aku pun suka gak naik moto, senang, leh celah sana, belok sini..kalo naik kete mmg leceh, traffic light sure kena berenti..jem sana sini..

AbbotCottage berkata...

uhuuu operate? takut seyyy dengor. Tepuk dada tanya selera. Buat keputusan yang terbaik sekali ya! Klo pk sekali caj, sekali harung memang bagus! Sebab kang klo lepas 2 hari bersalin, paham-paham jelah Noorma, dengan kita rengat, tu blom kena bengkak susu, uhuuuu... nak bf lagik, ngan uiiiiii macam-macam. Kita sendiri sedia maklum. Klo caesarean, lam pada tu semua dah selesai, kiranya memang itulah keputusan Hang Jebat tanpa talian hayat. Tak lama lagik je Noorma, GOOD LUCK!

Bila baca tang ayat ko gi nek moto tu kan, aku tingat masa ko citer gi paso malam jln kaki tu, kes nek moto gak. Tu ler kadang2, org laki ni pk senang dia je, syyy jgn bgtau Hang Jebat. Aku 9 bulan masih lagik nek moto gi keje, uhuuuu rockkan kita ni

Cendana Kasih berkata...

Abbot-kalo aku lebih suka operate, tak sakit langsung..tau-tau baby dh kuar jer..pas tu berehat kat dalam bilik 4 hari...pas tu balik umah...senang citer...setakat ni keputusan 80% dh kompom...tak tau ler esok lusa dia ubah pikiran..

Mmg best naik moto ni, cepat jer..takyah fikir pasal parking..teringat plak kat satu drama lakonan M. Rajoli dan Jasmin Hamid, bini dia tgh sarat mengandung, sakit nk branak, pegi spital naik moto..tetiba tgh jalan bini tercicir...wakahkahkah...

E-na Zarina berkata...

Klau di beri pilihan jauh baiknya bersalin normal...risiko rendah compare to ceasar. Luka pun sket dan cepat sembuh.

Buat lah decision yg terbaik to mum n baby... errrm 1st dulu normal ke?

Semoga selamat semuanya...

Cendana Kasih berkata...

ena- fisrt mmg normal..sakit giler ko..dh tu beranak kat spital kerajaan (masa tu HUKM).. tension jer... lepas tu yg kedua branak cara ceasar sbb baby melintang/songsang...masa kedua tu kat PMC, pagi tu kami berlenggang lenggok pegi check up, tp bila dh kompom takleh normal, hubby pun tanya, leh operate skang ker? doc kata boleh..so masuk ward, itu ini..dh pun kuar baby..tak sakit langsung...

apapun, harap kali ni sume selamat..thanks Ena

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...