Jumaat, 31 Julai 2009

Muffin Coklat

Breakfast anak2 ku pagi ini. Dh lama tak membaking. Asyik buat roti jer, badan pun dh kembang setaman mcam roti tuh..ha,ha..... Yelah, roti jer paling senang nk buat dan makan. Tak payah nk sediakan berbagai jenis lauk lain. Entahlah, skang ni aku dh malas jer nk masak, walopun morning sickness tak teruk...dah diberi kesenangan dan kemudahan, malas ler plak..betul la tak sedar diri aku ni kan...he,he......



Muffin ni takde topping bebagai, anak2 mintak yang macam jual kat kedai tu, mcam yang Gardenia tuh...senang citer..... ada coklat cip kat dalam tuh.....






Jom kita breakfast !!! banyak lagi muffin tuh, ada 12 bijik....meh amik satu sorang, cukup kan !!



Isnin, 27 Julai 2009

Popia Bersira Pedas

Minum petang hari ini. Sib baik ada mood sikit nk masak. Morning sickness pun kurang , kalau tak asyik tido jer aku. Nasib baiklah aku cepat pergi dapatkan rawatan kat Pusat Rawatan Islam az Zahrah, Bandar Baru Bangi tu. Doktor bagi segala jenis ubat untuk ditelan. Berbanding dengan first dan second pregnency dulu, aku tak makan apa2 ubat, so tanggung ler sakit sendiri sampai ke empat lima bulan......
Ok..tamat kisah aku...kembali ke kisah popia plak...Popia Hana ni memang sedap banget. Buat sikit bukannya cukup, tambah plak kalo ada sedara mara yang datang. Makan satu tak cukup, dua pun tak cukup.....



Jumaat, 24 Julai 2009

Kalau dh rezeki

Hai kengkawan sume? apa khabar? lama tak berblogging kat sini...Sejak dua menjak ni, aku tak brapa sihat jer. Letih dan sering kena semput...aku ingatkan kesan daripada diet giler yang aku amalkan... Mana tak nyer, dalam masa dua tiga minggu ni, aku asyik kena bengkak gusi jer. Jadi tak boleh la makan benda keras. Tapi perut ni tetap kena isi. Aku pun buat lah bubur nasi. Disamping tu, tengah kemaruk plak makan fruit salad....ubat diet pun maintain makan...
Tapi bila tiba masa period, aku tunggu punya tunggu, idak jugak keluarnya...dh lewat lebih dekat sebulan dh. Ingat plak pada entri fiza satu ketika dulu. Mungkin sebab stress kot. Aku pun tak amik kisah sangat la bab pregnant ni. Dh hampir setengah tahun mencuba, tp takde jugak rezeki. Agaknya aku ditakdirkan untuk hanya 2 orang anak kot.. laki aku slalu cakap...agaknya 2 jer kot..yelah, 2 rumah, 2 kereta, 2 anak...sume dua, dua dan dua.....
Dan kali ni aku tak mengharap langsung. Kalo ada, adalah...kalo takde pun, redha jer lah dengan pemberiannya. Sambil tu makan jugak ubat2 tradisional dan jamu. Paling baru, 2 bulan sudah aku beli Jus Jentayu, untuk kesuburan wanita. Disamping ubat2 diet yang lain. Paling brutal ialah aku sapu perut aku ni dengan minyak panas tiap kali terasa sakit perut...yelah..dh ingatkan takde apa2, so sapu jer lah sesedap rasa....


Tup-tup...semalam, badan rasa semacam jer....bila petang jer aku mula lemah..tak larat dan asyik nk tido jer...masak pun malas jer.... Tapi mulut ni teringin benar nk makan BUAH DELIMA yang warna merah tu...ish...hairan gak...selama ni aku tak pernah pun terasa nk makan buah tu. Tapi kenapa plak kali ni...
Eh, aku ni mengandung ke? hati dh mula tak sedap.... kenapa yer... sebab tiap kali mengandung, aku mesti teringin nk makan buah delima. Jenuh laki aku cari satu KL...dua-dua anak pun aku mengidam benda yang sama....
Malamnya aku takleh plak nk makan nasi. Pandang jer lauk mcm nk muntah...isi jer makanan, muntah...ish..lain mcam plak ni....
So pagi ni, aku pergi lah klinik. Konon nk amik ubat ler..pasal period lambat....
Tapi bila buat urine test...sah...mengandung....alamak?? aku termengandung?? mcm mana leh jadi ni? padahal baru dua hari lepas aku telan ubat diet??
Laki aku apa lagi, tersengih la dia...sbb masih lagi power...konon!! aku plak...uish..takut, teruja, dan macam2 lagi perasaan. Yang nyata, aku dh takleh diet, badan pun pasti kembang lepas ni...Aku tak kira, bila dh selamat sumenyer nanti, mesti nk pegi Slim World? ada ke budjet?? agh?? ..kumpul dr sekarang laaa... Cik Min, nanti kita order Jus Mate 5 banyak2 dari awak yer!!



Itulah kisah aku untuk kali ini...diam-diam berisi..ha,ha....baju raya anak belum settle jahit lagi tuh. Nasib baiklah langsir dh selesai sume. Paling ngeri, aku dh janji dengan jiran aku nk buat kuih untuk jualan pasar ramadhan nanti. Boleh ker aku buat?? Lagi menakutkan bila terkenangkan sampel kuih raya yang dah aku edarkan. Tempahan pun dh diterima. Larat ker aku buat sume biskut2 tu? Alahaiii....semoga morning sickness aku tak brapa teruk kali ini...wallahualam!!!




Rabu, 15 Julai 2009

Fruit Salad

Aik?? ada entri lagi??? he,he...jangan jemu yer baca entri aku..Hari ni aku tak brapa bz sangat. Tak menjahit pun sbb tak brapa sihat. Badan lemah semacam jer, asyik nk tido la plak. Tambahan plak Hang Jebat suruh upload gambar2 dan buat kerja2 komputer sikit...so aku adalah masa..kalo tak, asyik mengadap ikan keli jer..naik letih satu badan.....
Inilah dinner aku malam ni. Sejak dua menjak ni aku tak makan nasi....kes diet laaa.....siangnya aku makan bubur nasi, dan malamnya plak makan fruit salad cenggini. Pagi pun makan fruit salad gak. Kalo time tgk tv tu, rasa lapar, makan ler buah2... dan aku pun dh buang sume snek2, kerepek dan coklat yang ada kat kabinet tuh. Kena serius la sikit kan. Tak mo diet setengah jalan. Sejak penampilan baru ni, kalo badan gempal/gemuk, tak lawalah kan. Aku nk sentiasa kekal jadi menantu yang cantik dan langsing...uwekh....nk termuntah la plak...kah,kah,kah......

Selalu tgk fruit salad ni kat umah Fiza, so aku pun beli ler Fruit Salad Dressing dr Lady's Choice. Memang sedap...tak rugi aku beli.... Senang jer nk buat fruit salad ni. Potong sume buah2 yang ada dalam esbox tu, kemudian gaulkan dengan sos nyer. Siap...

Hari ni ada buah epal, nenas, prun, oren, betik, kismis dan kurma. Aku tambah plak dengan kelapa parut kering dan cornflakes. Nyum,nyum....kenyang !!! Yang penting leh diet ...ha,ha.....


Amacam? ada sesiapa nk ikut plan diet merepek aku ni? ishh...rentikan....

Bun Manis

Hai kengkawan sume...apa khabar? lama tak update blog ni. Sebenarnya skang ni musim jerubu la plak. Macam biasa, kalo jerubu akulah mangsa serangan asma...tu yg takde mood jer nk masak. Kesan ubat menyebabkan mata mengantuk dan badan menggigil jer..... Ni projek tengahari tadi, malas plak nk makan nasi. Sebenarnya aku ni tengah 'on diet'.. he,he... gemuk ke aku ni? tp aku rasa badan aku dh naik sikit lah....

Resepi ni aku dh hafal dalam kepala hotak. Tak yah tengok resepi dh bila nk buat. Mana taknya, resepi ni aku buat untuk sume jenis bun...memang sedap ko.... boleh klik sini yer untuk tengok resepinya.

Kali ni roti aku dh ada improvement sikit. Takde lah menggerutu mcm dulu. Thanks Suzi dan Ros sebab bagi petua.

Kalo anak2 aku, diorang makan roti ni dengan aiskrim. So, jadilah aiskrim roti. Aku plak makan ngan sambal tumis ikan bilis. Dan laki aku cicah ngan milo panas. Sume ada cara makan yang tersendiri.


Oklah...sampai sini dulu. Cau cin cau !!!

Ahad, 12 Julai 2009

Bun Pandan

Hari ni tak menjahit, so bolehlah main tenet ni kejap. Pagi ni bangun jer tido, terus on kan cik Bm (dia amik masa 28 minit untuk warm up) sambil tu bolehlah masukkan sume bahan. Lepas tu barulah buat kerja lain, sidai kain, masak dll.

Alamak, terlebih garing la plak...tp still sedap....

Resepi ni copy dari Umah Hana.... Halal yer cikgu !!!

Bahan-bahan
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega1 camca teh pandan paste

Bahan hias:
Kelapa kering secukupnya - hana gune bijan dh bako br teringat nk ltk!
Seri kaya secukupnya

Cara-cara
UNTUK DOH :

Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh.
Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam.

KAEDAH LAIN :
Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci).
Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit




Hari ni tak masak...so makan roti jerlah.... petang nanti ada pasar malam...tak payah masak lagi... senang sikit kerja....


Sambil buat roti, masak plak bubur kacang durian ni. Bila roti dh masak, bolehlah cicah roti tu dengan bubur kacang durian ni.....


Ada tetamu yang nk datang ker??? meh la...roti panas lagi tu !!!



Selasa, 7 Julai 2009

Jom cuci mata jalan2 kat Kuala Kangsar

Hari ni aku masak macam biasa, tp saja nk share dengan kengkawan lain yang belum pernah sampai ke Bandar diRaja Kuala Kangsar..... tempat dimana aku dibesarkan.

Inilah jam besar Kualer...lambang Kuala Kangsar. Terletak di tengah-tengah pekan Kuala Kangsar. Cerita orang tua dahulu, sewaktu banjir besar yang melanda Kuala Kangsar satu ketika dulu, paras airnya mencecah ke paras tertinggi jam ni. Hanya nampak puncaknyer sahaja. Sekarang jam ni dh lawa. Waktu malam disimbahi dengan cahaya lampu yang berkerdipan

Inilah sekolah aku. Permandangan dari bawah. Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom. Sekolah untuk pompuan jer tau. Terletak nun di atas Bukit Midah. Aku sekolah sini start dari form 5, lepas ditukarkan dari sekolah di Kulim Kedah. Ayah aku masukkan aku ke sekolah ni sbb tak nk aku bercampur dengan bebudak lelaki, sbb aku ni suka bergaduh..gengster la katakan...abah kata, kalau asyik bergaul dan bergaduh dengan bebudak lelaki, harapan nk masuk universiti memang tipis la... Lagipun masa dulu, kakak aku pernah mengajar kat sekolah ni, (cikgu Salmah) Kawan2 kakak aku pun masih ada lagi (cikgu Maznah, dll ) so diorang bolehlah tengok aku...konon la....


Ini pintu masuk utama sekolah aku...naik dari atas yer, bukan dari bawah tu. Kat bawah tu pintu masuk kecil jer.. setiap pagi bas sekolah akan hantar kami kat sini, tapi kalau driver bas tu dh lewat, dia hanya turunkan kami kat jam besar kuala tu dan kami terpaksa berjalan mendaki bukit...memang penat....berpeluh satu badan. Sampai jer dalam kelas, bukak kipas laju2.

Ni makmal sains. Subjek yang aku paling tak suka, sebab cikgunyer garang. Maaf yer cikgu Nazipah. Sekarang ni cikgu Nazipah tu dh jadi pengetua di sekolah ni... dulu cikgu Nazipah ni guru disiplin. Mukanya yang serius memang layak untuk jawatan tu. Payah benar nk tengok cikgu Nazipah ni senyum. Paling aku ingat ialah cubitannya di pinggang aku sebab aku tak siapkan kerja sekolah yang diberikan...aduhhhh...... sampai berair bijik mata aku..

Ni dewan puteri. Baru je dibuat. Masa aku dulu, tempat ni ialah kawasan rehat para pelajar. Ada rumah2 kecik didirikan kat sini. Kalo takde kelas, aku lepak kat sinilah. Dan kalo aku ponteng kelas pun, aku lepak kat sinilah jugak. Sib baik cikgu tak dapat tangkap. Ponteng subjek agama islam jer...


Yang bangunan besar tu asalnya ialah kediaman residen British, J.W.W Birch sutu ketika dulu. Kamar tidurnya menjadi bilik pengetua. Memang seram bangunan ni. Blog disebelah tu dahulunya ialah bilik tukang masak. Kini dijadikan perpustakaan. Manakala tempat menyimpan kuda dijadikan tandas.


Kata orang, di kawasan sekolah ini ada 7 lorong rahsia. Entah la..aku pun tak tau..tapi biasalah kan, zaman dulu lorong rahsia ni memang wujud, untuk menyelamatkan diri dari musuh.



Memang best sekolah kat sini. Kawan2 pun ramai dan baik2 belaka. Sampai sekarang aku masih lagi contack dengan diorang tu sume.... Cikgunya pun hebat2, kalo tak takkan lah sekolah ni mencatatkan keputusan yang baik setiap tahun. Tambah plak keputusan STPM. Setiap tahun 100% lulus tau. Terima kasih cikgu kerana melahirkan insan cemerlang.

Inilah blog kelas aku. Kat tingkat satu tu kelas aku masa tingkatan 5. Kelas 5EA. Aku amik aliran ekonomi. Tak amik subjek agama tau, aku amik Pendidikan Seni. Macamlah teror sangat melukis...setakat dapat B jer..ok lah...sebenarnya aku tak brapa yakin untuk amik subjek agama, lebih2 lagi bab hukum tajwidnyer.
Lepas tingkatan 5, dengan kelulusan pangkat 2, agreget 25, aku hanya dapat offer ke ITM Shah Alam untuk jurusan Perancangan Bandar dan Wilayah, tapi ayah aku tak bagi pegi, kononnya kursus tu tak menjaminkan masa depan. So dia suruh amik tingkatan 6. Aku ikut jer...Kat tingkat atas sekali tu kelas tingkatan 6 aku. Kelas 6A1. Kelas yang memenangi pertandingan Kelas Tercantik sepanjang tahun...bangga ooooo Aku plak dapat keputusan STPM yang baik. Top 5 student...alhamdulilah....





ok...cukuplah kisah sekolah aku, kang korang muak plak...ni citer tempat2 lain plak yer...tempat2 menarik di Kuala Kangsar
Inilah Muzium Kenangan atau Istana Kuning. Warnanyer pun kuning kan. Istana ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku pun. Boleh percaya ker??


Didalamnya tersimpan gambar2 sejarah kesultanan Perak. Dibuka untuk pelawat, dan bayaran masuk adalah percuma.

Inilah jalan untuk ke istana sultan.

Pintu masuk istana Kuala Kangsar.

Istana Kuala Kangsar. Aku pernah masuk dalam istana ni sekali. Itupun masa mengikuti rombongan sekolah. Kalo tak, tak merasa jugak. Memang cantik kat dalam tu....tapi ada tempat2 larangan yang rakyat biasa tak boleh jejakkan kaki.


Istana ni dapat dilihat dari muara sungai perak. Macam istana Melaka, sume terletak atas bukit. Kalau ada ancaman luar, istana mesti dilindungi.

Ingat lagi tak pintu gerbang ni. Tragedi di Kuala Kangsar beberapa bulan yang lalu....
Inilah masjid Ubudiah Kuala Kangsar. Masjid di raja. Suami aku teringin nk sembahyang raya kat sini, tapi masih tak kesampaian.

Bersebelahan Masjid Ubudiah ni aialah Makam diraja.

jambatan kedua yang dibina untuk menghubungkan kampung Sayong dengan Kuala Kangsar. Kalau dulu, orang kampung nk ingin ke pekan terpaksa menggunakan jalan yang jauh. Kini dh senang dan dekat.


Rumah Rehat Kuala Kangsar. Juga terletak kat atas bukit. Sebelahnya rumah banglo pegawai daerah Kuala Kangsar, dan sebelah rumah banglo tu, sekolah aku...he,he....
Sapa yang ingin ke Kuala Kangsar, bolehlah bermalam di sini. Harga pun murah jer, cuma rm130.00 semalam untuk double bed.


Pekan lembah. Tempat peniaga menjual segala jenis makanan, dan kuih-muih tradisional. Tidak lupa juga barangan cenderahati seperti labu sayong, keris, pisau dan lain-lain.


Along sedang menikmati ABC...memang sedap...Masa ni si adik tengah syok tido dalam kete.


Nampak tak bot tepi tu. Bot itulah yang menjadi pengankutan awam di Kuala Kangsar. Walaupun dh ada jambatan baru, tapi sesetengah orang kampung masih suka naik bot ni. Kalau zaman sekolah aku dulu, sekali naik cuma 30 sen jer. Aku pernah naik sekali, itupun tanpa pengetahuan mak dan abah aku. Saja nk merasa. Masa dahulu belum ada penggunaan jaket keselamatan, dan risiko atas tanggungjawab sendiri..kira bahayalah tu....

Sapa kata Kuala tak maju. Cuba lihat seberang sungai tu. Dh ada pembangunan. Nk buat chalet kot...



Sekianlah cerita untuk dikongsi bersama. Kalau korang ada peluang, datanglah melawat ke Kuala Kangsar...Sama seperti pekan2 di tempat lain yang punya keistimewaan tersendiri. Namun bagi aku, walau ke mana pun pergi, aku tak lupa pekan kecil yang penuh dengan kenangan suka dan duka. Suatu hari aku akan kembali lagi.

Isnin, 6 Julai 2009

Sambal Goreng Talapia

Sejak jadi pengusaha keli ni, tak mo makan keli dh..bertukar plak pada ikan talapia...Ni dapat dari kawan Hang Jebat (juga pengusaha ikan talapia) Dia bagi dua ekor, sekor dh buat masak lemak cili padi, ni ada sekor lagi aku buat sambal la plak..sedap..ikan 100% organik (bermakna diberi makan palet sepenuhnyer..takde lah bagi makan perut ayam mcm yg jual kat pasar tu...)


best dapat makan ikan fresh. Dia jual rm10.00 seekor. Memang besar ikan tu. Untuk pasaran restoren cina area Hulu Klang. Tapi dia bagi jer 2 ekor kat aku. Sebabnyer dulu kami bagi kat dia benih talapia...so bila dh besar, boleh ler kami merasa. Thanks Lan


Hati Ayam Berlada. Campur sikit ngan kacang panjang.


Sayur bayam goreng. Ada la kuah sikit untuk Irfan.


Sambal minang cili hijau. Ari Ahad lepas masa pergi Hulu Langat, ingat nk singgah la kat restoren paberet kami tu, tp tutup la plak...so hari ni buat la sendiri sambal hijau ni...




Demikianlah menu untuk hari ini. Menu simpe jer. Hari ni aku bz ker? entah la..nk shopping skit..almaklum bulan depan dh nk puasa. Ni buat persediaan sikit2 la....Ok bye sume..Selamat Menjamu Mata di blog aku nih...


Sosej Bun

Breakfast anak2 pagi ni. Uli ngan tangan jer..malas nk guna BM. Bagi la dia rehat hari ni. Lagipun buat sikit jer..tak berbaloi pun pakai bm tu...

baru jer kuar dari oven, aku terus snap gambo..sebabnyer anak2 dh ready kat meja makan tu..kalo lambat, habizzzz lah....

Bahan-bahan ( 12 biji )
190 ml air
400 gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60 gm butter
**bahan2 lain**
12 batang sosej
sos cili
cheese

Cara-cara
masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
ambil sebiji doh. canaikan
ambil sebatang sosej dan gulung
hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
tolak kiri dan kanan selang seli.
ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
biarkan doh selama 40 minit.
setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese.
bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.
roti siap dibakar..

Untuk lihat cara2 boleh klik sini yer



Ok...korang breakfast apa pagi ni??


Ahad, 5 Julai 2009

Apam pasang & Laksa Kuale

Ni aku beli semalam, kat pekan Kuala Kangsar. Ni kiranya kuih orang kuale ler.. kat tempat lain takde kot kuih ni... nama kuih ni APAM PASANG, sejenis kuih apam tepung beras. Dipanggil apam pasang sebab ditelangkupkan menjadi kembar.


Inilah dia kuih apam pasang yang dh lama aku tak makan. Kalo dulu, acuannya bulat jer, tp kini dah advance sikit, buat dalam acuan kuih baluhu kemboja tu. So ada ler berbentuk sikit. Yang menjadi sedap dan istimewa ialah ia dikukus berlapikkan daun pisang.

Sepasang rm2.00. Ok ker? bolehlah..kalau dulu, sepasang baru 1.00. Harga barang dh naik,so harga kuih pun naiklah....

Apam ni macam biasa, sedap dimakan dengan kelapa parut. Tapi makan macam tu jer pun dh sedap...





Seperti yang dijanjikan dengan kengkawan satu ketika dulu, inilah dia rupanyer Laksa Kuala Kangsar. Laksanya diperbuat daripada tepung gandum, manakala kuahnya cair aje. Kalo di Kuala Kangsar, Laksa Pak Ngah yg glamour, walaupun bukan Pak Ngah yg buat. Tapi kuahnya sume cair. Payah la nk jumpa laksa Penang atau laksa Kedah kat pekan Kuala Kangsar tu. Sume laksa mcm ni jer. Agaknya tekak orang kuale dh sebati/biasa dengan laksa mcm ni kot....Entah laaa.....

Aku beli sebungkus besar, untuk 4 orang makan, dengan harga rm6.00. Murah la jugak. Kalau kat KL ni, sebungkus dh rm3.00. Itu kat pasar malam laa.... Tp kalo kat cafe, harganya dh lain...dekat rm10.00 ringgit untuk satu bowl pun ada..... Contohnya dekat Kafe Noraini di tesco Puchong, satu bowl rm8.00 untuk laksa biasa. Macam2 jenis laksa ada dijual kat situ. Tapi takde plak laksa kualer ni..agaknye tak glamour kot...

Kuah laksa kuala ni memang cair giler, masam2 sikit. Ada cebisan2 kecil ikan. Itu yg sedap tu...



KESIMPULAN: Apam pasang dan laksa kuale yang aku makan ni, dh tak berapa kick la. Apam tu dah tak selembut dulu. Kalo dulu, apam ni tetap akan lembut walau disimpan sampai keesokan harinya. Ini tidak. Dh keras, kejong (kata orang perak) Samalah dengan laksa. Kalau ikut tekak aku ni, dalam 5 bintang, aku hanya boleh bagi 1 bintang jer. Itupun dh kira markah kesian. Buktinya, hubby dan anak2 makan pun tak habis. Apa lagi aku. Kuahnya terlalu cair, dan kurang isi ikan. Hanya banyak asam keping. Pendek kata, memang tak sedaplah.....

Mungkin ilmu dari nenek moyang pembuat apam dan laksa kuala ni tidak diturunkan sepenuhnya kepada waris generasi kini. Sayang, kalo beginilah keadaan seterusnya, keenakan dan keunikan laksa kuale akan lenyap ditelan arus zaman. Samalah dengan kuih2 tradisional yang lain, seperti kuih apam pasang, dangai dan limas (tepung pelita) Aku tak berkesempatan membeli kuih2 lain, sbb takde masa.

Sehari di kuala kangsar agak mengecewakan bagi aku. Namun hati sedikit terubat setelah menikmati keenakan cendol dan air batu campur. Masih sedap seperti dulu. Itupun aku beli pada pakcik tua yang masih berniaga cendol sejak aku kecil. Masih panjang umurnya.....
Bila aku nk balik lagi??? entah laa......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...