Kat sini perkembangan umah kecilku. Inilah istana kami yang terletak di Taman Puncak Jalil. Ni kiranya rumah kedua. Umah pertama dibeli di Tasik Permaisuri Cheras, tp memandangkan tempat tu sesak sangat, so kami sewakan saja rumah tu.
Lokasi Puncak Jalil ni dipilih sebab ia berdekatan dengan KL. Kata laki aku nk pegi keje pun senang. Kira2 15 minit jer dh sampai Bangsar. Alkisah bermula apabila ada expo Perumahan dan Hartanah di Stadium Nasional Bukit Jalil pada February 2004. Kami memang bercadang nk beli umah double storey ni. Duit sume dh siap, tunggu rumah jer.
Hari tu hari Jumaat, ujan renyai2. Kami tiga beranak (aku, laki aku dan Farisya) lepak2 kat umah mak mertua aku di Cheras jap. Laki aku memang amik cuti masa tu. Memang cadang nk pegi tengok expo tu. Lepas habis sembahyang Jumaat, aku & laki aku pun naik ler moto terus ke bukit jalil. Farisya tinggal ngan nenek dia. orang tu tu tak bagi bawak, takut ujan.
Sampai jer kat kampung Malaysia Tambahan Sungai Besi, ujan lebat. So kami pun berhenti ler kat satu bus stop ni. Lepas hujan reda, kami sambung perjalanan semula. Sampai kat Stadium Bukit Jalil, laki aku park moto. Oleh sebab takut hujan lagi, kami bawak jer helmet masuk skali dalam dewan pameran tu.
Huh...kat dalam tu memang banyak rumah untuk dijual. Tapi kami nk cari pemaju Talam Corporation jugak. (masa tu tak tau lagi talam ni banyak buat hal dengan projek yg tergendala sana sini) Sebab rumah2 area Bukit Jalil kebanyakannya dar Talam Corporation....
Akhirnya kami jumpa satu model rumah. Ada seorang saleman kat situ dengan muka poyo. Tak nk layan la konon , maklum ler kami datang pun naik moto jer..tentu dia ingat tak banyak duit ..hanya mampu beli flat jer kot.
Laki aku tanya, rumah ni ada kosong lagi ker? Dengan muka bangang dan malas nk layan pelanggan, dia hanya menunjuk dengan muncung saja. Kami pun tengok...ada beberapa baris jer yang tinggal lagi. End lot, last lot sume habis.
Laki aku tanya lagi, yg ni bila siap dan boleh diduduki? Saleman tu (nama dia Fizi) jawab " ala, kita hujung tahun ni siaplah bang"
Disebabkan takde customer lain, so budak saleman tu terpaksa ler melayan kami. "Bang, rumah ni harganya rm206++ " budak tu mengingatkan laki aku skali lagi. Hang Jebat aku pun apa lagi, bengang semacam jer....
"hei, kalau playslip macam ni lepas ker?" terus laki aku campak payslip gaji dia kat budak tu. Mamat Fizi poyo tu pun amik payslip gaji laki aku dan tengok... terus diam. "Betul ker ni gaji abang?" terus nada dh lain dan mula layan dengan elok.
"Yelah, tu belum campur elaun2 lain lagi. .... " kata laki aku plak......
"Kalo macam ni, tak jadi masalah bang, bayar dulu rm500.00 sebagai deposit dan boleh terus buat loan... pilihlah abang, rumah mana yg nk. Ada kosong sikit lagi tu" kata budak Fizi tu.
Aku dan laki aku pun terus pilih lot....sambil tanya beberapa soklan. Sambil tu Fizi memberi cadangan "abang, rumah ni last lot special, mahal sikit sbb ada tanah luas kat belakang, tp kalo nk yg murah, pilihlah yg ni , cuma dia berhadapan dengan stesyen indah water jer, tepi playground, anak2 pun senang nk main petang2"
"Ish, tak nk ler...." jawab aku plak....
Akhirnya setelah pilih punya pilih, tanya owner kiri kanan cina ke melayu ker, india ker, akhirnya kami pilih lot 1255, yang belakang sekali. Kiri kanan owner dia cina. Puas hati......... (buat hal sendiri jer)
Inilah rupa rumah yang asal. Masa ni meter elektrik pun belum dipasang.
Masa mula2 dapat kunci rumah, elektrik dan air memang takde lagi. Nk duduk macam mana kan...renovate lah sikit dulu. Nasib baik jumpa kontraktor yg baik (dia cari rumah pertama kat kawasan tu untuk di renovate dan jadikan rumah contoh) Kami setuju. Mula2 naikkan tembok batu kat depan, tukar pintu pagar. Lepas tu extent bahagian dapur plak. Habis la dekat rm30 ribu....
***********************************
Gambar2 kat bwah ni ialah gambar masa kerja2 renovation yg baru tu (ubah tiang tengah)...kat dalam rumah dh tak nk buat dh...dh complete sume...tp aku takde lah nk letak gambar2 kat dalam rumah...malu la...rumah biasa jer.....
Kerja-kerja pengubahsuaian sedang dijalankan....masa ni berserabut rumah aku

Moto laki aku pun tak dapat nk masuk umah, parking kat luar jer

Tiang kat tengah tu ler yg perlu diubah

Longgokan simen, kayu dan geng2 nyer

Rumah dh siap!!! yeah,yeah...moto laki aku dapat parking dengan selesanyer!

Ni masih lagi warna putih, nk dekat raya nanti baru cat lain.
Inilah rumah kecilku yg cukup lah untuk kami 4 beranak. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat suami macam laki aku ni, yg boleh bagi kesenangan dan kebahagiaan buat aku dan anak-anak, yg sanggup menurut kerenah aku yg banyak ragam, bersabar dengan sifat panas baran dan kuat shopping aku ni, dan melayan berbagai jenis penyakit aku. Thanks abang...
Insyaalah kalo ada rezeki kami, rumah ni akan jadi milik anak2 la...sbb aku dn hubby dh bercadang nk buat rumah lain, rumah di atas tanah kebun kami laaaa..... Ni tengah kumpul duit balik sbb dh banyak habis oooo. Rumah akan datang ni akan berkonsepkan desa inggeris..Semoga projek ikan keli abang berjaya dan menembusi pasaran antarabangsa. Kita kumpul duit banyak2 dan buat rumah yg kita impikan tu...AMIN!!!