Selasa, 21 April 2009

Gulai Lemak Pisang

Masa demam minggu lepas, teringin sangat nk makan gulai lemak pisang ni. Puas cari kat kedai, tapi tak jumpa. Yelah, kalo nk makan lauk kampung cenggini payah la sikit, melainkan buat sendiri.

So aku pun pegi la merayap kat Pasar Tani, nasib baik la ada pulak makcik tu jual pisang muda. Tapi tengok dr bentuknya macam Pisang Emas.. Ish, aku belum pernah lagi masak gulai pisang guna pisang emas ni. Selalu tu mak aku guna pisang lain (entah apa nama pisangnya aku tak tau ler, tp kalo tengok rupa aku tau lah)

ops...baru teringat, mak mertua aku pernah masak lauk ni, tp dia masak sekali dengan kulit pisangnya (masa siat kulit pisang tu, kulitnya jangan dibuang, cuci bersih dan boleh masak skali)



Bahan-bahan
>1 ikat pisang muda-disiat kulit dan potong kecil. Rendam dalam air untuk elakkan lebam
>1 biji kelapa-diambil santannya
>cili padi secukupnya
>kunyit hidup
>garam, perasa
>asam keping
>ikan bilis

Cara-cara
1.Tumbuk cili padi bersama dengan kunyit hidup dan garam. Masukkan dalam periuk.
2.Tambah santan kelapa, masukkan pisang yg dh dipotong bersama dengan bahan-bahan lain.
3.Masak hingga kuah menggelegak,kecilkan api biarkan sebentar dan bolehlah diangkat.


Kalo orang sebelah utara, pisang ni boleh jugak dibuat kari. Kiranya macam gulai lemak la jugak, tp letak serbuk kari. Macam lauk nangka muda jugak. Selain dibuat masak lemak, sedap jugak dibuat gulai rempah. Campur dengan kerang. emm....yummy!!

Ni plak sambal tumis ubi kentang. One of my faberet dr kecik sampai la skang ni.



1 corat coret:

ZaiY berkata...

salam noorma...
gulai pisang tu feberet saya jugak..lama tak makan oo..tgah angan2 balik cuti kg nanti nak masak ni..kentang goreng tu pun sy suka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...