Selasa, 30 Jun 2009

Bun Manis

Breadmaker aku kembali berkhidmat setelah 4 hari MC..he,he...Hari ni breakfast dengan bun manis jer. Malas nk letak inti atau buat bentuk-bentuk. Memang cadang nk makan sambil cicah milo. Ni buat malam tadi...bila dh sejuk, rotinya lagilah lembut.

Belum pass lagi wat roti ni. Pagi tadi ada terbaca kat blog suzi, untuk melicinkan permukaan roti tu kena tutup dengan aluminium foil , sapu dengan butter dll. Insyaalah lepas ni bolehlah aku buat. Thanks suzi sbb bagi petua... (ada kat bawah tu...)


Resepi dr Ros Tokyo (tokeh roti yg fames kat MYR).

Bahan-bahan
150 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
140 ml susu segar ( kalau takde buleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis)
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin atau butter
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver ( klu takguna pun takpe-tapi kalau ade lagi bagus)

Cara-cara
-Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
-Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
-Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
-Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
-bahagi doh pada 10 atau 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.
-Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
-Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai. Harap tips saya ni dapat membantu ya....Selamat Mencuba..









Inilah dia breadmaker aku yg sudi berkhidmat setiap hari (kalo tuannya ada mood) Hadiah dari my Hang Jebat..sbb masa birthday ari tuh dia tak bagi apa2 hadiah pun...Jenama Princess, murah jer..rm390.00. Masa mula2 dapat aku punyalah gabra sebab bila dh masuk barang2 sume, mesin ni tak mo berjalan (diam jer..dekat 15 minit aku tunggu, idak pun berfungsi...) lepas tu aku biarkan jer kat dapur dan pegi ke kedai bakery (konon nk tanya la mcm mana fungsi bm ni..sampai kat kedai, tokeh tu pun tak tau..hampeh punya cina, memang kedekut ilmu..)aku pun balik umah..sampai jer umah, aku tengok mesin tu dh siap menguli...fuh...lega..ingatkan rosak. Esoknya aku telefon balik kat kilang dan tanya pasal bm ni..rupanya mesin tu memerlukan masa selama 20 minit untuk warm up (konon) ..pas tu yg seronoknyer, mesin ni bukan sekadar uli doh, tp boleh buat roti sekali. Masukkan sume barang, dan tunggu, lepas tu kita akan dapat sebuku roti putih yg sedap..tp aku lom cuba lagi lah...

besar gedabak bm ni kan !!




Kangkung Goreng Belacan

Cadangnyer nk masak kangkung ni semalam, tp laki aku siap pesan, makan dulu, dia balik lambat, so tak jadilah masak. Aku masukkan balik kangkung tu dalam esbox dan simpan untuk hari ni. Tup tup..dalam pukul 2.30 Hang Jebat tu dh sampai umah. Masa tu plak, aku tengah bergayut kat telefon sembang dengan kawan aku. Apa lagi..kelam kabut la...tp nasib baiklah laki aku tu boleh bertolak ansur. Dia suruh masak megi jer...he,he....selamat aku !!!

Dan hari ini, aku tak nk amik risiko lagi. Lantak lah dia balik cepat ker, lambat ker, aku masak jer. Kalo tak makan waktu siang, boleh panaskan lauk dan makan untuk malam nanti.....


Semalam tengok resepi ni kat umah Hana, terliur sungguh bila tengok gambarnyer. Hari ini aku plak cuba. Resepi dari adik HaSue.

Bahan-bahan
1 ikat kangkung segar
1 tangkai cili merah(nak pedas,bubuh la cili padi ikut citarasa)*
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
Segenggam ikan bilis/udang kering*
1 sudu makan(atau lebih) belacan*
Garam dan perasa(ajinomoto) secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-cara
-Potong kangkung mengikut citarasa,bersihkan dan toskan.Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat
-Bila minyak sudah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan..
-Masukkan garam dan perasa. Kacau jap then masukkan kangkung.
-Gaul rata dan kacau sehingga masak(jgn terlampau masak,x sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu,leh bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api..
Hidangkan segera dengan nasi panas..!



Ni sotong+ ayam masak goreng kunyit. Lauk merepek ciptaan sendiri. Kenapa campur sotong ngan ayam? sebabnyer si adik tak makan sotong, padahal si kakak plak dh lama mintak masakkan lauk ni. So nk memenuhi citarasa sume orang, aku campur lah skali sotong ngan isi ayam. Habis citer....


Ini ikan bilis tempoyak...alahai!! dh lama sangat nk makan lauk ni, tp baru hari ini kesampaian. Sebabnyer, tempoyak baru jer masak.

Bahan-bahan ( 2 orang makan )
-1 genggam ikan bilis digoreng dahulu (ikut suka, tak nak goreng pun tak per)
-*10-15 biji cili padi
-*0.5cm kunyit hidup
-Sebatang serai dititik
-Sehelai daun kunyit dihiris
-Sedikit minyak utk menumis
-Sedikit garam
-Tempoyak secukupnya (suka ati nak boh baper byk)

Cara-cara
-Tumbuk lumat kunyit hidup, di ikuti dgn cili padi, cili tu tak berapa lumat pun tak per
-Panaskan sedikit minyak dlm kuali, kemudian tumiskan bhn2 tumbuk, masakkan sedikit cili, org2 tua kata matikan cili.
-Kemudian masukkan tempoyak, daun kunyit hiris dan serai. Kacau. Taburkan garam, kena igt sket kwn2, kekadang ikan bilis dah masin, so agak2 ler ek.
-Selepas 3 minit, agak2 bau semua dah naik, barulah masukkan ikan bilis. Gaulkan, tutup api. Boleh ler di hidang.
-Kalo tempoyak tu agak2 tak masam, masa menumis tadi boleh ler ditambahkan asam keping, barang sekeping dua ya.








Teh Serai

Saja nk cuba minum air ni sbb nampak kat MYR. Uncang teh hijau pun banyak lagi tuh. Kat umah ni teh hijau ni tak brapa laku, mungkin sbb takde warna kot..pas tu rasanyer pun lain siket dr teh biasa tu...



Bahan-bahan ( 2 cawan )
-2 batang serai(amek bahagian bawah)
-seuncang teh(green teh lagi elok)
-gula atau madu(ikut sesedap rase)
-air mendidih (untuk 2 cawan)

Cara-cara
-potong serai nipis2(bulat-bulat)
-letak teh,gula dan serai dalam teko.
-tuang air mendidih
-biarkan dalam 20 minit
-siap untuk di minum

* Teh ni elok untuk membuang angin dalam badan.




Isnin, 29 Jun 2009

Daging Kandar Kak Asma

Hari ni masak daging pulak. resepi dr kak Asma yg glamour tuh..kat MYR ramai yang dh cuba, dan sume puji sedap. So aku yang memang suka makan lauk cenggini, tak lepaskan peluang untuk mencuba. Selama ni buat guna perencah Kari Nasi Kandar Megi tuh jer. Ni dh dapat resepi, tak payah la beli perencah tu lagi. Jimat sikit. Time kasih akak..



Bahan-bahan
-1/2 kg daging
-6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
-2 sudu besar kicap pekat maggi
-2 sudu besar sos tomato
-2 sudu besar sos cili
-2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
-1 labu bawang besar(dimayang)
-1 ulas bawang putih (dimayang)
-Kulit kayu manis dan bunga lawang
-sedikit daun kari
-garam dan perasa

Cara-cara
-Daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
-Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
-Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
-Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
-Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
-Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
*Sesuai dimakan dengan nasi dan roti

Sapa yang belum cuba tuh, cepat2 pegi beli daging dan masak lauk ni..sedap oooo...rugi sapa yang tak cuba...






Tagged - My Baby

Hari ni kena selesaikan tag dr Linda Gombak http://iskandarirfan.blogspot.com/....dekat jer. Harap berpuas hati yer....

1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy???
# dh ada sepasang anak yang nakal dan banyak keranah
2.Bila perancangan anda untuk menambah anak??
# entah la...kalo dh cuba tp still tak dapat, nk wat mcm mana kan....agaknyer rezeki hanya 2 orang jer kot....

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam??
# Nur Farisya Idayu - seorang yg bijak menguruskan sesuatu
# Ahmad Harith Irfan - HarithIrfan = kebijaksanaan, kesyukuran, pengetahuan

4. Siapakah yg memberikan nama anak anda??
# Aku ler yg cari nama2 tu, Hang Jebat tu ikut jer, janji sedap..jangan ada kil, kil Bakhlil udah ler katanyer

5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda??
# Nama anak pertama tu Farisya, sbb aku masa tu minat dengan pelakon Singapore, Farisya Irwayu, Hang Jebat pun setuju, lagipun pada masa yang sama my Hang Jebat minat betul kat penyanyi Mas Idayu. Masa dating dia suka suruh aku nyanyi lagu Selangit....
#Cari dalam buku2 agama pun ada....

6. Sekiranya anda dikurniakan seorg lagi cahaya mata...apakah nama yg akan anda beri...
# kalo ada rezeki, nk nama apa yer? lelaki - Ahmad Hazril Isaac (cewah..ni mesti kes minat Hans Isaac ni kan....) kalo pompuan plak nk bagi nama Nur Batrisya Balqis

7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy???
# dua pasang cukup ler...kang pecah plak rumah ni kena gigit...ha,ha......

8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg...nyatakan jaraknya beza umur anak anda??
# along ngan adik beza 5 tahun

9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakan sebabnya??
# kalo boleh nk kembar...kah,kah,.....jimat masa dan tenaga....cewah...dapat ker? jenuh dh aku makan telur ayam kembar....ha,ha.....

10. Apa ciri2 persamaan anda & anak anda??
# si along- suka makan benda merepek mcm sushi dan italian food mcm aku, suka bergaya, menyanyi dan berangan
#si adik - kuat makan, kalo nk sesuatu mesti nk jugak-jugak, kuat merampus (lempar barang) kaki buli/pukul .... ha,ha.... jangan tak tau, mak diorang ni gengster tau!!! ha,ha......

11. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger...





Nk tag sapa yer? .... ramai ni......
-kak mimi
-zai
-maria
-farah
-leen
-suzi
-are
-dan lain2 yang sudi buat tag ni...tak paksa pun..saja suka2 kan!!!!!

Jumaat, 26 Jun 2009

Kari Daging

Menu hari ini. Walopun badan ni letih semacam, tp masak tetap kena masak. Hari2 kena masak, cuma tgk mood la nk amik gambar ke idak.

Bahan-bahan
-1 ½ kg daging
-125 ml minyak
-5 labu bawang – di cincang halus
-12 ulas bawang putih – di cincang halus
-2 kuntum bunga lawang
-2.5 cm kulit kayu manis
-4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
-4 tangkai daun kari
-70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
-1liter santan cair
-500 ml santan pekat
-3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
-garam secukupnya

Cara-cara
-Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
-Panaskan minyak di dalam periuk.
-Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
-Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
-Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
-Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
-Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
-Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.



Selain kari daging, inilah lauk2 sampingan untuk hari ini. Cukuplah tu. Dh tak larat nk buat lauk lain lagi.

Sambal terung pipit dengan ikan bilis. paberet aku nih. Walopun orang lain tak suka makan, lantak ler...


Sambal tempoyak


Ikan keli bakar bersantan. Dh malas nk buat air asam. Makan jer lah dengan sambal tempoyak tu yer cik abe...



Khamis, 25 Jun 2009

Air tembikai laici

Panas2 ni memang best kalo minum jus buah. Ekceli dh selalu buat jus ni, cuma malas nk ambik gambo dan letak entri. Tp hari ni plak terlebih rajin sikit. Sebabnyer? Hang jebat balik lambat, so dapat ler main tenet ni lama sikit. Kalo dia dh balik, almaklum lah, kena jadi pembantu peribadi dia lah...



Nyaman jer, satu gelas ni pun tak cukup. Sib baik minum sorang2 jer..he,he... (Irfan tido...) Resepi dr MYR, ilham Ros dari Tokyo....arigato !!

Bahan-bahan ( menghasilkan 2 gelas jus )
Beberapa Potong Tembikai
1 gelas air laici dalam tin
8 biji buah laici
beberapa ketul air batu

Cara-cara
-Potong dadu tembikai dan buangkan bijinya, kemudian blender bersama air laici tadi.
-Tuang jus didalam gelas dan campurkan buah laici dan beberapa ketul air batu. Siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Sosej Muffin

Ni breakfast pagi ni. Ala2 kat mcD gitu. Jenuh memikirkan nk bagi anak2 makan apa. Last2 dpt idea ni.



Bahan-bahan
-2 biji bun (kalo guna roti putih pun takpe)
-2 batang sosej
-2 biji telur
-lada sulah- kalo suka
-secubit garam
-mayonis
-sos cili
-daun salad
-tomato
-timun
(untuk anak2 aku tak letak ler..sbb diorang mmg tak makan sayur)

Cara-cara
1.Cincang/hancurkan sosej.(aku tekan ngan garfu jer)
2.Telur dipukul. Campur secubit garam dan lada sulah jika suka
3.Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak. Ambil acuan gegelang dan letakkan atas kuali tadi
4.Masukkan sosej yg hancur tadi dalam acuan gegelang. Tekan biar padat. Kemudian curahkan telur. Biar hingga telur keras sedikit barulah dikeluarkan gegelang dan diterbalikkan.
5. Biar hingga masak.
6.Angkat dan letak di atas roti.Kemudian boleh dipancutkan mayonis dan sos cili. Bagi sesiapa yg suka sayur, bolehlah letak sayur.
Siap...Slamat Mencuba




Nk citer sikit kisah semalam.... dari pagi membawak ke petang aku bz la sikit. Bangun pagi kena bersihkan umah. Almaklum ler...ada tetamu nk datang umah kan.. so aku pun sapu, mop, kemas umah, itu ini. Sampai la memanjat untuk cuci kipas..... Aduh...penat sungguh. Selalu tu ada Hang Jebat tolong. Kali ni aku buat sorang2. Itulah kalo orang tak datang, idak ler nk mengemas. Laki aku kata, kalo mcm ni baik ler orang datang umah hari2, supaya rumah kemas dan bersih jer...ha,ha,ha.....

Lebih kurang pukul 2, aku pegi plak ke Bukit Antarabangsa, amik stok ikan keli (sbb stok ikan kat umah ni dh tak mencukupi) Sampai jer umah, lebih kurang pukul 4, hujan plak turun. Aku pun mulalah keluarkan sayur, ayam dll. Masak mee jer untuk kak Ina. Sambil tu buat sardin puff (ada 3 keping jer pastri puff dalam esbox) ...takpe lah..buat jer...

Dalam pukul 6, kak Ina pun sampai dengan 2 orang anaknya. Dia kata nk singgah sekejap jer. Ada hal lain. Sembang pun sekejap jer. Sambil makan, sambil sembang, pas tu snap gambo (nk wat bukti sbb dh sampai umah aku katanyer) he,he....

Untuk kak Ina, lain kali datang yer. Sori tak sempat nk tangkap ikan keli untuk bagi kat akak semalam. Hari plak ujan. Len kali yer akak!



Selasa, 23 Jun 2009

Baked Macaroni and Cheese

Hidangan petang ini. Tadi kata nk jalan kat Jusco, tp tak jadi la plak. Sebabnya ada buyer nk datang beli ikan keli. So banyak ler kerja. Nk tangkap ikan, timbang, packing dll. Lepas tu plak, kena cuci kolam. Banyak kerja oooo....bukan senang nk jadi senang !!
Sambil tolong Hang Jebat cuci kolam ikan keli, aku rebus ler macaroni. Dh lama tak makan western ni. Resepi amik dr umah Kak Ummi Kuantan. Thanks akak...resepi mu sumenyer marbeles!!


Bahan:-
(A) Macaroni
1/2 paket macaroni - akak guna brand San Remo
air secukupnya untuk merebus macaroni
sedikit minyak zaitun
sedikit garam

(B) Sos Merah:-
1 botol sederhana sos spaghetti Prego ( i used Prego traditional sauce)
1/2 paket (200 gm) daging cincang Ramly
hirisan hot dog
2 keping daun bay (akak guna dried bay leaves)
sedikit garam (akak tambah ni)

(C) Sos Putih:-
2 sudu besar mentega/minyak zaitun
2 sudu besar tepung gandum
600 ml susu segar
2 - 3 keping sliced cheddar cheese
1 sudu teh serbuk lada hitam

(D) Topping - Mozarella

Cara-Cara:-
(A) Makaroni -
-Panaskan air, minyak zaitun dan garam hingga mendidih.
-Masukkan macaroni dan rebus hingga empuk.
-Angkat dan toskan.

(B) Sos Merah:-
Sediakan kuali/periuk. masukkan kesemua bahan dan gaul sebati. Masak hingga mendidih dan daging masak dan agak pekat. Ketepikan dan sejukkan.

(C) Sos Putih:-
Panaskan mentega/minyak dengan api perlahan, masukkan tepung gandum dan gaul sebati sekejap.
Masukkan susu segar, sliced cheddar cheese dan serbuk lada hitam. Kacau hingga adunan sedikit pekat dan berkilat. Angkat dan ketepikan.

Cara Melapis:-
-Masukkan 1 1/2 cawan macaroni ke dalam loyang/casserol tahan panas. Rata-ratakan. (x perlu sapu dengan apa2 minyak/butter pada dasarnya).
-Sudukan separuh adunan sos putih ke atas macaroni dan ratakan.
-Sendukkan sos merah pula ke atas sos putih tadi.
-Taburkan mozarella cheese.
-Ulang step 1, 2, 3 dan 4 hingga penuh bekas.
-Bakar macaroni pada suhu 160 C selama 35 - 40 minit atau hingga permukaannya nampak keemasan. (Lebih enak dimakan ketika panas atau dihidang suam. Boleh juga dipanaskan dengan microwave sebelum dihidangkan)




Jemput makan sume!! Aku banyak keje lagi nih... mula2 nk ke Jusco (kena pegi sbb nk bayo kad kredit, ari tuh aku dh terpakai kad kredit tu sbb isi minyak kete, kang kalo kena interest mengamuk plak Hang Jebat tu) lepas tu plak nk ke pasar borong. Beli telur, ikan, sayur dll. Esok kak Ina KL nk datang umah. So nk kena prepare lah apa yang patut !! (jadi ker kak Ina datang?) kita tunggu yer !!

Strawberry Bun

Jangan jemu yer baca/tengok entri aku ni...bukan apa, aku takleh nk makan nasi la...sbb nyer? gusi bengkang,,,so kena makan benda2 lembut la plak. Ada gak bercadang nk buat bubur nasi, tunggu petang sikit la kot...perut ni mana leh makan roti jer, mesti nk masuk nasi gak



Bahan-bahan ( 9 biji )
-120 ml susu cair
-250 g tepung roti
-1 biji telur saiz B (kalo telur AA, guna 1/2 jer)
-40 g butter
-40 g gula kastor
-1/2 camca teh garam
-1 camca teh yis mauripan
-1/2 camca teh bread improver
-1/2 camca teh bread softner
-1/2 camca teh wheat gluten (yg ni aku saja tambah)
-1/2 sudu teh strawberry emulco
-1/2 sudu teh esen strawberry
-beberapa titik pewarna pink/merah

BAHAN2 LAIN:-
-Jem strawberry secukupnya
-Kelapa parut untuk ditabur

Untuk glis: susu cair+telur-dipukul

Cara-cara
-Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali "BAHAN2 LAIN" ke dalam bread maker. -Pilih setting utk doh dan on kan. Tunggu sampai siap.
-Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Bahagi 9 dan bulat2kan. Rehatkan 10 minit.
-Biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit).
-Gliskan permukaan bun dengan telur dan susu cair
-Paipkan jem strawberi ke atas bun, dan tabur dengan kelapa parut
-Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak.

Inilah rupanya bun strawberi tuh. Keluar jer dr oven, Irfan dh mintak dh. Sian, lapo agaknyer. Maklum lah mama dia tak masak nasi hari ni. Untuk papa diorang yg dh on d way balik umah tu, aku masakkan nasi goreng jer lah. Lepas makan, nk ke Jusco plak, soping moping.

Ada sesiapa nk cuba bun strawberry ni?? silakan.....



Isnin, 22 Jun 2009

Puding Roti Marble

Dah lama nk makan puding ni, tp rakyat jelata kat umah ni tak brapa reti makan desert, puding dan sewaktu dengannya, so terpaksalah pendam seketika, walopun orang lain dh berduyun2 buat.

Ni bukan lebihan roti yg aku buat tau, tapi lebihan roti gardenia yg ada kat dapur tuh...almaklum lah, bila mem besar dh pandai buat roti, roti gardenia tu takde sapalah yg nk usik. Daripada dibiarkan berkulat, baik ler buat puding ni. Dapat gak aku merasa.



Resepi dr MakYung Hana dari negeri matahari terbit.....

Bahan-bahan ( satu loyang )
-4 keping roti
-2 biji telur
-1/2 cawan susu pekat
-170ml susu cair
-8gram serbuk agar2
-1/2 cawan gula - bleh kurangkn
-2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
-31/2 cawan air
-2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
-Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
-Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
-Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
-Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
-Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
-Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!















Popia Nestum

Projek hari ini, sbb laki aku balik lambat (petang ler...) slalu tu tengahari dia dh balik..... Lepas masak, aku keluarkan kulit popia, tapi tak tau nk buat apa? wat popia goreng ker? ish..malas plak nk buat inti. Sengkuas pun tarak, cuma ada taugeh dan karot jer.... Tetiba teringat plak ada satu resepi yg seakan-akan batang buruk tapi guna nestum. Namanya popia nestum. So aku pun try ler.... sedap gak benda ni...




Bahan-bahan ( 750 biji )
1 bungkus kecil susu tepung *
1 bungkus kecil Nestum ( d blendar hgga halus dan d ayak)*
gula halus yg sudah d ayak (secukup rasa) *
2 bungkus kulit popia (besar)
1 biji telur ( utk pelekat)

**** kalau suka,dan untuk lebih sedap, boleh tambah 1/2 cawan horlick bersama nestum, susu tepung dan gula.. Kalau taknk letak pun takpe...tak kena tangkap ngan polis pun...kehkehkeh....

Cara-cara
-Gaulkan bhn2 * hingga sebati, dan simpan ke dlm bekas kedap udara..
-gulung kulit popia sekeping demi sekeping, dan d bahagian hujungnya, sapukan sedikit kuning telur
-kemudian, gunting secara menyerong dan goreng dengan mengunakan api yg sederhana dengan menggunakan minyak yg banyak dan panas.
-toskan, dan biarkan ianya sejuk sedikit dan gaulkan dengan bhn2 *


Boleh wat untuk raya ni......




Bun Kaya Pandan

Hari ni meroti lagi. Bila anak2 dh suka makan roti, aku buat jer lah..tak susah pun. Kali ni cuba roti kaya ni plak.



BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (aku ganti ngan susu cair)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil
30 g mentega
1 camca teh pandan paste

BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-
-Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
-Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang
-Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
-Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...
-Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit

Siap...dan bolehlah dimakan panas2... memang best kalo dapat buat roti sendiri !!







Ahad, 21 Jun 2009

Kuih Koci Pulut Hitam

Buat petang tadi, tp baru malam ni sempat nk pos entri...waduh...aku sibuk sekali sejak dua menjak ni. Disebabkan ada maklumat nk cari kat dalam tenet ni, dapat la aku update blog ni...sori ler kengkawan, tak dapat nk merayap kat umah korang mcm selalu. Insyaalah, lagi dua tiga hari aku ok lah balik. Dapatlah kita berblogging kembali.

Resepinyer? dapat dr MYR jugak. Klik sini yer



Oklah kengkawan..sampai sini dulu yer...byer.. zzzzzzzzzz



Sabtu, 20 Jun 2009

Aneka Roti

Semalam, pegi BWY kat puchong, mencari bahan2 nk buat roti. Sejak dh ada BM ni, senang sikit nk buat roti. Campak jer bahan2 kat dalam tu dan dia pun menguli ler sampai siap. Tak sangka plak BM yg aku beli tuh siap boleh masakkan roti. Aku ingat dia hanya menguli roti jer. Ooo...banyak gak kegunaan BM ni yer... aku ingatkan dh tersilap beli..

Hari ni makan roti plak. Sambil masak, biar jer BM tu buat kerja. Habis masak, siaplah roti tu menguli. Aku cuma perlu keluarkan dan tumbuk untuk keluarkan angin. Masa ni kalo ada geram kat sapa2, bayangkanlah doh tu muka orang tu, dan tumbuk sekuat hati. Korang nk tau aku bayangkan sapa??? sapa lagi kalo bukan mak mertua aku. Sejak dua menjak ni aku asyik angin jer ngan orang tua tu.


Bun gula & cheese. Kalo kat bakery aku slalu beli bun ni. Skang dh tak payah beli dh. Dh tau buat sendiri. Tengok kat umah Ita hari tu.


Bun sosej ni dh selalu buat. Anak2 memang suka bun ni. Kali ni dh teror sikit nk twist sosej yg dh dipotong tu. Ada kala terpelecok gak, langsung tak cantik rupa dia.


Bun kacang merah. Corak dan teknik buat benda ni aku dapat kat umah Ita jugak. Cuma tak brapa cantik ler hasil nya. Kena praktis lagi ni, bak kata omputeh "practise make perfect" . Thanks Ita. Banyak yg dh akak belajar.










Khamis, 18 Jun 2009

Laksa Kuale vs Laksa Kedah

Hari ni wat laksa kedah plak. Teringin nk makan. Hari selasa lepas, masa pergi pasar tani, ada satu gerai laksa tu, cukup laku. Orang beratur panjang nk beli laksanyer. Aku malas plak nk beratur panjang2 dan lama2, so aku beli ler bunga kantan dan geng2 seangkatannya untuk buat laksa. Puas hati, masak sendiri, makan sendiri. Ada banyak leh bagi jiran-jiran makan sekali.

Mana sedap antara laksa kedah dengan laksa kuala kangsar? Sapa yg tak pernah ke kuala kangsar, patut cuba laksa kuale tu. Bukan nk puji tempat sendiri, tp laksa kuale ada kelainan dan keistimewaannyer yg tersendiri. Laksanya diperbuat daripada tepung gandum sepenuhnye...bukan tepung beras yer... dan kuah laksanyer pulak cair. Sedap ker cair?? haa....itulah kelebihannya...cair memang cair, tp anda masih boleh menikmati kemanisan ikan kembung dalam kuah laksa tu. Tak percaya?? cubalah..... Moh ke kuale !! pekena cendol pulut ngan laksa di tepi sungai perak. Suatu nostalgia yg indah untuk dikenang !

hari ni aku wat laksa kedah jer..sebabnyer tekak hang jebat tu lebih sesuai ngan laksa kedah ni. resepinyer, klik sini yer....

Ok.... selesai lauk hari ni... ada banyak kerja yg perlu dibereskan ...hari-hari yg cukup meletihkan. Ikan keli dh mula memasuki pasaran. So banyak ler kerja. Takde masa nk tido waktu siang. Nk kena telan jamu ni...

Rabu, 17 Jun 2009

Nasi Ayam Ipoh

Kalo nk cepat dan senang masak...penyelesaiannyer masak nasi ayam. Sume orang suka. Ni menu untuk hari ini. Dh 2 minggu tak buat nasi ayam kot...

Kalo time aku kecik2 dulu (umur 3-10 tahun) aku paling suka makan nasi ayam kat Stesyen Keretapi Ipoh. Dan lepas tu plak sejak Mee Rebus Ramli dibuka aku makan nasi ayam kat sana plak...Rindunyer ngan negeri kelahiran ku itu. Sabo, sabo...lagi 2 minggu aku akan kembali (setelah hampir 4 tahun tak balik)...he,he..... orang-orang perak? tunggu yer..



Resepinyer, klik sini yer .. amik kat MYR tu..mana lagi kan. Thanks Quinnie. Lepas rindu nk makan nasi ayam kat Ipoh.




Jemput makan sume !!

Aku banyak keje lagi ni. Jap lagi nk ke Hulu Langat, beli palet(makanan) ikan keli. Lepas tu merayau ke kedai bakery kot..he,he...masih ada benda yg nk dibeli. Projek roti dh nk bermula...kena perbaiki skill meroti. Banyak nk kena belajo ni, sblm hanto roti kat kedai..he,he.... (sebenonyer jiran aku nk memulakan bisnes gerai makan, so dia tanyakan kot2 aku boleh buat roti sosej dll untuk diletakkan kat kedai dia, tp aku tak bagi jawapan lagi..diamkan dulu.Takot ko, aku ni wat untuk makan anak beranak boleh ler. Kalo jual tak berani, walopun laki aku kata dh lulus ! malu kooo....)





Selasa, 16 Jun 2009

Rojak Buah

Macam malas jer nk masak hari ni. Kat umah ni, kalo dua tiga hari asyik makan nasi jer terus menerus, mesti sume orang boring. Tapi makan tak boring plak...kuang,kuang,kuang.....

Semalam pegi Carrefour sbb terpedaya dengan iklan kat tv "Nak Jimat, pergilah ke Carrefour" tp barang-barangnya takdelah murah sangat pun. Boleh dikatakan brang2 yg ditawarkan takde (dh habis pon...) Baik pegi Tesco, lagi murah ..... ish,,amende aku merepek ni, takde kaitan ngan Rojak Buah pun.....

Ni buat untuk tengahari ni. Disebabkan tak masak nasi, so bolehlah makan benda2 ringan mcam ni. Hajat hati nk buat roti/kuih/desert/biskut....tp tak taulah...tengoklah nanti.





Resepi dr MYR
Bahan-bahan ( 1-2 org )
Bahan A
nenas
sengkuang
timun
epal hijau
bunga kantan (optional)
kangkong - dicelur sbentar
taugeh - dicelur sbentar
Bahan B
2 sudu besar petis
1½-2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar gula hitam
cili kisar - ikut kepedasan masing²
sedikit belacan yg dibakar
sedikit air asam pekat
garam jika perlu
kacang tanah - digoreng dan ditumbuk kasar

Cara-cara
masukkan petis, cili kisar, gula pasir, gula hitam dlm sebuah bekas. kacau hingga gula pasir hancur.
stelah gula hancur, tambahkan air asam. kacau rata. masukkan sedikit kacang. digaul lagi.
hiris bahan² A kedalam no.2 tadi. gaul rata.
bolehla dihidangkan. taburlah sedikit kacang tumbuk di atas rojak itu tadi. seeloknya makan serta merta utk mengelakkan drpd berair.




Isnin, 15 Jun 2009

Kad Dari Suzi

Jauhnyer datang kad ni. Dari Australia nun... Kalo jalan kaki memang jauh, tp kalo naik kapal terbang, kejap jer sampainyer....
Thanks to Suzi yg sudi bagi kad gambo kucing ni.


Tp apsal kucing tu sume tunjuk ponggong jer....tak baik tau...membelakangkan penonton !! Kan lawa kalo tunjuk muka. ha,ha,ha...... Dr gambo tu aku dapat agak, kucing yg kanan skali tu mesti kucing betina. Yg dua lagi tu tak dapat dikenalpasti jantina mereka. Tp asapal bagi yg betina dok ujung. Bagi ler dok tengah...ha,ha...mulalah merepek aku ni......

White Cup Cake & Buttercream

Ingat nk wat projek roti lagi hari ni, tp bila terfikirkan korang pasti muntah dengan entri aku tuh, so batal ler niat. Hari ni projek lain plak...he,he....

Masa pergi Yummies Bakery hari Sabtu tuh, aku beli krimwell, dan set asing tu. Ni kiranya nk merasmikan barang baru ler....Memang lama dh berhajat nk main buttercream. So hari ni tertunailah hasrat dihati...(kak Ina, jangan marah, pinjam tag line tu kejap..)



Lama gak aku mengerjakan buttercream ni. Mula2 mestilah buat cup cakes kan. Aku amik resepi white cup cake dari blog Izanman. Sambil tu layan plak citer Bujang Lapok. lepas cup cake dh masak, dan disejukkan, buat plak buttercream. Jangan gelak yer tengok hasil keras tangan aku. Baru nk belajar laaa...... Sebenonyer aku cari edible imager bersaiz cup cake ni, tp kebanyakan kedai bakery tak jual.Diorang jual saiz besar jer. Takpe lah, nanti leh order dr blog Loveliana.


Bila dh kemas sume, ambik gambo dan bagi Irfan rasa sikit..barulah badan mula letih. OOo..rupanya aku tak ambik breakfast pagi tadi. Bila bangun jer, terus masak untuk makan tengahari. Lepas tu sambung wat cup cake dan buttercream. Patut la badan penat semacam...Ok lah, sampai sini dulu yer...nk rehat kejap...bye sume...

Ahad, 14 Jun 2009

Projek Roti

Ops....entri ni bukan sebab baru beli breadmaker yer....tp entri pasal roti yg lembut dan gebu. Semalam, kami sekeluarga dh pegi kedai untuk beli breadmaker tu, tp takde stok, so kena order. Pilih punya pilih, kami decide ambik Breadmaker Princess, idak ler gedabak sangat rupanyer, harga pun ok lah...tak mahal sangat.
Lepas order, laki aku tanya tak nk beli barang kek ker? uish....orang dh offer, tak baik tolak. Tp aku tak nk ke Yen Bakery kat Puchong tu. Kali ni aku nk ke Yummie Bakery Bandar Baru Bangi. So balik ler umah kejap, ambik alamat dan tipon orang kedai tu untuk tanya arah jalan.....

Ni bluerberry bun.Wat pintal-pintal. Tabur cheese plak sikit

Sampai sana, banyaklah gak aku borong...fuh, betul kata Kak Yatiezaini, barang sana memang murah. Memang beza murahnyer dr Yen Bakery. Lagi satu kat Bandar Baru Bangi ni, kedai menjual peralatan bakery memang banyak. Dalam satu blog bangunan, boleh jumpa dua tiga kedai bakery. Jalan depan sikit, jumpa lagi, pusing belakang pun leh jumpa kedai jual barang bakery.... Oh...agaknya sbb itulah barang2 bakery kat sini murah. Agaknya diorang nk lawan harga lah tu......

Lepas memborong di Yummies, aku pegi plak kat kedai Bakery lain. Bukan untuk beli brang, saja nk tengok-tengok. Berkenalan plak ngan tuan punyer kedai. Kat depan kedai dia jual barang2 bakery, dan di blog belakang plak bukak kedai jual bun dan roti. Aku tanya ler macam-mana nk dapatkan bun yg lembut dan gebu mcm kat kedai, sedangkan aku dh letak bread improver, breadsotftner dan segala bagai untuk melembutkan bun.

So adik tu cadangkan letak doh kondisioner. Sejenis serbuk berwarna putih. Dia kata diorang mmg letak benda tu kat bun yg dijual dikedai. Harga pun tak mahal, rm 2.00 jer sebotol. So aku pun belilah. Tak rugi mencuba.


Ni bun sosej, tp tak nampak plak sosejnyer sbb dh tersorok kat dalam. Malu nk enterframe kot,he,he,he.....

Dan hari ni aku pun mulalah projek roti. Uli ngan tangan yer. Selepas adunan naik sekali ganda, memang nampak hasilnyer, adunan jadi lembut sangat. Tak macam selalu. Memang ada perbezaan. Lepas letak inti dan buat bentuk2 yg disukai (aku memang tak brapa pandai nk buat corak2 ni. So aku bantai ler lah...korang jangan gelakkan aku yer...lom expert lagi...Lepas membentuk, tunggu lagi sampai naik sekali ganda, kemudian aku pun bakar ler.......

Hasilnyer??? roti memang lembut giler, sebijik sebijan mcam kat kedai bakery tuh. Rotinya memang lembut sangat walopun dh sejuk (selembut roti gerdenia, Hi-5 tuh) Betullah cakap adik tu. Kalo kat kedai bakery lain memang takde jual (Yen Bakery atau Yummie Bakery), sbb orang cina tak nk kongsi rahsia ni.


Tengoklah struktur roti ni. Lembut dan gebu. Ni aku buat roti manis jer.


Inilah minum petang kami hari ini. Aneka roti. Cicah ngan air milo. Yummy. Banyak gak anak2 dan laki aku makan. Urpppp....alhamdulillah...kenyang !!! suka tengok kalo perut laki dan anak2 aku terisi.






Sabtu, 13 Jun 2009

Nasi Kerabu

Hari ni menjelajah ke pantai timur plak...he,he...walopun lom pernah sampai sana. Tp aku minat betul dengan makanan2 negeri sana, especially nasi kerabu, dan laksam. Hari ni kugagahkan jugak badan buat nasi kerabu ni, walopun Hang Jebat tak brapa suka makan, dan anak2 memang tak makan. Tapi, demi memenuhi selera tekakku yg ala2 international ni, aku buat la jugak. Bukan takleh nk beli jer kat kedai, tp kalo buat sendiri, puas makan. Leh mengulang banyak kali....alahai...gemuk la aku camni!!!

Buat nasi putih jer, sbb anak2 makan ngan lauk diorang la...masak kicap, sup dll. Kalo buat nasi kaler biru tuh, sah diorang sume tak sentuh.

Lauk yg simple jer. Cuma ada telur masin dan daging bakar. Dh tak larat dh nk buat solok lada. Keropok pun takde, terlupa plak nk beli tadi. Kalo ada keropok mesti lagi best kan....

Daging Bakar. Alkisahnyer, aku sempat tido lagi sebelum nk bako daging ni. Mula tu mcam malas jer nk bakar daging ni, tp memikirkan nasi kerabu tak lengkap tanpa daging bakar, aku bakar ler jugak. Fuh...habis berasap dapur aku tuh...kalo ada alat pengesan kebakaran, sure dh berbunyi punyer!


Bahan-bahan pelengkap nasi kerabu. Ada budu, sambal belacan dan kelapa goreng + isi ikan bakar. Resepi lengkap klik sini yer

Telur Masin. Kat umah ni, kalo makan telur masin, sume orang berebut nk makan kuningnyer, tp tang putih tu takde sapa plak nk berebut. Akhirnyer aku jugak lah yg kena habiskan....


Sayur-mayur. Kalau takde segala bagai sayur ni takdelah dinamakan nasi kerabu. Ada daun selom, bunga kantan, kubis, dan daun kesum. Mcm tak lengkap jer kerabunyer. Yelah, aku ni dok tengah pekan, kalo kat kg tu lainlah, segala macam ulam leh jumpa. Yg ni pun dh cukup puas hati...puas hati....yahooooo !!!




P/s: Pada kengkawan sekampung ku (Zarina, Wan, Nisya,Watie dll), meh ler rasa nasi kerabu pantai timur ni. Kalo nasi kerabu orang perak tu lain rasanya. Pada Rozlan Utusan, mu jange ingat kawe tak reghti wat nasi kerabu yer...meh ler jamu selera sama-sama.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...