Jumaat, 29 Mei 2009

Pizza for my kids

Untuk anak2 tersayang, pagi ni makan pizza yer....nanti tengahari kita makan benda lain plak. Hari ni Hang Jebat balik lambat, ada interview naik pangkat sebelah petangnyer. Minggu lepas dh pegi, tp interview tu bersambung ke minggu ni plak...leceh betul...bodoh ler engineer tnb tu, dh tau calon ramai, buat ler dari pagi. Ini idak, pukul 4 petang br nk start.

Disebabkan papa tak balik makan tengahari, so hari ni rilex la sikit. Along plak tak pegi sekolah, sbb kat sekolah dia hari ni hanya dijalankan satu sesi jer, so sapa yg sekolah petang ni cikgu nasihatkan tak payah datang...sapa nk datang pun boleh, bukannyer belajo tp diorang wat sambutan hari guru. Main jer lah kat sekolah tu!!

Alamak...terlebih sudah!!! pizza ni padat ngan topping, tp cheesenyer ciput jer..rasanya aku dh tabur elok dh...tp kenapa plak bila dh masak,cheesenyer sikit jer...hentam sajalah labu!!!

Doh Pizza ( Untuk 2 Keping)
Bahan-bahan
-1/2 cawan air suam
-2 1/4 sudu kecil yis
-1 1/4 cawan air (suhu bilik)
-2 sudu besar olive oil
-4 cawan tepung
-1 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
-Masukkan air suam di dalam mangkuk sederhana besar. Tabur yis dalam air dan biarkan 5 minit. Masukkan air (suhu bilik) dan olive oil kemudian kacau rata.
-Campurkan tepung dan garam di dalam bekas yang berasingan. Tuang campuran air dan yis tadi perlahan-lahan sambil menguli. Uli sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekat.
-Bulatkan doh dan letakkan di dalam bekas yang dioles dengan minyak, tutup dengan plastic wrap.
-Biarkan selama 1.5 hingga 2 jam atau sehingga doh naik dua kali ganda.
-Bahagikan doh kepada dua bahagian dan canaikan.
-Boleh diletakkan toppings mengikut kegemaran dan bakar selama 15 hingga 20 minit pada suhu 200 ‘ Celcius.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...