Ahad, 12 Julai 2009

Bun Pandan

Hari ni tak menjahit, so bolehlah main tenet ni kejap. Pagi ni bangun jer tido, terus on kan cik Bm (dia amik masa 28 minit untuk warm up) sambil tu bolehlah masukkan sume bahan. Lepas tu barulah buat kerja lain, sidai kain, masak dll.

Alamak, terlebih garing la plak...tp still sedap....

Resepi ni copy dari Umah Hana.... Halal yer cikgu !!!

Bahan-bahan
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega1 camca teh pandan paste

Bahan hias:
Kelapa kering secukupnya - hana gune bijan dh bako br teringat nk ltk!
Seri kaya secukupnya

Cara-cara
UNTUK DOH :

Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh.
Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam.

KAEDAH LAIN :
Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci).
Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit




Hari ni tak masak...so makan roti jerlah.... petang nanti ada pasar malam...tak payah masak lagi... senang sikit kerja....


Sambil buat roti, masak plak bubur kacang durian ni. Bila roti dh masak, bolehlah cicah roti tu dengan bubur kacang durian ni.....


Ada tetamu yang nk datang ker??? meh la...roti panas lagi tu !!!



3 ulasan:

Chik Mimi berkata...

Wahhhhhh noorma awainya wat persiapan ambik tempahan ke?take care ye

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

woit..sempat gak ...ingatkan dah cuti panjanggg....

Tanpa Nama berkata...

Sedap tue roti cicah bubur kacang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...