Khamis, 30 April 2009

Ice Blended Soda Milk

Sambil memasak, tekak ni terasa dahaga lah plak. Stok mangga dh habis dh, tinggal eskrem soda jer. Teringat plak ada satu air dr kak Fida ni yg boleh hilangkan panas badan. So aku pun try ler....



Bahan-bahan
-1 gelas susu segar - dari peti ais
-1 gelas ice cream soda - dari peti ais
-ketulan air batu (opt)

Cara-cara
-Tuang susu dan ice cream soda ke dalam blender dan kisar.
-Tuang pula ke dalam gelas dan bubuh ketulan ais jika suka.
-Boleh juga dikisar sekali ketulan ais dan segera dihidangkan.
***Untuk cara yg lebih mudah...masukkan aje bahan2 ke dlm gelas dan kacau rata dan segera diminum


ooooo.... mcm pernah rasa jer air ni. Kalo letak pewarna merah, sah dh jadi air Soda Bandung. Apapun, thanks to Kak Fida. Air ni dua tiga kali hirup jer dh licin....agh...lega...panas badan pun hilang... (ish..mcm iklan air badak plak...ha,ha)





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...