Isnin, 4 Mei 2009

Masalodeh

Minum petang hari ini. Kuih paberet si along ni. Skang ni petang2 kena buat kuih sikit, sbb jiran2 suka datang lepak kat backyard aku. Takkan nk jamu air kosong jer kot. Tentulah ada benda nk kena gigit kan!


Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )
-2 genggam kacang dal - direndam semalaman
-1/2 bii bawang besar-didadu
-Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
-Daun kari -dihiris
-1/2 kiub pati ikan bilis
-1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
-1/2 biji telur
-secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..

Cara-cara
-Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
-Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
-Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
-Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
-Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai.
-Goreng hingga garing/masak.
-Selamat mencuba.

1 ulasan:

akakerin berkata...

kak erin kalau makan kuih ni....sikit tak cukup dik!
kalau beli 10 biji...semua akak telan tak payah nak share2 ngan anak2....kejam sungguh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...