Jumaat, 3 April 2009

Gulai Ayam Indonesia

Hari tu jalan2 ke Indonesia (idak ler jalan betul2, surf internet jer) jumpa la resepi ayam ni. Sebenarnya kami slalu jugak makan lauk ni di restoren minang, tp tak tau resepinya. Kali ni cuba buat sendiri, dan hasilnya not bad. "wah mama, macam bau lauk kat kedai minang tu la .. " kata Along... dia memang suka lauk ni, almaklum ler..anak minang (si Along lahir dan dibesarkan kat Hulu Langat, dr dalam perut lagi aku dh makan lauk2 minang ni, bila dia keluar, dia pun suka makan lauk2 minang ni)


Bahan-bahan
~ayam secukupnya -dibersihkan dan dipotong
~bawang merah*
~bawang putih*
~halia*
~cili kering*
~cili padi*
~serai*
~lengkuas*
~buah keras*
~kunyit hidup*
*bahan-bahan ini diblender hingga halus
~santan secukupnya
~daun salam
~asam keping
~buah kelempung kering(kalo takde pun takpe)
~daun kunyit
~daun limau purut
~ubi kentang -kalo suka

Cara-cara
1.Panaskan periuk dan masukkan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang diblender hingga naik minyak dan garing.
2.Masukkan santan cair, diikuti oleh ayam. Biar kuah mendidih sedikit.
3.Kemudian, barulah dimasukkan santan pekat, boleh tambah air bergantung banyak mana kuah yg dikehendaki.
4.Masukkan daun kunyit, daun limau purut, buah kelempung kering, asam keping dan daun salam. Tambah garam dan serbuk perasa. Biar lagi hingga mendidih. Sapa nk letak ubi, boleh humban jer terus ubi dalam kuah tu, dan biar ubi empuk.
5.Akhir sekali, kecilkan api dan biar hingga naik minyak. Siap

*Selain ayam, boleh jugak guna telur ayam dan ikan tenggiri, telur ikan pun sedap



ni lauk sampingan, ikan berlada


0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...